Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 7 >> 

FATSAL VII.

1HIE kŭkasihku, sŭbab pŭrjanjian pŭrjanjian ini adalah pada kami, biarlah kiranya kami mŭnyuchikan diri kami deripada sagala kachŭmaran hawa nafsu dan Roh, sŭrta mŭnyampornakan kasuchian dŭngan takot akan Allah.

2Trimalah akan kami; tiada kami mŭmbuat salah pada barang sa’orang, dan tiada kami mŭrosakkan barang sa’orang, tiada kami mŭmpŭrdayakan barang sa’orang.

3Maka bukannya aku bŭrkata ini sŭbab handak mŭnyalahkan kamu; kŭrna dahulu sudah ada pŭrkataanku, adapun kamu adalah dalam hati kami handak mati dan hidop bŭrsama sama.

4Brani bŭsarlah pŭrkataanku kapada kamu, dan bŭsarlah kamulianku deripadamu: maka aku tŭlah pŭnohlah dŭngan pŭnghiburan, dan aku tŭrsangatlah gŭmar dalam sagala kasukaran kami.

5Kŭrna apabila kami masok kadalam nŭgri Makadonia, maka tiadalah dapat pŭrhŭntian tuboh kami, mŭlainkan kami mŭndapat kasukaran bŭrkŭliling; bahwa pada lahirnya pŭprangan, dan pada batinnya katakotan.

6Kandatilah, Allah yang tŭlah mŭnghiburkan akan sagala orang yang bŭrsusah itu, maka iya tŭlah juga mŭnghiburkan kami ulih kadatangan Titus.

7Maka bukannya sŭbab kadatangannya sahja, mŭlainkan ulih sŭbab kasukaan yang tŭlah dihiburkannya kŭrna kamu, apabila iya mŭmbri tahu kapada kami akan rindu kamu sangat, dan pŭrkabongan ka mu, dan rajin hati kamu akan daku; sahingga tŭrlebihlah aku tŭrmasa.

8Kŭrna jikalau aku tŭlah mŭnyusahkan kamu ulih surat kirimanku itu, skalipun tiada aku mŭnyŭsal, jikalau aku sudah mŭnyŭsal skalipun: kŭrna aku mŭlihat surat kiriman itu sudah mŭnyusahkan kamu pada sa’kutika sahja.

9Skarang aku tŭlah tŭrmasa bukannya sŭbab kamu tŭlah susah, mŭlainkan sŭbab kamu tŭlah bŭrduka sampie bŭrtaubat: sŭdang kamu tŭlah mŭnjadi bŭrduka chara jalan Allah, supaya kamu kŭlak tidak mŭndapat barang suatu karugian ulih sŭbab kami.

10Kŭrna duka chita chara jalan Allah itu, iya itu mŭndatangkan taubat yang mŭmbawa kapada slamat yang tiada patut disŭsalkan: tŭtapi duka chita chara jalan dunia ini, iya itu mŭmbawa kapada maut.

11Kŭrna tengoklah bahwa pŭrkara yang dŭmkian inilah, iya itu duka chita kamu chara jalan Allah, bŭtapa yakin tŭlah jadi dalam hati kamu, bahkan, bŭtapa suchi jadi dirimu, bahkan, bŭtapa pŭchah hati, bahkan, bŭtapa kŭtakotan, bahkan, bŭtapa rindu dŭndam, bahkan, bŭtapa rajin, bahkan, bŭtapa balasan! Maka dalam sagala pŭrkara kamu tŭlah mŭnyatakandirimu suchi deripada hal ini.

12Maka jikalau aku tŭlah bŭrkirim surat kapada kamu skalipun, bukannya aku bŭrbuat ulih kŭrna orang yang bŭrsalah itu, atau bukannya deri kŭrna orang yang sudah kŭna salah, mŭlainkan supaya pŭrchintaan kami atas kamu, itupun bulihlah nyata kapadamu dihadapan Allah.

13Sŭbab itu kami tŭlah dihiburkan ulih kŭrna pŭnghiburan kamu itu: bahkan, makinlah lebih tŭrmasalah kami tŭgal kasukaan Titus, sŭbab hatinya tŭlah disŭgarkan ulih kamu skalian.

14Kŭrna jikalau aku sŭdah mŭmŭgahkan barang sapŭrkara deri hal kamu dihadapannya, maka tiadalah aku malu; tŭtapi spŭrti kami tŭlah mŭngatakan sagala sŭsuatu dŭngan sŭbŭnarnya kapada kamu, maka dŭmkianlah juga kŭmŭgahan kami yang dihadapan Titus, itupun sudah didapati dŭngan sŭbŭnarnya.

15Maka chita chitanya yang batin itu tŭrlebih lempah bŭrchŭndrong kapada kamu, tŭtkala iya mŭngingat akan kabaktian kamu skalian, bŭtapa hal kamu tŭlah mŭnyambut akan dia dŭngan takot dan gŭmŭntar.

16Maka sŭbab itu aku pun tŭrmasalah, kŭrna aku pŭrchayalah akan kamu dalam sagala pŭrkara.



 <<  2 Korintus 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran