Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Galatia 4 >> 

FATSAL IV.

1SKARANG maka kataku, adapun warith itu slagi iya kanak kanak, maka tiadalah iya bŭrbetha skalipun dŭngan hamba, jikalau iya mŭnjadi tuan atas sagala sŭsuatu skalipun.

2Mŭlainkan iya itu dibawah prentah guru, dan pŭmrentah, sahingga pada masa yang akan ditŭntukan ulih ayahnya.

3Maka dŭmkian pula kami inipun tŭtkala lagi kanak kanak, kami adalah pŭrhambaan dibawah alif ba ta dunia.

4Tŭtapi apabila sampie gŭnap waktunya itu, maka disuroh Allah akan Anaknya itu yang tŭlah jadi deripada sa’orang pŭrampuan, tŭrta’lok dibawah hukum tauret;

5Supaya ditŭbusnya akan sagala orang yang tŭrta’lok dibawah hukum tauret, supaya kami bŭrulih pangkat anak anak angkat.

6Adapun ulih sŭbab kamu anak anak adanya, maka Allah tŭlah mŭnyurohkan Roh Anaknya laki laki itu masok kadalam hati kamu yang bŭrsru, Abba, Ayah.

7Maka sŭbab itulah kamu bukannya lagi sa’orang hamba, mŭlainkan sa’orang anak, dan jikalau sa’orang anak, maka bahwasanya sa’orang warithlah bagie Allah dŭngan bŭrkat Almasih.

8Akan tŭtapi tŭtkala bŭlom kamu mŭngŭnal Allah, kamu tŭlah dipŭrhambakan kapada yang bukannya mŭmpunyai tabiat Allah.

9Tŭtapi skarang kumdian deripada kamu tŭlah mŭngŭnal akan Allah, atau tŭrutamalah dikŭnal ulih Allah akan kamu, maka bŭtapakah kamu handak bŭrpaling pula kapada sagala pŭngajaran alif ba ta yang lŭmah dan mŭskin itu, sŭrta handak pŭrhambakan lagi pula dirimu kapadanya?

10Bahwa kamu mŭngindahkan hari, dan bulan, dan waktu, dan tahun.

11Maka kutakotlah akan hal kamu itu, asal jangan tŭrbuang lŭlahku atas kamu dŭngan sia sia.

12Saudara saudaraku, kupintalah kapada kamu, jadilah spŭrti aku, kŭrna aku ini spŭrti kamu adanya; kamu tiada skali kali mŭmbuat susah bagieku.

13Maka kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa aku mŭngajar Injil pada kamu mula mulanya dŭngan kalŭmahan tubohku,

14Dan pŭrchobaanku yang ada dalam tubohku itu tiada kamu kŭjikan, atau mŭnolakkan dia, mŭlainkan kamu tŭlah mŭnŭrima akan daku spŭrti sa’orang mŭliekat Allah, spŭrti Isa Almasih juga.

15Manakah bŭrkat yang kamu mŭngatakan itu? Kŭrna aku mŭnjadi saksi, bahwa jikalau dapat kiranya, tŭntu kamu handak mŭnyongkilkan biji matamu sŭndiri itu mŭmbrikan padaku.

16Maka deri sŭbab itu, aku mŭnjadi sŭtrumukah, sŭbab aku kata padamu yang bŭnar itu?

17Maka marika itu chŭndrong kapada kamu dŭngan rajin, tŭtapi bukan dŭngan baiknya; iya mahu mŭnchŭriekan kamu, supaya kamu chŭndrong kapada dia.

18Tŭtapi baik juga mŭnjadi rajin slalu dalam pŭrkara yang baik, bukannya pada waktu aku ada bŭrhadapan dŭngan kamu sahja.

19Hie anak anakku yang kugandongkan kabratan akan mŭmpranakkan kamu pula, sahingga Almasih disifatkan dalam kamu;

20Maka kahandakku bŭrhadapan dŭngan kamu skarang ini, dan mŭnukarkan pŭrkataanku, kŭrna bimbanglah hatiku sŭbab kamu.

21Katakanlah kapadaku, hie orang yang handak ta’lok dibawah hukum tauret itu, tiadakah kamu mŭnŭngar akan pŭrkataan tauret itu?

22Kŭrna tŭlah tŭrsurat, Ibrahim itu adalah dua anak laki lakinya, iya itu sa’orang deripada sahya pŭrampuan, dan sa’orang deripada pŭrampuan mŭrdehka.

23Tŭtapi anak deripada sahya pŭrampuan itu tŭlah dipranakkan dŭngan pri hawa nafsu, tŭtapi anak deripada pŭrampuan mŭrdehka itu sudah jadi sŭbab pŭrjanjian.

24Maka pŭrkara itulah mŭnjadi suatu ibarat, kŭrna iya itu dua pŭrjanjian adanya, maka yang suatu itu asalnya deri bukit Tŭrsina yang mŭmpranakkan pŭrhambaan, iya itulah Hagar.

25Adapun Hagar itu ibaratnya bukit Tŭrsina ditanah Arab, maka iya itu stuju dŭngan Jerusalem yang ada skarang ini mŭnjadi hamba sŭrta dŭngan anak anaknya.

26Akan tŭtapi Jerusalem yang ada diatas itu mŭrdehka adanya, maka iya itulah bondah kami skalian.

27Kŭrna tŭlah tŭrsurat, Bŭrsuka sukaanlah hie pŭrampuan mandol yang tiada branak; bŭrsoraklah sŭrta bŭrsru, hie angkau yang bŭlom kŭna sakit branak, kŭrna yang kosong itulah ada tŭrlebih banyak anak anak deripada yang bŭrswami.

28Adapun kami ini skarang hie saudara saudara, spŭrti ka’adaan Isahak, anak anak pŭrjanjian itu.

29Adapun spŭrti tŭtkala dahulu itu, yang tŭlah dipranakkan dŭngan hawa nafsu itu, tŭlah mŭngannyayai akan yang tŭlah dipranakkan deri pada Roh itu, maka dŭmkian lagi sampie kapada skarang ini.

30Kŭndatilah, apakah pŭrkataan kitab? Buangkanlah sahya pŭrampuan ini bŭsŭrta anaknya, kŭrna anak sahya pŭrampuan itu tiada kŭlak mŭnjadi warith sama dŭngan anak pŭrampuan mŭrdehka itu.

31Dŭmkianlah hie saudara saudaraku, bukannya kami anak anak deripada sahya pŭrampuan itu, mŭlainkan anak anak deripada pŭrampuan mŭrdehka itu.



 <<  Galatia 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel