Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kolose 2 >> 

FATSAL II.

1MAKA kukahandakilah supaya kamu mŭngatahui, bagimana garangan bŭsarnya pŭprangan yang ada padaku kŭrna kamu, dan kŭrna sagala orang yang ada dinŭgri Laodekia, dan kŭrna sŭbrapa pula orang yang bŭlom mŭlihat mukaku dalam ka’adaanku ini.

2Supaya hiburlah hati marika itu, sŭrta mŭnjadi tŭrikat bŭrsama sama dŭngan kasih, sahingga iya mŭndapat sagala kŭkayaan katŭntuan yang samporna deripada pŭngatahuan, akan mŭngaku rahsia Allah, iya itu Ayah dan Almasih.

3Maka dalamnyalah juga tŭrslindong sagala pŭrbandahran hikmat dan pŭngatahuan.

4Maka aku mŭngatakan ini, asal jangan barang sa’orang jua pun mŭmpŭrdayakan kamu dŭngan pŭrkataan tipu.

5Kŭrna jikalau aku ini tiada bŭrhalir dŭngan tubohku skalipun, maka adalah juga aku bŭrhalir kadada kamu dŭngan nyawa, bŭrsuka chita, sŭrta mŭmandang pratoran kamu, dan katŭtapan iman kamu akan Almasih.

6Maka sŭbab kamu tŭlah mŭnŭrima Isa Almasih Tuhan itu, maka dŭmkianlah juga jalanlah kamu mŭnurot Tuhan.

7Maka bŭrakarlah dan bŭralaslah diatasnya, dan tŭtaplah dalam iman spŭrti yang tŭlah kamu pŭlajari, bŭrtambah tambahlah dalamnya dŭngan mŭnguchap shukor.

8Maka ingatlah, asal jangan barang sa’orang mŭrosakkan kamu dŭngan ilmu ilmu dunia, dan tipu sia sia, iya itu mŭnurot adat nenek moyang, dan mŭnurot pŭngajaran alif ba ta dunia, tŭtapi bukannya mŭnurot Almasih.

9Kŭrna dalamnyalah juga ada diam sagala kŭlangkapan katuhanan dalam tuboh

10Maka kamulah ada langkap dalamnya; iyalah kŭpala sagala pŭmrentahan dan kwasa.

11Maka dalamnya pula kamu tŭlah disunatkan dŭngan sunat yang tiada dipŭrbuat dŭngan tangan, iya itu dŭngan mŭmbuangkan tuboh dosa deripada hawa nafsu ulih sunat Almasih.

12Maka kamu tŭlah ditanamkan sŭrtanya dŭngan baptisan, maka deripada itulah kamu tŭlah dibangkitkan sŭrtanya ulih iman yang dipŭrlakukan Allah, yang tŭlah mŭmbangkitkan dia deripada mati.

13Maka ulih sŭbab kamu tŭlah mati dalam dosamu, dan ulih sŭbab tiada tubohmu bŭrsunat itu, maka dihidopkan kamu bŭrsama sama dŭngan Isa, kŭrna sudah diampunilah sagala kasalahanmu itu.

14Dan diparangnya tulisan tangan rukun rukun yang mŭlawan kami, yang tiada stuju dŭngan kami, dan dilalukannya itu sŭrta dipakukannya pada kayu salibnya.

15Maka sŭtlah sudah dialahkannya sagala pŭmrentahan dan pŭnguasaan, lalu diunjokkan dia nyata nyata, sŭrta dipŭragakannya atasnya.

16Maka sŭbab itu janganlah kŭlak barang sa’orang mŭnyalahkan kamu deri kŭrna makanan, atau deri kŭrna minuman, atau deri kŭrna hal hari raya, atau bulan bahru, atau hari hari pŭrhŭntian.

17Maka adalah iya itu bagie bayang juga deri hal pŭrkara pŭrkara yang akan datang, akan tŭtapi batinnya itu Almasih adanya.

18Maka janganlah kŭlak barang sa’orang mŭmpŭrdayakan kamu deri hal faalahmu itu, dŭngan mŭmbuat buat rŭndah dirinya, dan mŭnyŭmbah mŭliekat mŭliekat, sŭrta mŭnyangarakan pŭrkara yang bŭlom dilihatnya, maka jadilah sumbong ulih akal hawa nafsunya itu.

19Dan tiada iya bŭrgantong kapada kŭpala itu, maka deripadanyalah sŭgŭnap tuboh bŭrtambah dŭngan pŭnambahan Allah, apabila iya tŭrplihara, dan tŭrhubong bŭrsama sama ulih sagala sŭndi sŭndi, dan pŭngikat pŭngikat.

20Maka sŭbab itulah jikalau kamu matikan diri dŭngan Almasih, sŭrta lŭpaslah deri hal pŭlajaran alif ba ta dunia itu, mŭngapakah kamu tŭrta’lok kapada rukun rukun, mŭnurot hukum hukum dan pŭngajaran manusia, sa’olah olah kamu hidop kŭrna dunia?

21Jangan mŭnjabat, jangan mŭngŭchap, jangan mŭmŭgang.

22Maka sŭmuanya itu kŭlak akan binasa tŭtkala dipakie orang.

23Maka pŭrkara pŭrkara itu sŭsungguhnya mŭngunjokkan sahja hikmat dŭngan mŭmbuat bakti, dan mŭnurot sangka sangka orang, dan mŭrŭndahkan diri, dan tiada sayangkan tuboh, tŭtapi iya itu bukannya mŭndatangkan barang kamuliaan akan mŭmuaskan hawa nafsu.



 <<  Kolose 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran