Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 22 >> 

FATSAL XXII.

1SŬBARMULA maka bŭrkata Isa pada marika itu pula dŭngan bŭbrapa pŭrumpamaan;

2Katanya, Krajaan shorga itu adalah saumpama dŭngan sa’orang raja yang tŭlah mŭmbuat pŭrjamuan kahwen anak laki lakinya.

3Maka disurohnyalah hamba hambanya pŭrgi panggil orang orang yang dijŭmpot itu datang kapada pŭrjamuan kahwen itu, maka tiadalah marika itu mahu datang.

4Maka disurohnya pula hamba hambanya yang lain, katanya, Katakanlah kapada orang orang yang dijŭmpot itu, bahwa sasungguhnya aku tŭlah sŭdiakan sajianku, dan lŭmbuku, dan binatangku yang gŭmok gŭmok itu tŭlah kusŭmbleh, maka skaliannya itu tŭlah sŭdialah; marilah kamu kapada pŭrjamuan kahwen.

5Tŭtapi tiada juga diindahkan ulih marika itu, maka masing masing pŭrgilah kŭsana sini, sa’orang kŭladangnya, dan sa’orang kapada pŭrniagaannya.

6Maka sŭtŭngah orang lain pula mŭnangkap hambanya itu, dibuatnya buta tuli akan dia, sŭrta dibunohnya.

7Apabila didŭngar ulih raja itu akan hal yang dŭmkian, maka morkalah iya, sŭrta disurohkannya rayat prangnya pŭrgi mŭmbinasakan orang yang mŭmbunoh itu, dan bakar nŭgrinya.

8Tŭtkala itu, maka bŭrkatalah raja itu kapada hambanya, Sungguh pun pŭrjamuan kahwen ini sudah sŭdia, akan tŭtapi orang orang yang tŭlah dijŭmpot itu tiada layak akan dia.

9Sŭbab itu pŭrgilah kamu kapada sempang sempang jalan, maka sŭbanyak orang yang kamu bŭrtŭmu, jŭmpotlah marika itu datang kapada pŭrjamuan kahwen ini.

10Kŭlakian maka kluarlah hamba hambanya pŭrgi sŭgŭnap sempang sempang jalan, lalu dihimponkannyalah sagala orang yang didapatinya deripada orang yang jahat dan yang baik, sahingga sŭsaklah pŭrjamuan kahwen itu pŭnoh dŭngan jamunya.

11Maka apabila masoklah raja, sŭbab handak mŭlihat sagala jamunya itu, maka didapatinya diantara marika itu, sa’orang yang tiada mŭmakie pakiean yang layak pada pŭrjamuan kahwen itu.

12Maka bŭrkatalah raja padanya, Hie sahabatku, bagimana angkau masok kŭmari dŭngan tiada mŭmakie pakiean yang layak kapada pŭrjamuan kahwen ini? Maka diamlah iya.

13Tŭtkala itu, maka bŭrkatalah raja kapada hamba hambanya, Ikatlah kaki tangannya ini, bawa pŭrgi, tolakkan iya itu kadalam gŭlap yang jauh skali deripada trang, maka disanalah ada tangis tangisan, dan gŭrtak gigi.

14Kŭrna banyaklah orang yang dipanggil, tŭtapi sŭdikitlah orang yang dipileh.

15Maka pada tŭtkala itu juga pŭrgilah orang Farisia itu bŭrmufakat sama sŭndirinya, bagimanakah bulih ditangkapnya akan dia dŭngan pŭrkataan.

16Disurohlah ulih marika itu akan murid muridnya bŭrsama sama dŭngan orang Herodis pŭrgi kapada Isa bŭrkata, Hie guru, kami kŭtahui, bahwa angkau bŭnar, dan mŭngajar jalan Allah itu dŭngan sŭbŭnarnya, maka tiada angkau indahkan sa’orang jua pun, kŭrna tiada angkau mŭmandang muka orang.

17Sŭbab itu katakanlah pada kami, bagimanakah sangkamu, patutkah kami mŭmbayar ufti kapada Keisar atau tidak?

18Tŭtapi dikŭtahui Isa kŭjahatannya itu, lalu dijawabnya, Mŭngapa angkau mŭnchobai aku, hie orang munafik.

19Tunjoklah kapadaku wang ufti itu; maka dibawakannyalah kapadanya suatu dinar.

20Maka bŭrtanyalah Isa pada marika itu, Gambar siapa dan chap siapa ini? Maka jawab marika itu padanya, Keisar punya.

21Tŭtkala itu, bŭrkatalah Isa pada marika itu, Bayarlah ulihmu kapada Keisar, barang yang Keisar punya, dan kapada Allah barang yang Allah punya.

22Dŭmi didŭngarnya itu, maka hieranlah marika itu, lalu ditinggalkannya akan dia, sŭrta bŭrjalan.

23¶ Maka pada hari itu juga datanglah kapada Isa orang Sadukia, yang mŭnyangkalkan orang mati kŭlak akan dihidopkan pula:

24Lalu bŭrtanya, Hie Guru, bahwa Musa tŭlah bŭrkata, jikalau sa’orang mati dŭngan tiada mŭninggalkan anak, maka patutlah saudaranya laki laki itu pula pŭristrikan bininya itu, supaya mŭnimbolkan baka saudaranya.

25Bahwa disini adalah tujoh orang bŭrsaudara laki laki, maka yang pŭrtama sŭtlah sudah iya kahwen, maka matilah iya, tŭtapi tiada iya mŭninggalkan baka, maka ditinggalkannya bininya itu kapada saudaranya.

26Maka dŭmkian juga hal saudaranya yang kadua, dan katiga, sampielah yang katujoh.

27Hata kumdian deripada skaliannya itu, matilah pula pŭrampuan itu.

28Maka diakhirat kŭlak siapakah ampunya bini dalam tujoh orang itu akan pŭrampuan itu? kŭrna skaliannya tŭlah mŭmpŭristrikan dia.

29Maka disahut Isa sŭrta bŭrkata pada marika itu, Kamu ini salah, sŭbab tiada mŭngarti kitab dan kwasa Allah.

30Kŭrna diakhirat kŭlak tiada orang kahwen, dan tiada orang dikahwenkan, mŭlainkan iya itu spŭrti mŭliekat Allah dalam shorga adanya.

31Adapun akan hal orang dihidopkan deripada matinya, bukankah kamu tŭlah mŭmbacha barang yang dikatakan Allah kapada kamu?

32Katanya, Bahwa aku Allah Ibrahim, dan Allah Isahak, dan Allah Yakob; adapun Allah itu bukannya Allah orang yang mati, mŭlainkan bagie orang yang hidop.

33Maka apabila didŭngar ulih orang banyak, lalu hieranlah iya, sŭbab pŭngajarannya itu.

34¶ Adapun sŭtlah didŭngar ulih orang Farisia, bahwa Isa tŭlah mŭmatikan mulot orang Sadukia, maka bŭrhimponlah marika itu bŭrsama sama.

35Maka bŭrtanyalah sa’orang Pŭndita Tauret yang ada diantara marika itu, handak mŭnchobai akan Isa.

36Katanya, Hie Guru, yang manakah dia hukum yang lebih bŭsar adanya dalam Tauret?

37Maka bŭrkatalah Isa padanya, Bahwa handaklah angkau mŭngasihi Tuhan Allahmu itu dŭngan sŭgŭnap hatimu, dan dŭngan sŭgŭnap jiwamu, dan dŭngan sŭgŭnap akalmu.

38Inilah hukum yang pŭrtama, dan yang lebih bŭsar adanya.

39Maka hukum yang kadua adalah sbagienya, maka handaklah angkau mŭngasihi akan samamu manusia spŭrti angkau mŭngasihi dirimu sŭndiri.

40Dalam hukum kadua inilah bŭrgantong sagala tauret, dan sagala surat nabi nabi.

41¶ Adapun sŭtlah bŭrhimponlah orang Farisia bŭrsama sama, maka bŭrtanyalah Isa pada marika itu;

42Katanya, Apakah sangka kamu akan Almasih itu, anak siapakah dia? Maka jawab marika itu akan dia, Daud punya.

43Maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Kalau bŭgitu, bagimanakah Daud sŭndiri dŭngan ilham roh mŭnyŭbut akan dia itu, Tuhan.

44Katanya,

TUHAN

45Sŭbab itu, jikalau Daud mŭnyŭbut dia Tuan, bagimanakah iya itu bulih mŭnjadi anaknya?

46Maka sapatah kata pun tiadalah dapat disahut ulih sa’orang jua pun akan dia, maka deripada hari itulah sa’orang pun tiada brani bŭrtanya kapadanya lagi.



 <<  Matius 22 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel