Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 19 >> 

FATSAL XIX.

1MAKA Isa pun masoklah lalu mŭnŭrusi nŭgri Jeriko.

2Maka sŭsungguhnya adalah disana sa’orang bŭrnama Zakius, iya itu kŭpala diantara orang orang yang mŭmŭgang chukie, lagi iya itu kaya adanya.

3Maka iya mŭnchari handak mŭlihat Isa siapakah dia itu; ulih sŭsak orang, tiadalah iya bulih, kŭrna iya orang rŭndah.

4Maka bŭrlarilah iya dahulu, sŭraya mŭmanjat pohon kŭrtau handak mŭlihat akan Isa, kŭrna iya handak lalu dijalan itu.

5Maka apabila datanglah Isa katŭmpat itu, tŭngadahlah iya, lalu dilihatnya akan dia, sŭraya katanya, Zakius, lŭkaslah turon, kŭrna pada hari ini aku handak mŭnumpang dirumahmu.

6Maka dŭngan sŭgralah iya turon, sŭrta disambutnya akan Isa dŭngan suka chitanya.

7Maka apabila dilihat ulih marika itu, maka bŭrsungotlah skalian, katanya, Iya sudah pŭrgi mŭnjadi jamu kapada sa’orang bŭrdosa.

8Maka Zakius pun bŭrdirilah, sŭraya bŭrkata kapada Tuhan, Bahwa sŭsungguhnya sŭparoh hartaku ini akan kubrikan kapada orang mŭskin, maka jikalau aku sudah mŭngambil barang apa deripada barang sa’orang dŭngan tudohan dusta, maka aku kŭmbalikanlah kapadanya dŭngan ampat kali gandah.

9Maka kata Isa kapadanya, Bahwa pada hari inilah slamat itu tŭlah sampie kŭrumah ini, kŭrna iya itu pun sa’orang anak Ibrahim adanya.

10Kŭrna Anak manusia itu datang akan mŭnchari, dan mŭmliharakan yang tŭlah hilang.

11Maka tŭngah orang orang mŭnŭngar akan pŭrkara pŭrkara ini, maka ditambahi ulih Isa pula suatu pŭrumpamaan, kŭrna iya tŭlah hampirlah kaJerusalem, dan kŭrna disangkakan ulih marika itu krajaan Allah itu akan nyata dŭngan sŭgranya.

12Sŭbab itu maka kata Isa, Adalah sa’orang bangsawan anu pŭrgi kapada sa’buah nŭgri yang jauh handak mŭnŭrima bagie dirinya suatu krajaan, kumdian handak balek.

13Maka dipanggilnyalah sa’puloh orang hambanya, lalu dibrinya kapada marika itu sa’puloh pond, sŭrta katanya kapada marika itu, Jalankanlah akan dia sampie aku balek.

14Tŭtapi orang nŭgrinya itu mŭmbŭnchikanlah akan dia, sŭrta diutusnya akan dia, katanya, Tiadalah kami mahu orang ini mŭmrentahkan kami.

15Sŭbarmula maka apabila kŭmbalilah iya sŭbab sudah mŭnŭrima krajaan itu, disurohnya akan hamba hambanya itu datang kapadanya, iya itu orang yang tŭlah dibrinya wang itu, supaya dikŭtahuinya brapakah masing masing marika itu tŭlah mŭndapat untong deripada bŭrniaga.

16Maka orang yang pŭrtama itu datang bŭrkata, Pondmu itu tŭloh untong sa’puloh pond.

17Maka katanya kapadanya, Sabaslah hie hamba yang baik, ulih sŭbab sŭtialah angkau dalam pŭrkara yang sŭdikit itu, maka handaklah angkau mŭmrentahkan sa’puloh buah nŭgri.

18Maka datanglah yang kadua, katanya, Tuan, pondmu dapat untong lima pond.

19Maka katanya pula kapadanya, Angkau pun jadilah pŭmrentah atas lima buah nŭgri.

20Datanglah yang lain, katanya, Tuan, initah pondmu yang tŭlah kusimpan dalam kain.

21Kŭrna aku takot akan dikau, sŭbab angkau sa’orang kŭras, angkau mŭngambil yang tiada angkau lŭtakkan, dan mŭnuwie yang tiada angkau mŭnanam.

22Maka jawab Tuan itu kapadanya, Deripada pŭrkataan yang kluar deri mulotmu itu juga aku handak mŭnghukumkan dikau, hamba jahat; angkau tŭlah mŭngŭtahui aku sa’orang kŭras, mŭngambil yang tiada kulŭtakkan, dan mŭnuwie yang tiada aku mŭnanam.

23Mŭngapakah tiada angkau tarohkan wangku itu ditŭmpat bŭrbunga, supaya apabila aku datang bulihlah aku mŭndapat wangku sŭndiri itu dŭngan bunganya.

24Maka katanya kapada orang yang bŭrdiri dŭkat itu, Ambillah deripadanya pond itu, brikanlah kapada orang yang ada sa’puloh pond.

25Maka kata marika itu kapadanya, Tuan, ada kapadanya sa’puloh pond.

26Kŭrna aku bŭrkata kapadamu, kapada barang siapa yang ada akan dibri, dan kapada orang yang tiada itu, mŭski pun apa yang ada kapadanya akan diambil deripadanya.

27Tŭtapi orang orang yang musohku itu yang tiada mahu kuprentahkan akan dia, bawalah kŭmari, bunohlah akan dia dihadapanku.

28¶ Maka apabila Isa sudah bŭrkata kata dŭmkian, bŭrjalanlah iya kahadapan sŭrta naik kaJerusalem.

29Maka skali pŭrstua apa bila hampirlah iya kaBethpagi dan Bethani, diatas bukit yang bŭrnama bukit Zieton, maka disurohkannya dua orang muridnya,

30Katanya, Pŭrgilah kamu kŭduson disŭblah hadapan kamu, maka jikalau kamu masok kŭsana, maka kamu akan mŭndapat sa’ekor anak kaldie tŭrtambat, yang bŭlom pŭrnah dinaikki orang, luchutkanlah akan dia bawalah kŭmari.

31Maka jikalau barang siapa bŭrtanya kapadamu, mŭngapa kamu luchutkan dia, katalah kapadanya dŭmkian, Kŭrna ada bŭrguna kapada Tuhan akan dia.

32Maka orang orang yang disurohkannya itu pun pŭrgilah, maka didapatinya spŭrti yang dikatakannya itu.

33Maka tŭngah diluchutkan ulih marika itu akan kaldie itu, maka kata orang yang ampunya itu, Mŭngapa angkau luchutkan anak kaldie itu?

34Maka jawab marika itu, Tuhan ada bŭrguna akan dia.

35Maka dibawalah ulih marika itu akan dia kapada Isa, maka dibŭntangkan ulih marika itu bajunya ka’atas kaldie itu, sŭrta didudokkannya Isa ka’atasnya.

36Maka adalah tŭngah iya bŭrjalan itu, dibŭntangkan ulih marika itu pakieannya dijalan.

37Maka apabila iya sudah datang dŭkat sampielah dichuram bukit Zieton itu, maka sagala bŭlatantara murid muridnya mŭmulailah bŭrsuka suka, sŭrta mŭmuji akan Allah dŭngan swara yang nyaring, ulih sŭbab sagala pŭkŭrjaan yang amat kwasa itu tŭlah dilihatnya.

38Katanya, Slamatlah kiranya Raja yang datang dŭngan nama Tuhan, sŭjahtralah dalam shorga, dan kŭmuliaan dalam kŭtinggian.

39Maka bŭbrapa orang Farisia deri antara bŭlatantara itu bŭrkata kapadanya, Guru, tŭngkinglah akan murid muridmu itu.

40Maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapadanya, Aku bŭrkata kapadamu, jikalau kiranya marika itu diam, nŭschaya batu batu itu dŭngan skutika ini kŭlak bŭrtriak.

41¶ Maka apabila datanglah iya hampir, dipandangnya akan nŭgri itu, lalu ditangisinyalah akan dia.

42Katanya, Jikalau kiranya angkau mŭngŭtahui, mŭski pun angkau pada masamu ini pun, akan pŭrkara pŭrkara yang mŭndatangkan sŭjahtralah bagiemu, tŭtapi skarang iya itu ada tŭrlindong deripada matamu.

43Kŭrna zaman itu kŭlak akan datang ka’atasmu, maka musoh musohmu itu akan mŭndirikan suatu kubu klilingmu, sŭrta mŭngŭpong akan dikau bŭrkliling, dihimpetnya angkau deripada tiap tiap fihak.

44Maka angkau kŭlak akan diratakan sama dŭngan tanah sŭrta anak anakmu yang ada dalamu, maka tiadalah akan ditinggalkan dalammu suatu batu bŭrsuson diatas suatu, sŭbab angkau tiada mŭngŭtahui akan waktu pŭrtŭmnanmu

45Maka masoklah Isa kŭdalam ka’abah, lalu dimulainyalah mŭnghalaukan sagala orang orang yang bŭrjual bŭli dalamnya.

46Katanya kapada marika itu, Tŭlah tŭrtulis, adapun rumahku itu rumah sŭmbahyang, tŭtapi kamu tŭlah mŭnjadikan dia itu goa tŭmpat pŭnchuri pŭnchuri.

47Maka pada tiap tiap hari iya mŭngajar dalam ka’abah, tŭtapi kŭpala kŭpala imam, dan khatib khatib, dan orang tua tua kaum itu, mŭnchari jalan handak mŭmbinasakan dia.

48Maka tiadalah didapati marika itu apakah handak dibuatnya, kŭrna sagala kaum itu bŭrgantong hatinya handak mŭnŭngar akan pŭngajarannya.



 <<  Lukas 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel