Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 11 >> 

FATSAL XI.

1ALKESAH maka kadŭngaranlah kapada sagala Rasol dan saudara yang ada ditanah Yahuda, bahwa orang sŭsat itu tŭlah mŭnŭrima pŭrkataan Allah.

2Maka apabila Petros itu tŭlah sampie kaJerusalem, lalu bŭrbantah bantahlah sagala orang yang tŭlah bŭrsunat itu kapadanya;

3Katanya, Bahwa angkau tŭlah masok kŭdalam rumah orang kulop, sŭrta makan bŭrsama sama dŭngan dia.

4Maka Petros mŭnchŭtrakanlah sagala hal ahwalnya deripada pŭrmulaannya, sŭrta mŭnyatakan dia bŭrturot turot pada marika itu, katanya,

5Bahwa skali pŭrstua aku dinŭgri Jopa tŭngah mŭminta doa, maka aku mŭlihat dalam pengsanku suatu pŭnglihatan, iya itu suatu bŭnda spŭrti suatu slimut yang bŭsar turon tŭrhulor deri dalam langit tŭrpanjut pada ampat punchanya; maka datanglah iya dŭkat padaku.

6Maka apabila aku rŭnung akan dia, bŭrfikirlah aku sambil mŭlihat bŭbrapa binatang dibumi yang bŭrkaki ampat, dan binatang liar, dan yang mŭlata, dan burong yang diudara.

7Maka tiba tiba aku mŭnŭngar suatu swara bŭrkata padaku, Bangunlah hie Petros, sŭmblehlah sŭrta makan.

8Tŭtapi kataku, Bukannya dŭmkian ya Tuhan, kŭrna bŭlom pŭrnah barang yang haram atau nŭjis masok kŭdalam mulotku.

9Maka disahut ulih swara deri langit itu pula, katanya, Barang yang dihalalkan Allah, janganlah angkau sŭbotkan dia haram.

10Maka dŭmkianlah halnya tiga kali, maka skaliannya itu pun tŭrangkatlah kŭmbali kŭlangit.

11Maka hieran dŭngan sŭgranya juga datanglah tiga orang kŭrumah ditŭmpat aku mŭnumpang itu, adapun marika itu surohan deri nŭgri Kesaria kapadaku.

12Maka disurohkan ulih Roh padaku pŭrgi sŭrta marika itu, katanya, Janganlah shak. Hata maka diiringkan pula kapadaku ulih anam orang saudara ini, maka masoklah kami kŭdalam rumah orang itu.

13Maka ulih orang inipun dichŭtrakan kapada kami akan ahwal iya tŭlah mŭlihat sa’orang mŭliekat dalam rumahnya bŭrdiri, sŭrta bŭrkata padanya, Surohkanlah ulihmu orang pŭrgi kaJopa mŭnjŭmpot akan Simon yang bŭrgŭlar Petros itu.

14Maka iyalah kŭlak akan mŭngajar kamu bŭbrapa pŭrkataan, maka deri sŭbab itulah angkau sŭrta sagala isi rumahmu pun akan slamat.

15Arkian maka apabila aku mŭmulai bŭrkata kata, maka turonlah Roh Alkudos ka’atas marika itu spŭrti yang diatas kami pada mulanya.

16Maka pada masa itu tŭringatlah aku akan pŭrkataan Tuhan, bagimana iya tŭlah bŭrkata, Sungguh pun Yahya tŭlah mŭmbaptisakan orang dŭngan ayer, tŭtapi kamu akan dibaptisakan dŭngan Roh Alkudos.

17Adapun jikalau dŭmkianlah kiranya dikurniakan Allah anugrah sama pada marika itu spŭrti yang dikurniakannya pada kita yang pŭrchaya akan Tuhan Isa Almasih, siapakah aku yang bulih mŭlawan Allah?

18Maka apabila didŭngar ulih marika itu akan hal yang dŭmkian, maka iya pun mŭmatikan dirinya, sŭrta mŭmuliakan Allah, katanya Dŭmkianlah juga halnya tŭlah didatangkan Allah taubat bagie orang sŭsat akan mŭndapat slamat kŭkal.

19¶ Sŭbarmula adapun sagala orang yang tŭrchŭrie bŭrie ulih sŭbab annyaya yang datang ulih kŭrna Istifanus itu, maka mŭlaratlah marika itu skalian sampie kapada nŭgri Fenikia, dan Kiprus, dan Antiok, dimashorkanlah ulih marika itu fŭrman itu kapada orang Yahudi sahja.

20Maka adalah diantara marika itu bŭbrapa orang nŭgri Kiprus dan Sirini, maka apa bila datanglah marika itu kaAntiok, maka dichŭtrakannyalah kapada orang Grika, sambil dimashorkannya deri hal Tuhan Isa.

21Maka adalah tangan Tuhan mŭnyŭrtai marika itu, maka banyaklah orang yang pŭrchaya sŭrta bŭrtaubat akan Tuhan.

22Maka kadŭngaranlah khabar itu katŭlinga sidang jŭmaah yang ada diJerusalem, lalu disurohkannyalah Barnabas pŭrgi sampie kaAntiok.

23Maka apabila sampielah iya kŭsana, sŭrta mŭlihat anugrah Allah itu, lalu suka chitalah iya, sambil dibrinya nasihat kapada sagala orang, supaya bŭrsungguh sungguh hatinya lŭkat pada Tuhan.

24Kŭrna Barnabas itu sa’orang baik, dan hatinya pun pŭnoh dŭngan Roh Alkudos, dan iman, maka mŭnjadi banyaklah orang bŭrtambah tambah kapada Tuhan.

25Maka kluarlah Barnabas pŭrgi kanŭgri Tarsus, iya itu handak mŭnchari Saul.

26Maka sŭtlah sudah iya bŭrtŭmu dŭngan dia, maka dibawanyalah kaAntiok. Bŭrmula adalah marika itu bŭrhimpon bŭrsama sama dŭngan sidang jŭmaah sa’tahun lamanya, sambil mŭngajar banyak orang. Adapun pada mula mula dinŭgri Antiok disŭbot orang akan murid murid itu, orang Masihi.

27¶ Sŭbarmula bahwa dewasa itu turonlah bŭbrapa orang nabi deri Jerusalem kaAntiok.

28Maka bŭrdirilah sa’orang deri antara marika itu namanya Agabus, maka iya itu bŭrkata kata dŭngan elham Roh, bahwa kŭlaparan bŭsar akan datang ka’atas sagala dunia; maka iya itu tŭlah mŭnjadi pada zaman Klaudias Kiesar.

29Maka sagala murid itu pun bŭrfakatlah masing masing kapada kadarnya, handak bŭrkirim apa apa akan mŭmliharakan sagala saudara yang dudok ditanah Yahuda.

30Maka dipŭrbuatlah ulih marika itu yang dŭmkian, lalu dikirimkannyalah dŭngan tangan Barnabas dan Saul kapada orang tua tua adanya.



 <<  Kisah Para Rasul 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran