Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 6 >> 

FATSAL VI.

1MAKA skarang spŭrti adalah kami bŭkŭrja bŭrsama sama dŭngan dia, mŭminta sangat kapada kamu supaya jangan kiranya kamu mŭnŭrima anugrah Allah itu dŭngan sia sia.

2Kŭrna Allah tŭlah bŭrfŭrman, bahwa pada waktu karelaan aku tŭlah pŭrkŭnankan angkau, dan pada hari slamat pun aku tŭlah mŭnulong akan dikau; maka sŭsungguhnya skarang inilah waktu karelaan; maka bahwasanya skarang inilah hari slamat itu.

3Janganlah mŭndatangkan shak atas barang suatu pŭrkara pun, supaya jangan jawatan itu disalahkan.

4Tŭtapi dalam sagala pŭrkara kami mŭnyatakan diri kami spŭrti utus utusan Allah, dŭngan banyak sabar, dan dalam sŭngsara, dan kasŭsakan, dan kasukaan.

5Dan dalam sŭsak, dan pŭnjara, dan huru hara, dan bŭrlŭlah, dan bŭrjaga, dan bŭrlapar;

6Dŭngan kasuchian, dan dŭngan pŭngatahuan, dan dŭngan tahan lama, dan dŭngan kasihan, dan dŭngan Roh Alkudus, dan dŭngan pŭngasihan yang bukannya pura pura,

7Dan dŭngan pŭrkataan yang bŭnar, dan dŭngan kwasa Allah, dan dŭngan alatan kaadilan pada sŭblah kiri dan kanan,

8Dŭngan kamulian dan kahinaan, dŭngan khabar yang jahat dan khabar yang baik: spŭrti orang orang pŭnipu, akan tŭtapi bŭnar juga;

9Spŭrti orang yang tiada dikŭnal, akan tŭtapi dikŭnal baik baik; dan spŭrti orang yang mati, akan tŭtapi sungguh ada hidop; dan spŭrti orang yang disŭsak, akan tŭtapi tiada dibunoh;

10Spŭrti orang yang dukachita, akan tŭtapi sŭntiasa sukachita; spŭrti orang yang papa, akan tŭtapi mŭnjadikan banyak orang kaya; spŭrti orang yang tiada mŭmpunyai barang sŭsuatu, akan tŭtapi mŭmpunyai sagala sŭsuatu.

11Hie orang orang Korinthus, mulot kami tŭrbukalah kapada kamu, maka hati kamu pun tŭrkŭmbanglah.

12Maka tiadalah kamu mŭnjadi sŭsak dalam hati kami, mŭlainkan kamu adalah sŭsak dalam hatimu sŭndiri.

13Maka skarang biarlah balasan kita bŭrsama sama, maka aku bŭrkata ini sa’olah olah kapada anak anakku, biarlah kamu pun tŭrkŭmbang.

14Maka janganlah kamu bŭrjodoh tiada dŭngan sŭtara, iya itu dŭngan orang yang tiada bŭriman: kŭrna apakah ada pŭrhubongan bŭnar dŭngan tiada bŭnar? dan apakah ada samanya trang dŭngan glap itu.

15Dan apakah ada stuju Almasih dŭngan Shietan? atau apakah ada bahgian pada orang yang bŭriman dŭngan kafir itu?

16Dan apakah ada sbahuan ka’abah Allah dŭngan bŭrhala bŭrhala? kŭrna kamu inilah ka’abah Allah yang hidop itu; spŭrti fŭrman Allah, Bahwa aku akan diam dalam marika itu, dan bŭrjalan sŭrtanya; maka akulah kŭlak akan mŭnjadi Allahnya, dan marika itulah kŭlak mŭnjadi kaumku.

17Maka sŭbab itulah fŭrman Tuhan, Kluarlah kamu deri antaranya, dan bŭrchŭrielah, dan janganlah mŭnjamah yang nŭjis itu, maka aku akan mŭnŭrima kamu.

18Dan mŭnjadi Ayah kamu dan kamu ini kŭlak mŭnjadi anak laki laki dan pŭrumpuanku, fŭrman Tuhan yang maha kwasa.



 <<  2 Korintus 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran