Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 16 >> 

FATSAL XVI.

1DAN lagi kata Isa pula kapada murid muridnya, Maka adalah sa’orang kaya anu yang ada sa’orang juru kunchinya, maka iya itu tŭlah ditudohkan orang akan mŭmboruskan barang barang tuannya.

2Maka dipanggilnya akan dia, sŭrta katanya, Bagimanakah itu aku mŭnŭngar ini deri padamu? Brilah kira kira deri hal jawatanmu, kŭrna angkau ta’bulih lama lagi mŭnjadi juru kunchi.

3Sŭtlah itu maka bŭrfikirlah juru kunchi itu dalam hatinya, apakah aku handak buat, kŭrna tuanku tŭlah mŭngambil deri padaku akan jawatan ini; aku ta’bulih mŭnggali, minta sŭdŭkah pun aku malu.

4Maka tŭntulah aku handak bŭrbuat ini, maka apabila aku dipŭchatnya deripada jawatanku itu, bulihlah ditrima ulih orang orang akan daku kŭdalam rumah rumahnya.

5Maka dŭngan hal yang dŭmkian, dipanggilnyalah skalian hutang hutangan tuannya, maka katanya kapada yang pŭrtama, Brapakah hutangmu kapada tuanku?

6Maka katanya, Sa’ratus sukatan minyak. Maka katanya kapadanya, Ambillah suratmu, dudoklah lŭkas, tulislah lima puloh.

7Sŭtlah itu katanya kapada yang lain, Brapakah ada hutangmu? Maka jawabnya, Sa’ratus sukatan gandom. Maka katanya kapadanya, Ambillah suratmu, dan tulislah dŭlapan puloh.

8Maka tuannya itupun mŭmujilah akan juru kunchi helat itu, sŭbab iya tŭlah bŭrbuat dŭngan akal, kŭrna orang dunia ini dalam kŭturonannya itu tŭrlebih bŭrakal deripada anak anak trang.

9Maka aku bŭrkata kapadamu, Jadikanlah bagie dirimu sahabat sahabat kapada kŭkayaan yang tiada bŭnar, supaya apabila angkau rugi kŭlak, bulihlah angkau ditrima kŭdalam kŭdudokkan yang kŭkal.

10Adapun orang yang sŭtiawan dalam pŭrkara yang sŭdikit itu, maka iya itu kŭlak sŭtiawan juga dalam pŭrkara yang banyak; maka orang yang tiada bŭnar dalam pŭrkara yang sŭdikit itu, maka iya itu kŭlak tiada bŭnar kapada pŭrkara yang banyak.

11Maka sŭbab itu jikalau angkau tiada sŭtiawan akan kŭkayaan yang tiada bŭnar itu, siapakah kŭlak akan mŭnyŭrahkan kapadamu kŭkayaan yang bŭnar itu?

12Maka jikalau kiranya angkau tiada sŭtiawan kapada barang orang lain, siapakah kŭlak akan mŭmbri kapadamu yang angkau punya sŭndiri?

13¶ Tiada bulih sa’orang hamba itu bŭrtuankan dua orang, kŭrna dapat tiada kŭlak iya mŭmbŭnchi akan salah suatu, dan mŭngasihi suatu; atau iya pŭgang akan suatu, dan dibŭnchikannya yang lain. Tiada bulih kamu mŭnjadi hamba kapada Allah, dan kŭkayaan dunia itu.

14Maka orang orang Farisia pun yang ada mŭnaroh loba mŭnŭngar akan sagala pŭrkara pŭrkara ini, maka marika itu mŭnistakan akan dia.

15Maka kata Isa kapada marika itu, Kamulah juga yang mŭmbŭnarkan dirimu sŭndiri dihadapan manusia, tŭtapi dikŭtahui Allah akan hatimu, kŭrna pŭrkara yang sangat diindahkan ulih manusia, itulah kabŭnchian kapada fihak Allah.

16Adapun Tauret dan surat nabi nabi itu iya itu sampie kapada Yahya, maka deripada zaman itu, krajaan Allah itu tŭlah dimashorkan, maka tiap tiap orang mŭngasak masok dalamnya.

17Maka tŭrlebih sŭnanglah kiranya langit dan bumi ini lŭnyap, deripada satu nokta deri pada Tauret dihilangkan.

18Maka barang siapa mŭmbuangkan bininya, dan kahwen kapada yang lain, maka iya itu bŭrzinah; maka barang siapa yang kahwen dŭngan pŭrampuan yang dibuangkan ulih lakinya itu pun bŭrzinah.

19¶ Maka adalah sa’orang kaya anu yang tŭlah mŭmakie pakiean ungu dan khasa nipis, dan makan pada tiap tiap hari dŭngan lazatnya.

20Maka adalah sa’orang anu mŭminta sŭdŭkah yang bŭrnama Lazaras, yang ada tŭrlŭtak dipintu luar orang kaya itu, pŭnoh dŭngan luka luka.

21Maka iya itu ingin handak makan akan sisa sisa yang jatoh deripada meja orang kaya itu; dan lagi pula anjing anjing datang mŭnjilat luka lukanya itu.

22Maka skali pŭrstua, maka matilah orang yang mŭminta sŭdŭkah itu, maka iya itu diangkat ulih mŭliekat mŭliekat dibawanya karibaan Ibrahim; maka orang kaya itu pun matilah, lalu ditanamkan.

23Maka dalam nŭraka diangkatnya matanya ulih sŭbab sŭngsaranya itu, maka dilihatnya Ibrahim deri jauh, dan Lazaras itu dalam rebaannya.

24Maka bŭrsrulah iya sŭrta bŭrkata, Bapa Ibrahim, kasihankanlah akan daku, surohkanlah Lazaras itu supaya dichŭlopkannya hujong jarinya dalam ayer, akan mŭnyŭjokkan lidahku, kŭrna aku sŭngsara dalam nyala ini.

25Tapi kata Ibrahim, Anak, ingat, maka angkau pada masa hidopmu tŭlah mŭnŭrima harta bŭndamu yang baik baik, maka dŭmkian lagi Lazaras itu mŭnŭrima bŭnda yang jahat jahat; tŭtapi skarang iya dihiborkan, maka angkau disŭngsarakan.

26Maka tambahan lagi, adalah diantaramu dŭngan kami suatu kŭluboran bŭsar tŭhantar, maka sŭbab itulah tiada dapat dilalui ulih orang deri sini katŭmpatmu itu, atau orang deri sana pun mŭlalui datang kŭmari ta’bulih.

27Sŭtlah itu maka kata orang kaya itu, Sŭbab itu aku mintalah kapadamu bapa, supaya angkau surohkan dia kŭrumah bapaku:

28Kŭrna adalah bagieku lima orang saudara, supaya bulih iya mŭnyatakan kapada marika itu, asal janganlah marika itu pun masok kŭdalam tŭmpat sŭngsara ini.

29Kata Ibrahim kapadanya, Adalah kapada marika itu surat Musa dan nabi nabi, biarlah marika itu mŭnŭngar akan pŭrkataannya.

30Maka katanya, Tidak bapa Ibrahim, tŭtapi jikalau kiranya sa’orang deripada orang mati pŭrgi kapada marika itu, nantilah marika itu bŭrtaubat.

31Maka kata Ibrahim kapadanya, Jikalau marika itu tiada mahu mŭnŭngar akan pŭrkataan Musa dan nabi nabi, ta’kan bulih marika itu ditŭmplakkannya, mŭski pun ulih sa’orang yang bŭrbangkit deripada matinya.



 <<  Lukas 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel