Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 9 >> 

FATSAL IX.

1ADAPUN spŭrti deri hal mŭmliharakan orang orang salih itu, apalah buat aku mŭnyurat lagi kapada kamu.

2Kŭrna kukŭtahuilah hati kamu ada sŭdia dalam hal itu, sŭbab itu aku mŭmŭgahkan akan kamu dihadapan orang Makadonia, bahwa orang Akaia tŭlah bŭrlangkaplah sa’tahun sudah; adapun rajin kamu itu tŭlah mŭnghulu hulukan banyak orang.

3Akan tŭtapi aku tŭlah mŭnyurohkan juga saudara saudara itu, asal jangan kŭmŭgahan kami deri hal kamu itu mŭnjadi sia sialah; sŭbab itu spŭrti aku bŭrkata, supaya kamu bŭrsŭdialah.

4Asal jangan kŭlak jikalau orang Makadonia datang bŭsŭrta dŭngan aku, maka didapatinya kamu bŭlom sŭdia, maka kami (bukannya kata kami kamu,) mŭnjadi malulah kŭlak dalam sama kŭmŭgahan yang dipŭrchayai ini.

5Maka sŭbab itulah aku tŭlah bŭrfikir, patutlah aku mŭminta kapada sagala saudara itu, supaya iya datang mŭndapatkan kamu tŭrdahulu, dan sŭdiakan dahulu akan pŭmbrian kamu yang dahulu tŭlah dibri tahu itu, supaya bulih sŭdia iya itulah kŭlak akan mŭnjadi suatu pŭmbrian bukannya tŭmaa.

6Tŭtapi pŭrkataanku ini, Adapun orang yang mŭnabor dŭngan kikir itu, maka dŭngan kikir juga iya kŭlak mŭnuwie; maka orang yang mŭnabor dŭngan kamurahan itu, maka dŭngan kamurahan juga iya kŭlak mŭnuwie.

7Masing masing biarlah mŭmbri sŭkŭdar karelaan hatinya, bukannya dŭngan sŭgan, atau dŭngan paksa: kŭrna dikasihi Allah akan orang yang mŭmbri dŭngan bŭrsuka suka.

8Maka Allah itu bŭrkwasa iya akan mŭlempahkan sagala anugrah itu bagie kamu; supaya kamu kŭlak, sŭbab slalu mŭndapati skalian dŭngan sŭchukopnya sagala pŭrkara itu, bulihlah tŭrlempahkan dalam sagala pŭrbuatan yang baik adanya.

9Spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Adapun iyalah tŭlah mŭnaborkan kliling; iyalah tŭlah mŭmbrikan kapada orang mŭskin: maka kabŭnarannya itupun tinggal sampie slama lamanya.

10Adapun skarang Tuhan yang mŭmbri bŭnih kapada orang yang mŭnabor itu juga mŭmbri rŭzki akan makanan kamu pun: sŭrta mŭmbanyakkan bŭnih kamu yang ditanam itu, dan mŭnambahkan buah buahan kabajikan kamu.

11Sŭbab kamu adalah kaya dalam sagala sŭsuatu sampie mŭndatangkan dŭrmawan yang mŭmbangkitkan dalam hati orang shukor kapada Allah.

12Kŭrna pŭkŭrjaan pŭmbrian ini, bukannya mŭnulong akan kakorangan orang salih sahja, mŭlainkan bŭrtambahlah pula kabanyakkan shukor kapada Allah pun.

13Adapun ulih sŭbab dalil pŭkŭrjaan inilah marika itu mŭmuliakan Allah deri kŭrna pŭngakuan ibadat kamu kapada Injil Almasih, dan deri kŭrna kamurahan pŭmbrian kamu kapada marika itu, dan kapada sagala orang.

14Maka dŭngan tulong doa marika itu akan kamu, yang ada rindu akan kamu deri kŭrna anugrah Allah yang amat lempah atas kamu.

15Shukorlah kiranya kapada Allah deri kŭrna anugrahnya yang tiada tŭrkata kata lagi.



 <<  2 Korintus 9 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran