Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Timotius 4 >> 

FATSAL IV.

1MAKA sŭbab itu aku amanatkanlah dihadapan Allah, dan Tuhan Isa Almasih, yang mŭnjadi hakim kŭlak kapada orang yang hidop dan yang mati itu pada masa kadatangannya, dan krajaannya kŭlak;

2Ajarkanlah pŭrkataan Allah itu; biarlah slalu baik pada masa sŭnang, baik pada masa yang sukar; tŭmplakkanlah, dan tŭgorkanlah, dan nasihatkanlah, dŭngan panjang hati dan pŭngajaran.

3Kŭrna waktu akan datang kŭlak, marika itu tiada mahu mŭnŭrima pŭngajaran yang baik itu; mŭlainkan mŭnurot akan sagala kainginnan nafsunya, sŭrta mŭnghimponkan bŭbrapa guru guru yang ada bŭrtŭlinga gatal.

4Maka marika itu kŭlak akan mŭmalingkan tŭlinganya deripada yang bŭnar, dan mŭmbalikkan kapada chŭrtra chŭrtra yang bukan bukan.

5Tapi handaklah angkau jaga dalam sagala pŭrkara, tahanlah annyaya, pŭrbuatlah pŭkŭrjaan guru Injil, dan saksikanlah baik baik akan jawatanmu itu.

6Kŭrna aku ada sŭdia skarang akan dikorbankan, dan hari pulangku tŭlah hampir.

7Bahwa aku tŭlah bŭrprang dŭngan pŭprangan yang baik, dan aku tŭlah mŭnghabiskan lumbaanku, dan aku tŭlak mŭnaroh iman.

8Maka pada akhirnya kŭlak mahakota kabŭnaran itu ada tŭrsimpan bagieku, iya itu akan dikurniakan bagieku ulih Tuhan, hakim yang adil itu, pada hari itu: tapi bukannya padaku sa’orang sahja, mŭlainkan kapada sagala orang yang mŭngasihi akan hari kadatangannya itu

9Chŭpatkanlah dirimu datang mŭndapatkan aku dŭngan sŭgranya.

10Kŭrna Dimis tŭlah mŭnolakkan aku sŭbab iya mŭngasihi dunia ini, maka iya tŭlah pŭrgi kaThessalonika; Krecens itu tŭlah pŭrgi kaGalatia, dan Titus pun kaDalmatia.

11Hanya tinggallah Lukas juga sŭrtaku, ambillah Markus itu bawa bŭrsama sama: kŭrna iya pun bŭrguna juga padaku dalam jawatan ini.

12Tŭtapi aku sudah mŭnyurohkan Tiekikus itu pŭrgi kaEfesus.

13Maka baju slimut yang tŭlah kutinggalkan dinŭgri Troas sama siKarpus itu, bawalah apabila angkau datang kŭlak sŭrta dŭngan kitab kitab, tŭrutama, kŭrtas kŭrtas kulit itu.

14Adapun Iskander, tukang tŭmbaga itu, banyaklah iya tŭlah mŭmbuat jahat padaku: Tuhan juga mŭmbri balas akan dia spŭrti pŭrbuatannya.

15Maka handaklah angkau jaga baik baik akan dia itu; kŭrna tŭrlalulah sangat sudah iya mŭlawan pŭrkataan kami.

16Adapun jawabku pada mula mula tiadalah sa’orang pun bŭrdiri dŭngan aku, mŭlainkan sŭmua orang tŭlah mŭninggalkan aku: kupohonkan kapada Allah, supaya jangan marika itu disalahkan.

17Akan tŭtapi Tuhanlah tŭlah bŭrdiri sŭrtaku, dan mŭnguatkan aku; supaya ulihku, pŭngajaran Injil itu dŭngan sampornanya dapat dikŭtahui; dan supaya sagala orang sŭsat pun dapatlah mŭnŭngar: maka aku tŭlah tŭrlŭpaslah deripada mulot singa itu.

18Maka Tuhanlah juga kŭlak mŭlŭpaskan aku deripada sagala pŭkŭrjaan jahat, sŭrta dipliharakannya aku sahingga sampie kapada krajaan shorganya: kamuliaanlah kiranya akan dia slama lamanya sampie slama lamanya. Amin

19Salamku kapada Priska dan Aquila, dan pada orang isi rumah Onesiforus.

20Maka Erastus sudah diam diKorinthius: Tŭtapi Trophimus sudah kutinggalkan diMiletam sakit.

21Chŭpatkanlah dirimu datang sŭbŭlom musim sŭjok, maka Eubulus, dan Pudeus, dan Linus, dan Klaudia, dan sagala saudara saudara ampunya sŭlam padamu.

22Maka biarlah kiranya Tuhan Isa Almasih bŭsŭrta dŭngan Rohmu. Anugrah Tuhan bŭsŭrta dŭngan angkau: Amin.i1 ¶ Tŭrmaktob surat kiriman yang kadua ini yang dikirimkan deri nŭgri Rom kapada Timothius, iya itu guru Injil yang pŭrtama dalam sidang jŭmaah orang dinŭgri Efesus, pada tŭtkala kadua kalinya Paulus masok bichara dihadapan Nero.



 <<  2 Timotius 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel