Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 9 >> 

FATSAL IX.

1BŬRMULA maka masoklah Isa kadalam sa’buah pŭrahu, maka mŭnyŭbranglah iya lalu sampie kanŭgrinya.

2Maka hieran, dibawa oranglah kapadanya sa’orang tepok yang tŭrhantar diatas katilnya; maka apabila dilihat Isa iman marika itu, lalu katanya kapada orang yang tepok itu, Pŭrtŭtapkanlah hatimu, hie anakku, bahwa sagala dosamu tŭlah diampuni.

3Maka hieran, adalah deripada khatib khatib yang bŭrkata dalam hatinya, Bahwa iya ini mŭnghujat akan nama Allah.

4Maka dikŭtahuilah ulih Isa akan sagala fikiran marika itu, lalu katanya, Apa sŭbab kamu bŭrfikir jahat dalam hatimu?

5Untah apakah yang tŭrlebih mudah aku bŭrkata, Baik sagala dosamu tŭlah diampunikah, atau baik bangunlah angkau lalu bŭrjalankah?

6Tŭtapi kŭtahuilah ulihmu, bahwa anak manusia itu bŭrkwasa iya diatas bumi ini akan mŭngampuni sagala dosa; maka pada tŭtkala itu, bŭrkatalah iya kapada orang tepok itu, Bangunlah angkau, angkat katilmu itu, pulanglah karumahmu.

7Maka bangunlah iya lalu pulanglah karumahnya.

8Maka apabila dilihat ulih sagala orang akan hal itu, maka hieranlah iya, sŭrta mŭmuliakan Allah yang tŭlah mŭngurniakan kwasa yang sa’bŭsar itu kapada manusia.

9¶ Maka Isa pun bŭrjalanlah deri sana, lalu iya mŭlihat sa’orang orang yang bŭrnama Mathius, dudok ditŭmpat orang mŭmŭgang chukie, maka kata Isa padanya, Ikotlah akan daku; maka bangunlah iya lalu mŭngikot dia.

10¶ Skali pŭrstua tŭtkala Isa dudok makan dalam sa’buah rumah, maka sasungguhnya banyak orang mŭmŭgang chukie dan orang bŭrdosa pun datanglah dudok makan sa’hidangan dŭngan Isa sŭrta murid muridnya.

11Maka apabila dilihat ulih orang Farisia akan hal itu, bŭrkatalah marika itu kapada murid muridnya, Apa sŭbabnya Guru kamu makan bŭrsama sama dŭngan orang orang mŭmŭgang chukie dan orang bŭrdosa?

12Maka dŭmi didŭngar ulih Isa, lalu katanya kapada marika itu, Tiadalah bŭrguna Tabib kapada orang yang sehat, mŭlainkan kapada orang yang sakit.

13Sŭbab itu, pŭrgilah kamu pŭlajari artinya pŭrkataan itu, Aku mahu bŭrkasih kasihan tŭrlebih deripada mŭmbri korban: kŭrna bukannya aku datang mŭnjŭmput orang yang bŭnar, mŭlainkan orang yang bŭrdosa itu supaya taubat.

14¶ Maka tŭtkala itu datanglah murid murid Yahya kapadanya sŭrta bŭrkata, Apa sŭbabnya kami dan orang Farisia puasa bŭbrapa kali, tŭtapi murid muridmu tiada puasa?

15Maka kata Isa pada marika itu, Bagimanakah bulih sahabat sahabat mŭmpŭlie itu duka chita slagi mŭmpŭlie itu ada bŭrsama sama dŭngan marika itu? Tŭtapi ada kŭlak harinya akan datang, apabila mŭmpŭlie itu akan dilalukan deripadanya, maka pada tŭtkala itulah marika itu akan bŭrpuasa.

16Sa’orang pun tiada pŭrnah mŭnampalkan sa’kŭping kain bahru pada kain yang lama, kŭrna kŭping tampalan itu mŭnchŭbiskan baju itu, maka koyaknya itu pun mŭnjadi tŭrlebih bŭsar pula.

17Lagi sa’orang pun tiada pŭrnah mŭnaroh ayer anggor bahru kadalam kulit yang lama, mŭlainkan dapat tiada pŭchahlah kulit itu, dan ayer anggor itu pun tumpahlah habis, dan kulit itu pun binasalah: tŭtapi adalah adat orang mŭnaroh ayer anggor yang bahru itu kadalam kulit kulit yang bahru, supaya kaduanya itu pun tŭrpliharalah.

18¶ Maka adalah pada tŭtkala iya bŭrchŭtra chŭtra deri hal sagala pŭrkara ini pada marika itu, hieran, maka datanglah sa’orang Pŭnghulu anu sujud padanya, sŭraya bŭrkata, Bahwa anakku pŭrampuan bahru juga mati, marilah kiranya angkau bubuhkan tanganmu itu, nŭschaya iya bulih hidop pula.

19Maka bangunlah Isa mŭngikot dia sŭrta dŭngan sagala muridnya.

20¶ Maka sasungguhnya adalah sa’orang pŭrampuan yang ada pŭnyakit tumpah tumpah darah, dua blas tahun lamanya, maka datanglah iya deri blakang Isa mŭnjamah tŭpi bajunya.

21Kŭrna pada fikiran pŭrampuan itu dalam hatinya, Jikalau kujamah bajunya sahja, maka bulihlah aku sŭmboh.

22Maka Isa pun bŭrpalinglah sŭrta mŭlihat dia, sambil bŭrkata, Sŭnangkanlah hatimu, hie anak pŭrampuan, bahwa imanmu tŭlah mŭnyŭmbohkan dikau; maka pŭrampuan itu pun sŭmbohlah pada kutika itu juga.

23Hata maka Isa pun sampielah karumah Pŭnghulu itu, lalu dilihatnya orang bŭrmain bunyi bunyian, sŭrta banyak orang mŭmbuat gadoh.

24Maka kata Isa pada marika itu, Lalulah kamu skalian, kŭrna budak pŭrampuan itu bukannya mati, iya tidor sahja; maka ditŭrtawakanlah ulih marika itu akan dia.

25Sŭtlah sudah marika itu dihalaukan, lalu masoklah Isa, sŭrta dipŭgangnya tangannya, maka budak pŭrampuan itu pun bangunlah.

26Maka mashorlah wartanya itu kluar kapada sagala bŭnua itu.

27¶ Maka apabila bŭrjalanlah Isa deri sana, maka datanglah dua orang buta mŭngikot dia, sambil bŭrtriak, katanya, Kasihankanlah kami hie anak Daud.

28Maka apabila masoklah Isa kadalam sa’buah rumah, lalu datanglah orang buta itu kapadanya, maka kata Isa pada marika itu, Adakah kamu pŭrchaya yang aku bŭrkwasa bŭrbuat ini? maka kata marika itu, Sasungguhnya Tuhan.

29Tŭtkala itu maka dijamahnyalah matanya, sambil bŭrkata, Bagimana yang angkau pŭrchaya jadilah padamu.

30Maka tŭrchŭleklah matanya; lalu dilarangkan ulih Isa sangat pada marika itu, katanya, Ingat baik baik, supaya jangan dikŭtahui ulih sa’orang jua pun akan hal ini.

31Maka apabila pŭrgilah marika itu, lalu dipŭchahkannyalah khabar itu pada sagala nŭgri itu.

32¶ Sŭbarmula tŭngah marika itu kluar, hieran, dibawa oranglah kapada Isa sa’orang kŭlu yang tŭrkŭna ulih jin.

33Sŭtlah sudah dibuangkannya jin itu, bahrulah orang kŭlu itu bulih bŭrchakap: maka sagala pŭrhimpunan orang pun hieranlah, sŭrta bŭrkata, Bahwa bŭlomlah pŭrnah klihatan pŭrkara yang dŭmkian ini diantara orang Israil.

34Tŭtapi kata orang Farisia, Iya mŭmbuangkan jin itu dŭngan kwasa pŭnghulu jinlah.

35¶ Sŭbarmula maka Isa pun mŭnjalanilah sagala nŭgri dan duson, sŭrta mŭngajar dalam kŭnisa kŭnisa, sambil mŭmashorkan Injil krajaan Allah, dan mŭnyŭmbohkan sagala jŭnis pŭnyakit, dan sagala jŭnis pŭnyakitan dalam kaum itu.

36Tŭtapi apabila dilihat Isa akan pŭrhimpunan orang itu, maka bŭrbangkitlah kasihan akan marika itu, sŭbab lŭlah, sŭrta dŭngan sŭsat baratnya, spŭrti domba yang tiada bŭrgombala adanya.

37Maka bŭrkatalah iya pada murid muridnya, Banyaklah yang akan dituwie, tŭtapi koranglah orang mŭnuwie.

38Sŭbab itu, mintalah kapada Tuhan yang ampunya pŭnuwiean itu, supaya dŭngan sŭgranya disurohkannya orang mŭnuwie itu datang kapada tŭmpat pŭnuwieannya.



 <<  Matius 9 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel