Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Filipi 2 >> 

FATSAL II.

1MAKA jikalau kiranya ada barang kasŭnangan deripada Almasih, jikalau ada barang pŭnghiburan deripada kasih, jikalau ada barang sŭkutuan deripada Roh, jikalau ada barang buah hati dan kamurahan,

2Mŭnggŭnapilah kasukaanku, supaya bŭrsamaanlah ingatanmu, sŭbab ada mŭnaroh sama kasih, sŭbab ada sama sŭfakat, dan sama hati.

3Maka janganlah kamu bŭrbuat barang suatu pŭrkara jua pun dŭngan pŭrbantahan, atau dŭngan mŭnchari kamŭgahan yang sia sia; tŭtapi dŭngan rŭndah hati, biarlah masing masing mŭngasihi sa’orang akan sa’orang tŭrlebih deripada dirinya sŭndiri.

4Janganlah masing masing mŭlihat halnya sŭndiri sahja, tŭtapi handaklah masing masing mŭlihat hal hal orang lain pun.

5Maka biarlah kiranya ada ingatan yang dŭmkian itu dalam kamu spŭrti yang sudah ada dalam Isa Almasih.

6Sŭbab ada iya dalam kaadaan Allah, tiadalah iya sangka rampasan kalau iya mŭnjadi stara dŭngan Allah.

7Tŭtapi iya tiada mŭnchari kabilangan, mŭlainkan iya mŭnjadikan dirinya bŭrsifat hamba lalu dijadikannya sama dŭngan manusia.

8Maka sŭtlah didapati akan dia dŭngan hal manusia, maka dirŭndahkannyalah dirinya, lalu tŭrta’loklah iya kapada maut, mŭskipun kapada kŭmatian salib.

9Maka sŭbab itulah tŭlah ditinggikan Allah sangat akan dia, sŭrta dikurniakannya padanya suatu nama yang diatas sagala nama.

10Supaya akan nama Isa itu kŭlak haruslah tundok sagala lutut, iya itu baik sagala pŭrkara yang dilangit, baik sagala pŭrkara yang dibumi, baik sagala pŭrkara dibawah bumi.

11Dan supaya sagala lidah pun mŭngaku bahwasanya Isa Almasih itu Tuhan, bagie kamuliaan Allah iya itu Ayah.

12Maka sŭbab itulah kŭkasihku, adapun spŭrti pada sŭdiakalanya kamu tŭlah mŭnurot itu, bukannya dihadapanku sahja, mŭlainkan skarang tŭrlebih pula diblakangku, maka handaklah kamu bŭkŭrja mŭnuntut slamatmu sŭndiri dŭngan takot dan gŭmŭntar.

13Kŭrna Allah juga yang mŭnggrakkan dalam hati kamu itu akan bŭrniat, dan akan mŭlakukan kŭrelaannya.

14Pŭrbuatlah akan sagala pŭrkara dŭngan tiada bŭrsungot dan pŭrbantahan;

15Supaya kamu mŭnjadi orang yang tiada bŭrsalah, dan tiada pŭngapakan, spŭrti anak anak Allah yang tiada dapat dichŭla diantara bangsa yang bengkang bengkok, dan kachau belot, maka diantaranyalah kamu kŭlak bŭrchahya spŭrti trang dalam dunia.

16Mŭmaskorkan pŭrkataan slamat, supaya aku kŭlak akan bŭrsuka chita pada hari datang Almasih, supaya aku tiada bŭrlari lari dŭngan sia sia, atau bŭrlŭlah dŭngan sia sia.

17Bahkan, jikalau kiranya aku ini dipŭrsŭmbahkan atas korban, dan pŭkŭrjaan iman kamu skali pun, maka suka chitalah juga aku, dan bŭrsuka sukalah bŭsŭrta dŭngan kamu skalian.

18Maka dŭngan hal dŭmkianlah juga handaklah kamu pun sukachita, dan bŭrsuka sukalah bŭsŭrta dŭngan aku.

19Akan tŭtapi haraplah juga aku dŭngan bŭrkat Tuhan Isa akan mŭngirimkan Timothius dŭngan sŭgranya kapada kamu, supaya aku pun bulih mŭndapat pŭnghiburan yang baik, apabila kukŭtahui sagala hal ahwal kamu.

20Kŭrna sa’orang pun tiada sŭrtaku yang sama hati, yang mŭmpŭdulikan sagala ahwal kamu dŭngan sŭtiawannya.

21Kŭrna marika itu skalian mŭnchari hal dirinya sŭndiri, dan bukannya deri pŭrkara pŭrkara Isa Almasih.

22Tŭtapi kamu tahulah tandanya Timothius itu, iya itu spŭrti anak kapada bapanya, dŭmkianlah iya tŭlah bŭrkhodmat sŭrta dŭngan aku deri hal Injil.

23Maka sŭbab itulah harap aku akan mŭngirimkan dia itu dŭngan sŭgranya, sŭrta kulihat apakah kasudahannya halku ini.

24Akan tŭtapi haraplah aku dŭngan bŭrkat Tuhan, supaya aku pun sŭndiri akan datang juga dŭngan sŭgranya.

25Tapi pada sangkaku, baiklah juga mŭngirimkan Ipafroditus, saudaraku yang sama bŭkŭrja, dan kawan sŭldadu; tŭtapi iya itu surohan deripada kamu, dan yang tŭlah mŭmliharakan kakoranganku itu.

26Kŭrna iya tŭlah rindu akan kamu skalian, dan ada pŭnoh dŭngan kabratan, sŭbab kamu tŭlah mŭnŭngar iya sakit.

27Maka sŭsungguhnya iya tŭlah sakit payah hampir mati: tŭtapi dikasihani Allah akan dia: maka bukannya akan dia sahja, mŭlainkan aku pun, asal jangan aku mŭnaroh susah diatas susah.

28Maka sŭbab itulah aku tŭlah mŭngirimkan akan dia dŭngan tŭrlebih sŭgra, supaya apabila kamu bŭrtŭmu dŭngan dia kŭlak, kamu bulih bŭrsuka sukalah, dan supaya dukachitaku pun bulihlah bŭrkorangan.

29Maka sŭbab itu trimalah akan dia kŭrna Tuhan dŭngan bŭrsuka sukaan; dan hormatilah akan orang yang dŭmkian itu.

30Sŭbab pŭkŭrjaan Almasih hampir hampirlah iya mati, tiadalah iya mŭngindahkan jiwanya, sŭbab iya handak mŭnyampiekan kakorangan khodmat kamu akan daku.



 <<  Filipi 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran