Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 6 >> 

FATSAL VI.

1MAKA pŭrgilah Isa deri situ lalu sampie kanŭgrinya, maka murid muridnya itu pun mŭngikotlah akan dia.

2Maka apabila datang hari sabtu, lalu dimulainya mŭngajar dalam kŭnisa, maka banyaklah orang yang mŭnŭngar itu mŭnjadi hieran, sambil bŭrkata, Deri manakah orang ini bŭrulih akan pŭrkara pŭrkara ini, dan apakah hikmat yang tŭlah dikurniakan kapadanya, sampielah pŭrkara pŭrkara yang bŭrkwasa itu pun tŭlah diadakan dŭngan tangannya?

3Bukankah iya ini tukang kayu, anak Mŭriam, dan saudara Yakob, dan Yusa, dan Yuda, dan Simon? Bukankah ada saudara saudara pŭrampuannya bŭrsama sama dŭngan kita? Maka ditarohlah ulih marika itu dŭngki akan dia.

4Tŭtapi kata Isa pada marika itu, Adapun Nabi itu tiada korang hormat bagienya, mŭlainkan dalam nŭgrinya sŭndiri, dan diantara kŭlorganya sŭndiri, dan dalam rumahnya sŭndiri.

5Maka tiadalah bulih iya bŭrbuat pŭkŭrjaan yang amat kwasa, mŭlainkan iya mŭmbuboh tangannya sahja kapada sŭdikit orang sakit itu, dan mŭnyŭmbohkan dia.

6Hieranlah iya ulih sŭbab tiada marika itu bŭriman; maka pŭrgilah iya bŭrkliling duson duson itu mŭngajar.

7¶ Maka dipanggillah ulih Isa dua blas orang itu, dimulainyalah mŭnyurohkan pŭrgi dua dua orang, sŭrta dibrinya kwasa marika itu atas sagala hantu hantu yang nŭjis.

8Sŭrta dipŭsannya kapada marika itu, supaya jangan dibawanya suatu pun pada pŭrjalanannya, mŭlainkan suatu tongkat sahja, pundi pundi pun jangan, roti pun jangan, wang dalam pundi pundi pun jangan.

9Tŭtapi bŭrtrompalah, dan jangan mŭmakie dua lapis baju.

10Maka katanya kapada marika itu, Dalam barang tŭmpat skalipun kamu masok kadalam sa’buah rumah, tinggallah angkau disitu, sampie angkau kluar deripada tŭmpat itu.

11Maka barang siapa yang tiada mahu mŭnyambut akan dikau, atau mŭnŭngar pŭrkataanmu, maka apabila angkau undor deri sana, kŭbaskanlah abok yang lŭkat dikakimu, akan mŭnjadi suatu saksi atasnya; sasunggohnya aku bŭrkata padamu, iya itu tŭrlebih ringan seksa Sodom dan Gomorah pada hari kiamat deripada nŭgri itu.

12Maka kluarlah marika itu pŭrgi mŭngajar, supaya patut orang orang bŭrtaubat.

13Maka dibuangkanlah ulih marika itu bŭbrapa jin jin, dan diminyakki bŭbrapa orang yang sakit itu disŭmbohkannya akan dia.

14Maka kadŭngarnlah khabar Isa itu kapada Raja Herodis, kŭrna namanya itu tŭlah tŭrmashorlah bŭrkliling, maka kata Herodis, Yahya Pŭmbaptisa tŭlah bŭrbangkit deripada mati, maka sŭbab itulah pŭkŭrjaan yang bŭrkwasa itu sŭndiri mŭngunjokkan dalamnya.

15Maka kata yang lain lain, Iya itulah Ilias, dan kata pula yang lain lain, Iya itu sa’orang Nabi, atau spŭrti sa’orang deri pada nabi nabi.

16Akan tŭtapi apabila didŭngar ulih Herodis, lalu katanya, Iya itulah Yahya yang tŭlah kupŭnggal kapalanya, maka iya tŭlah bŭrbangkit deri pada matinya.

17Kŭrna adalah Herodis sŭndiri tŭlah mŭnyurohkan mŭnangkap akan Yahya, sŭrta diikatnya akan dia dalam pŭnjara, ulih sŭbab Herodia, istri saudaranya Philipus, kŭrna Herodis sudah kahwen dŭngan dia.

18Kŭrna Yahya itu tŭlah bŭrkata kapada Herodis, Haramlah bagiemu kahwen dŭngan istri saudaramu.

19Maka sŭbab itulah Herodia itu mŭnaroh dŭndam akan dia, handak dibunohnya akan dia, tŭtapi iya tiadalah bulih.

20Kŭrna Herodis itu mŭnakoti akan Yahya, dikŭtahuinya iya itu sa’orang bŭnar lagi suchi, maka itulah dipliharakannya akan dia; maka apabila didŭngar ulih Herodis pŭngajarannya, lalu dipŭrbuatnya bŭbrapa pŭrkara pŭrkara, sŭrta suka chitalah akan mŭnŭngar dia.

21Maka apabila datanglah suatu hari yang sŭnang, dipŭrbuatlah ulih Herodis suatu pŭrjamuan bagie orang bŭsar bŭsarnya, dan kapala kapala pŭnghulunya, dan kapala kapala pŭgawi nŭgri Galilia, kŭrna hari jadinya.

22Maka apabila datang anak pŭrampuan Herodia yang tŭrsŭbut itu mŭnari, sŭrta mŭnyukakan Herodis, dan sagala orang yang ada dudok bŭssama sama dŭngan dia, maka kata Raja kapada dayang itu, Pintalah ulihmu kapadaku barang kahandakmu, nŭschaya kubri kapadamu.

23Maka bŭrsumpahlah iya kapadanya, Barang apa yang angkau minta kapadaku, maka aku akan mŭmbri kapadamu, sampie sŭparoh krajaanku ini.

24Maka pŭrgilah si-Dayang itu mŭngatakan kapada ibunya, apakah yang handak kupinta, maka kata ibunya, Kapala Yahya Pŭmbaptisa.

25Maka datanglah iya sŭgra dŭngan gopohnya kapada Raja, sŭrta mŭminta katanya, Aku kahandaki angkau brilah akan daku kŭlak kapala Yahya Pŭmbaptisa itu dalam sa’buah dulang.

26Maka Raja pun tŭrlalu banyak susah, akan tŭtapi ulih sŭbab sumpahnya itu, dan sŭbab orang orang yang ada dudok bŭrsama sama dŭngan dia itu, maka tiadalan iya ŭnggan akan dia.

27Maka sŭbŭntar itu juga disurohkan Raja sa’orang pŭrtandah, sŭrta disurohnya mŭmbawa kapala Yahya itu, maka pŭrgilah iya mŭmŭnggal kapalanya dalam pŭnjara.

28Lalu dibawalah kapalanya itu dalam sa’buah dulang, sŭrta dibrinya kapada si-Dayang itu, maka si-Dayang itu pun mŭmbri itu kapada ibunya.

29Maka apabila didŭngar ulih murid muridnya itu, lalu datanglah marika itu mŭngambil mayatnya, sŭrta dilŭtakkannya didalam sa’buah pŭkuboran.

30Maka bŭrkamponglah Rasol Rasol itu skaliaanya kapada Isa, sŭrta dikhabarkannyalah kapadanya sagala pŭrkara, baik barang yang dipŭrbuat ulih marika itu, baik barang yang tŭlah diajarkannya.

31Maka kata Isa kapada marika itu, Marilah kamu skalian bŭrasing kapada tŭmpat yang sunyi bŭrhŭnti sŭbŭntar, kŭrna banyaklah orang pŭrgi datang, sampie marika itu tiadalah bulih mŭndapat sŭnang handak makan.

32Maka pŭrgilah marika itu kapada tŭmpat sunyi dŭngan pŭrahu diam diam.

33Maka dilihat ulih kaum marika itu pŭrgi, banyaklah orang orang yang mŭngŭnal akan Isa, lalu bŭrlarilah iya dŭngan bŭrjalan kaki deripada sagala nŭgri nŭgri itu kluar mŭngikot akan dia, maka datanglah bŭrkampong kapadanya.

34Maka apabila kluarlah Isa mŭlihat banyak orang, maka tŭrgraklah hatinya kasihan akan marika itu, kŭrna marika itu spŭrti domba yang tiada bŭrgombala adanya, maka dimulainyalah mŭngajar akan marika itu bŭbrapa pŭrkara.

35Maka apabila hari hampir sŭnjakala, datanglah murid muridnya kapadanya, katanya, Ini tŭmpat sunyi, maka skarang waktu sudah tŭrlampau:

36Surohkanlah marika itu pŭrgi, supaya bulih dia orang pŭrgi kadalam nŭgri nŭgri bŭrkliling tŭmpat, dan kadalam duson duson, mŭmbŭli bagie dirinya roti, kŭrna marika itu tiada barang apa handak makan.

37Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Brilah kamu makan akan marika itu, maka kata marika itu kapadanya, Bulihkah kami pŭrgi mŭmbŭli roti harga barang dua ratus dinar, akan mŭmbri makan marika itu?

38Maka kata Isa kapada marika itu, Brapakah roti ada kapada kamu? pŭrgilah lihat; sŭtlah dikŭtahui ulih marika itu, katanya, Lima buah, dan dua ekor ikan.

39Maka disurohkanlah ulih Isa kapada murid muridnya suroh dudok orang orang itu bŭrklompok klompok diatas rumpot yang hijau itu.

40Maka dudoklah marika itu bŭrpangkat pangkat, ada yang bŭratus ratus, ada yang lima puloh.

41Maka apabila diambil ulih Isa lima buah roti, dan dua ekor ikan itu, lalu tŭngadahlah iya kŭlangit, sŭrta dibŭrkatinya, lalu dipŭchahkannya roti itu, dibrikannya kapada murid muridnya, disurohnya taroh dihadapan marika itu, maka ikan yang dua ekor itu pun dibahgikannya kapada marika itu skalian.

42Maka dimakanlah ulih marika itu skalian sampie kŭnyang.

43Maka diangkatlah ulih marika itu dua blas bakol pŭnoh sisa sisa dan ikan ikan itu.

44Maka adapun orang yang makan roti itu ada kira kira lima ribu orang.

45¶ Hata maka disurohkannya sagala murid muridnya itu masok kadalam pŭrahu, pŭrgi dahulu kasŭbrang kanŭgri Bethsieda, sŭmŭntara iya mŭnyurohkan pŭrgi orang orang itu.

46Maka sŭtlah sudah disurohkannya marika itu skalian pŭrgi, maka kŭmbalilah iya kapada sŭbuah gunong akan mŭminta doa.

47Maka apabila datang pŭtang, pŭrahu itu pun adalah ditŭngah tasik itu, maka tinggallah Isa sa’orang orang didarat.

48Maka dilihatnya akan marika itu pŭnatlah bŭrdayong ulih sŭbab angin sakal kapada marika itu, maka adalah kira kira sŭprampat malam, datanglah iya kapada marika itu bŭrjalan diatas ayer, maka tŭngah handak dilaluinya akan marika itu,

49Tŭtapi apabila dilihat ulih marika itu iya bŭrjalan diatas ayer, disangkakannya hantu, lalu bŭrtriaklah marika itu;

50Kŭrna dilihat ulih marika itu skalian akan dia, susahlah marika itu, maka dŭngan sŭbŭntar itu juga bŭrtutorlah iya dŭngan marika itu, katanya, Sŭnangkanlah hatima, aku ini, janganlah takot.

51Maka naiklah iya mŭndapatkan marika itu kadalam pŭrahu, angin pun bŭrhŭntilah; maka marika itu pun ajaiblah dalam dirinya tŭrlampau sangat, sŭrta dŭngan hierannya

52Kŭrna tiadalah marika itu timbang mŭnimbangkan mujizatnya derihal roti itu, kŭrna hati marika itu tŭrlalu kras adanya.

53Maka sŭtlah sudah dilalui ulih marika itu kasŭbrang, datanglah dia orang kapada tanah Janasreth, maka ditujunyalah kŭdarat.

54Maka apabila turoulah marika itu deri pŭrahu, bahrulah dia orang kŭnal akan Isa.

55Lalu larilah marika itu masok kadalam jajahan bŭrkliling tŭmpat itu, sŭrta mŭmulai mŭmbawa orang orang sakit itu diatas katilnya, ditŭmpat didŭngarnya ada Isa.

56Shahadan maka barang dimana iya masok, baik dalam duson, atau nŭgri, atau didarat darat, maka dibawalah ulih marika itu orang orang sakit dilorong lorong, sŭrta mŭminta kapadanya, supaya bulih dijamah ulih marika itu jikalau kiranya dipancha bajunya skali pun. Maka sŭbanyak orang yang mŭnjamah akan dia itu pun mŭnjadi sŭmbohlah.



 <<  Markus 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel