Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 18 >> 

FATSAL XVIII.

1MAKA kumdian deripada pŭrkara pŭrkara ini, kulihatlah sa’orang mŭliekat yang lain pula turon deri langit, yang ada mŭmpunyai kwasa bŭsar, maka bumi pun tranglah ulih kamuliaannya.

2Maka bŭrtŭmpeklah iya dŭngan swara yang kras, katanya, Nŭgri Babel yang bŭsar itu tŭlah runtohlah, runtohlah, iya itu tŭla mŭnjadi tŭmpat kadiaman sagala Shietan, dan sangkaran sagala jin jahat, dan kurongan sagala burong yang haram, dan kabŭnchian adanya.

3Kŭrna sagala bangsa tŭlah mŭminum ayer anggor morka pŭrzinahannya itu, dan sagala raja raja dibumi tŭlah bŭrbuat zinah dŭngan pŭrampuan itu, dan sagala saudagar dibumi pun tŭlah bŭrulih kŭkayaan deripada kalempahan lazatnya.

4Maka kudŭngar pula swara yang lain deri langit, katanya, Kluarlah deripada pŭrampuan itu, kaumku, supaya jangan kamu pun tŭrbabit dŭngan dosanya, dan supaya jangan kamu pun tŭrkŭna bala balanya.

5Kŭrna dosanya itu tŭlah sampie kalangit, maka tŭlah diingat Allah akan sagala kajahatannya.

6Maka balaslah akan dia spŭrti yang dibalas iya akan dikau, dan gandakanlah akan dia dua kali ganda spŭrti sagala pŭrbuatannya: maka dalam chawan yang tŭlah diisinya itu juga, handaklah kamu pun isikan pŭnoh dua kali ganda bagienya.

7Brapa banyak iya tŭlah mŭmuliakan dirinya, sŭrta hidop dŭngan lazatnya, maka sŭbagitulah juga banyak sŭngsara dan kasusahan brikan dia: kŭrna sangka hatinya, bahwa kadudokkanku ini spŭrti pŭrmiesuri, bukannya aku janda, dan tiada kŭlak mŭlihat susah.

8Maka sŭbab itu kŭlak bala balanya datang dalam suatu hari, iya itu maut, dan pŭrkabongan, dan kŭlaparan: dan iya itu kŭlak akan habis dibakar dŭngan api: kŭrna kuatlah kiranya Tuhan Allah itu yang mŭnghukumkan dia.

9Adapun sagala raja raja dibumi, yang tŭlah bŭrzinah dan hidop bŭrlazat dŭngan dia itu, kŭlak akan hie huikan dia, dan mŭratapkan dia, tŭtkala dilihatnya kŭlak akan asap api yang mŭmbakar akan dia itu,

10Tŭngah bŭrdiri jauh kŭrna takot akan sŭngsaranya, katanya, Wahi, wahi, nŭgri Babel yang bŭsar itu, nŭgri yang amat kwasa! kŭrna dalam sa’jam lamanya tŭlah datang seksamu.

11Maka sagala saudagar yang dibumi pun akan mŭnangis dan bŭrkabong deri sŭbabnya; maka sa’orang pun tiadalah mahu mŭmbli dagangannya lagi.

12Iya itu dagangan deri pada mas, dan perak, dan pŭrmata yang indah indah, dan mutiara, dan khasa halus, dan kain ungu, dan sutra, dan kain merah tua, dan sagala jŭnis kayu kayu yang harum bahunya, dan bŭrbagie bagie chŭmbol gading, dan bŭrbagie bagie chŭmbol kayu yang bagus bagus, dan deripada tŭmbaga, dan deripada bŭsi, dan deripada batu marmar.

13Dan kayu manis, dan bahu bahuan, dan dupa, dan kŭmnyan, dan ayer anggor, dan minyak, dan tŭpong halus, dan gandom, dan binatang binatang, dan domba domba, dan kuda kuda, dan rata rata, dan hamba hamba orang, dan nyawa manusia.

14Maka buah buahan yang hatimu tŭlah inginkan bŭrchŭrielah deripadamu, dan sagala pŭrkara lazat dan baik itu tŭlah bŭrchŭrielah deripadamu, maka tiadalah kŭlak angkau mŭndapat akan dia lagi.

15Maka saudagar saudagar sagala pŭrkara ini, yang tŭlah bŭrulih kŭkayaan deripada pŭrampuan itu, kŭlak akan bŭrdiri deri jauh sahja, sŭbab takotnya akan sŭngsaranya, sŭraya mŭnangis dan bŭrhie hui,

16Sŭrta bŭrkata, Wahi, wahi! bagie nŭgri yang bŭsar itu, yang tŭlah mŭmakie kain kahsa halus, dan kain ungu, dan merah tua, dan yang tŭrhias dŭngan mas, dan pŭrmata yang indah indah, dan mutiara mutiara.

17Kŭrna dalam sa’jam juga lamanya kŭkayaan yang sŭbagitu bŭsar tŭlah mŭnjadi tiada. Maka sagala nakhoda kapal, dan sagala orang isi kapal, dan anak anak prahu, dan bŭbrapa orang yang bŭrniaga dalam laut, itupun bŭrdirilah deri jauh.

18Maka bŭrtriaklah marika itu tŭtkala dilihatnya asap api yang mŭmbakar dia itu, katanya, Nŭgri manakah yang mŭnyamai dŭngan nŭgri bŭsar itu.

19Maka disiramkan ulih marika itu habu ka’atas kŭpalanya, sambil bŭrtriak, sŭrta mŭnangis dan bŭrhie hui, katanya, Wahi, wahi! bagie nŭgri bŭsar itu, yang dalamnyalah tŭlah mŭnjadikan kaya sagala orang yang mŭmpunyai kapal dilaut itu deri sŭbab mata bŭndanya! kŭrna dalam suatu jam juga iya tŭlah mŭnjadi sunyi sŭnyap.

20Bŭrsuka sukaanlah deri sŭbabnya, hie shorga, dan rasul rasul yang suchi dan sagala nabi: kŭrna Allah tŭlah mŭnuntut bela akan dia sŭbab angkau.

21Maka sa’orang mŭliekat yang amat kuat tŭlah mŭngangkat sa’buah batu bagie batu kisaran yang bŭsar, lalu dilontarkannya kadalam laut, katanya, Dŭmkianlah dŭngan gagahnya nŭgri Babel yang bŭsar itupun akan dihumbankan; maka tiadalah kŭlak akan didapati lagi.

22Maka swara orang yang bŭrkŭchapi, dan yang mŭnyanyi, dan yang bŭrbangsi bangsi, dan yang bŭrsrunie, tiadalah akan didŭngar lagi deri dalammu; dan sa’orang yang tukang, mŭskipun barang kapandieannya, tiada akan didapati lagi didalammu; dan bunyi batu kisaran pun tiadalah akan kadŭngaran skali kali lagi didalammu;

23Dan trang dian pun tiadalah akan klihatan skali kali lagi didalammu, dan swara mŭmpulie, dan pŭngantin pun tiadalah akan kadŭngaran skali kali lagi didalammu: kŭrna saudagarmu itu orang bŭsar bŭsar dibumi, tŭgal dŭngan hubatanmu sagala bangsa orang tŭlah tŭrtipu.

24Maka dalamnyalah didapati darah sagala nabi, dan orang orang salih, dan sagala orang yang tŭlah tŭrbunoh diatas bumi.



 <<  Wahyu 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel