Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 11 >> 

FATSAL XI.

1SŬBARMULA maka apabila habislah sudah Isa bŭrpŭsan kapada kadua blas muridnya itu, maka undorlah iya deri sana, sŭbab iya handak mŭngajar, dan mŭmashorkan Injil dalam sagala nŭgri marika itu.

2Maka apabila didŭngar ulih Yahya deri dalam pŭnjara, akan sagala pŭrbuatan Almasih, lalu disurohkannyalah dua orang muridnya pŭrgi bŭrtanya kapada Isa:

3Bahwa angkaulah dia itu yang akan datang, atau kami nantikankah orang yang lain?

4Maka dijawab ulih Isa kapada marika itu, katanya, Bahwa pŭrgilah kamu bri tahu kapada Yahya, derihal barang yang kamu dŭngar, dan yang kamu lihat:

5Orang buta tŭlah chŭlek, dan orang tempang bulih bŭrjalan bŭtul, dan orang kusta sudah disuchikan, dan orang tuli bulih mŭnŭngar, dan orang mati tŭlah dihidopkan, dan Injil pun tŭlah dibri tahu kapada orang mŭskin.

6Bahwa bŭrbahgialah orang yang tiada shak iya akan daku.

7¶ Arkian sŭtlah undorlah orang orang itu, maka dimulai Isa bŭrkata kata pada pŭrhimpunan orang itu akan hal Yahya, Apakah mulanya kamu kluar pŭrgi kahutan mŭmandang, sa’batang bambukah yang digonchangkan ulih angin?

8Untah apakah yang kamu tŭlah kluar mŭlihat, bahwa sa’orang manusia yang mŭmakie kain haluskah? Maka sasungguhnya orang yang mŭmakie kain halus itu, ada iya dalam istana raja raja.

9Untah apakah yang kamu kluar mŭlihat? Sa’orang nabikah? Maka sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, iya itu tŭrlebih deripada nabi adanya.

10Bahwa inilah dia yang tŭlah tŭrsurat, Bahwa sasungguhnya aku mŭnyurohkan surohanku dihadapanmu, maka iyalah nanti sŭdiakan jalanmu dihadapanmu.

11Maka sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, bahwa bŭlom pŭrnah jadi deri antara sagala orang yang dipranakkan ulih pŭrampuan, sa’orang jua pun yang tŭrlebih bŭsar deripada Yahya Pŭmbaptisa: tŭtapi barang siapa yang tŭrkŭchil dalam krajaan shorga, maka iya itu tŭrlebih bŭsar pula deripadanya.

12Maka deripada zaman Yahya Pŭmbaptisa itu sampie skarang ini, krajaan shorga itu dilanggar, dan orang yang mŭlanggar itu mŭndapat akan dia dŭngan digagahi.

13Kŭrna sagala nabi dan tauret pun, tŭlah bŭrnabuat sampie kapada zaman Yahya juga.

14Maka jikalau kiranya kamu mahu trima, iya inilah Ilias yang akan datang.

15Maka barang siapa yang ada bŭrtlinga, handaklah iya mŭnŭngar.

16¶ Untah dŭngan apakah yang handak kuumpamakan orang zaman ini? Maka adalah iya itu spŭrti kanak kanak yang dudok dipasar, sŭrta mŭngajak kawan kawannya;

17Katanya, Kami tŭlah mŭniopkan suling akan kamu, maka tiada juga kamu mŭnari, kami tŭlah mŭnangiskan kamu, maka tiada juga kamu mŭratap.

18Adapun Yahya itu tŭlah datang dŭngan tiada makan dan minum, maka orang bŭrkata, iya tŭlah kŭna jin.

19Maka anak manusia tŭlah datang dŭngan makan dan minum, maka dikata orang pula, Tengoklah orang ini glojoh, dan pŭminum ayer anggor, sahabat orang mŭmŭgang chukie, dan orang bŭrdosa. Bahwa budi itu tŭlah dibŭnarkan ulih anak anaknya.

20¶ Sŭtlah itu dichŭlahinyalah sagala nŭgri yang tŭmpat diadakannya tŭrlebih banyak ajaib dalamnya, sŭbab tiada marika itu bŭrtaubat.

21Karamlah bagiemu Koriezon! Karamlah bagiemu Bethsaida! Maka jikalau kiranya dalam nŭgri Thor dan Sidon tŭlah diadakan sagala ajaib yang spŭrti diadakan dalammu itu, nŭschaya lamalah sudah marika itu bŭrtaubat, dŭngan mŭmakei kain karong dan habu.

22Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu, tŭrlebih pula rengan seksa nŭgri Thor dan Sidon itu pada hari kiamat, deripada seksa kamu.

23Maka hie Kapŭrnaum, yang tŭlah ditinggikan sampie kalangit, bahwa angkaulah juga akan dihŭmpaskan kabawah sampie kanŭraka: kŭrna jikalau dalam Sodom tŭlah dipŭrbuat akan sagala pŭrkara ajaib, yang spŭrti tŭlah jadi didalammu itu, nŭschaya tinggallah iya sampie kapada masa ini.

24Tŭtapi aku bŭrkata padamu, tŭrlebih rengan pula seksa nŭgri Sodom pada hari kiamat kŭlak, deripada seksa kamu.

25Maka pada kutika itu juga bŭrkata Isa, Bahwa mŭnguchap shukorlah aku kapadamu, hie Ayah, Tuhan langit dan bumi, sŭbab angkau tŭlah mŭnyŭmbunyikan sagala pŭrkara ini deripada orang bŭrilmu dan bijaksana, dan tŭlah mŭnyatakan dia itu kapada kanak kanak.

26Biarlah dŭmkian itu, ya Ayah: kŭrna dŭmkianlah tampak baik pada pŭmandanganmu.

27Adapun sagala sa’suatu itu tŭlah disŭrahkan ulih Ayahku padaku: maka sa’orang pun tiada mŭngtahui Anak, mŭlainkan Ayah, dan sa’orang pun tiada mŭngtahui Ayah, mŭlainkan Anak: dan lagi pula orang yang dikahandaki ulih Anak itu, maka dinyatakannya deri hal Ayah kapadanya.

28¶ Marilah padaku, hie sagala orang yang bŭrlŭlah, dan yang mŭnanggong brat, maka akulah kŭlak akan mŭmbri pŭrhŭntian pada kamu.

29Pakielah kokku, dan blajarlah deripadaku, kŭrna aku ini lŭmah lŭmbut, sŭrta dŭngan hati yang rŭndah, maka kamu kŭlak akan mŭndapat pŭrhŭntian bagie jiwa kamu.

30Kŭrna kokku itu kamudahan, dan tanggonganku pun rengan adanya.



 <<  Matius 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel