Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 1 >> 

FATSAL I.

1MAKA bahwasanya adalah pada mula mulanya Kalimah itu, maka Kalimah itu bŭsŭrta dŭngan Allah, dan Kalimah itu Allah adanya.

2Adapun iya itulah pada mulanya pun bŭsŭrta dŭngan Allah.

3Maka sagala sŭsuatu tŭlah dijadikannya, maka dŭngan tiada iya suatu pŭrkara pun ta’jadi yang tŭlah jadi.

4Maka dalamnya itulah ada hidop, dan hidop itulah trang manusia adanya.

5Adapun trang itulah bŭrchahya chahya dalam gŭlap, tŭtapi gŭlap itu tiada mŭnŭrima akan dia.

6¶ Sŭbarmula maka adalah sa’orang orang yang tŭlah disurohkan Allah, yang bŭrnama Yahya.

7Maka adalah iya itu datang sŭbab mŭnjadi saksi, maka iya handak mŭnjadi saksi akan trang itu, supaya sagala manusia bulih pŭrchaya ulih sŭbab dia.

8Bahwa bukannya dia itu sŭndiri trang itu, mŭlainkan iya disuroh supaya mŭnjadi saksi derihal trang itu adanya.

9Adapun iya itulah trang yang sŭbŭnarnya, yang tŭlah masok kadunia akan mŭnrangkan sagala manusia.

10Maka adalah iya itu dalam dunia juga, maka dunia ini tŭlah dijadikannya, tŭtapi orang dunia ini tiada mŭngŭnal akan dia.

11Maka adalah iya tŭlah datang kanŭgrinya sŭndiri, tŭtapi kaumnya sŭndiri itu tiada mŭnŭrima akan dia.

12Tŭtapi sŭbrapa orang yang tŭlah mŭnŭrima akan dia itu, sŭrta pŭrchaya pula akan namanya, maka dibrinya kwasa kapada marika itu akan mŭnjadi anak anak Allah.

13Maka iya itu dipranakkan bukannya deripada darah, atau deripada kahandak hawa nafsu, atau deripada kahandak manusia, mŭlainkan deripada Allah adanya.

14Maka adapun Kalimah itu tŭlah mŭnjadi manusia, sŭrta tinggal pula iya diantara kami, maka kita tŭlah mŭlihat kŭmuliannya, iya itu spŭrti kŭmulian Anak yang tunggal deripada Ayah itu, pŭnuhlah iya dŭngan anugrah dan kabŭnaran.

15¶ Shahadan maka Yahya pun bŭrsaksilah akan dia sambil bŭrsru sru katanya, Bahwasanya inilah dia yang tŭlah kukatakan; Adapun orang yang datang kumdian deripada aku ini maka iya itu dilebihkan deripada aku, kŭrna iyalah yang tŭrdahulu deripada aku.

16Maka deripada kŭlempahannya, kita skalian tŭlah mŭndapat anugrah atas anugrah.

17Kŭrna Tauret itu tŭlah dibri ulih Musa; tŭtapi anugrah dan kŭbŭnaran itu deripada Isa Almasih.

18Barang bila baik, sa’orang pun bŭlom pŭrnah mŭlihat akan Allah mŭlainkan Anak yang tunggal sahja yang dipangkuan Ayah itu, iyalah yang tŭlah mŭnyatakan dia.

19¶ Bahwa inilah yang disaksikan ulih Yahya, apabila disuroh ulih orang Yahudi akan iman imam dan orang orang Liwi deri Jŭrusalem itu bŭrtanya kapadanya, Siapakah angkau?

20Maka mŭngakulah iya tiada dŭngan bŭrsangkal, hanya diakuinya, Bukannya aku ini Almasih.

21Maka bŭrtanya marika itu kapadanya, baiklah, siapa, angkaukah Illia? Maka jawabnya bukan; Angkaukah Nabi itu? Maka jawabnya bukan.

22Kumdian maka kata marika itu kapadanya, siapatah angkau, supaya kami bulih mŭmbri jawab akan orang orang yang mŭnyurohkan kami ini, apatah katamu derihal derimu ini?

23Maka bŭrkatalah iya, Bahwa aku inilah suara sa’orang yang bŭrsru dipadang bŭlantara katanya, Bŭtolkanlah jalan Tuhan spŭrti yang tŭlah dikatakan ulih nabi Jesia.

24Maka adapun orang orang yang disurohkan iya itu deripada orang Farisia.

25Maka bŭrtanyalah marika itu akan dia, Jikalau angkau bukan Almasih, atau bukan Ilia, atau bukan nabi itu, mŭngapakah angkau mŭmbaptisakan juga orang.

26Maka jawab Yahya pada marika itu katanya, Aku mŭmbaptisakan dŭngan ayer, tŭtapi ada diantaramu sa’orang yang tiada kamu kŭnal akan dia.

27Bahwa iya itulah dia yang datang kumdian deripada aku, tŭlah dilebihkan iya deripadaku, tiadalah bŭlom aku ini mŭnguriekan rtalit iyapanya.

28Maka sagala pŭrkara ini tŭlah mŭnjadi diBethabara aya itu disŭbrang sungie Jordan, ditŭmpat Yahya mŭmbaptisakan orang.

29¶ Arkian maka pada kaesokkan harinya, dilihat Yahya akan Isa datang kapadanya, lalu kata Yahya, Tengoklah anak domba Allah yang mŭnanggong dosa isi dunia ini.

30Maka inilah dia yang tŭlah kukatakan, akan datang sa’orang kumdian deripadaku, yang tŭlah dilebihkan dia deri padaku, kŭrna iya itu tŭlah tŭrdahulu deripadaku.

31Maka tiada aku mŭngŭnal dia, tŭtapi supaya iya itu patut dinyatakan pada orang Israil, sŭbab itulah aku datang mŭmbaptisakan orang dŭngan ayer.

32Sŭbarmula maka bŭrsaksilah Yahya katanya, Bahwa aku tŭlah mŭlihat Roh itu turon deri langit spŭrti rupa mŭrpati lalu diam ka’atasnya.

33Maka tiada aku mŭngŭnal dia, tŭtapi yang mŭnyurohkan aku akan baptisakan dŭngan ayer, maka iyalah tŭlah bŭrkata padaku, adapun orang yang angkau lihat Roh itu turon diam ka’atasnya, maka iya itulah kŭlak yang mŭmbaptisakan orang dŭngan Roh Alkudus.

34Maka aku tŭlah mŭlihat itu, sŭrta bŭrsaksi inilah dia Anak Allah adanya.

35¶ Klakian maka pada kaesokkan harinya, Yahya sŭrta dŭngan dua orang muridnya pun ada bŭrdiri:

36Sŭrta dilihatnya Isa bŭrjalan itu, katanya, Tengoklah anak domba Allah!

37Maka dŭmi didŭngar ulih kadua orang murid itu akan pŭrkataan itu, maka mŭngikotlah marika itu akan Isa.

38Maka bŭrpalinglah Isa apabila dilihatnya marika itu ada mŭngikot dia, maka katanya padanya, Apakah kamu chari? Maka mŭnyahutlah marika itu katanya, Ya Rabbi, (artinya Guru), dimanakah Tuan diam?

39Maka jawabnya, Marilah lihat. Lalu pŭrgilah marika itu mŭlihat tŭmpat Isa diam itu; maka tinggallah dia orang bŭrsama sama dŭngan dia pada hari itu, kŭrna waktu sudah sampie kira kira pukol ampat pŭtang.

40Maka adalah sa’orang deripada kadua marika itu yang mŭnŭugar pŭrkataan Yahya itu, dan yang mŭngikot akan Isa, iya itu Andria, saudaranya Simon Petros.

41Maka pada mula mulanya Andria itu pun pŭrgilah mŭndapatkan saudaranya Simon itu, sŭrta bŭrkata padanya, Kami sudah mŭndapat Messia, artinya, Almasih.

42Hata maka dibawalah ulih Andria akan Simon itu kapada Isa, maka apabila dilihat Isa akan dia, lalu katanya, Bahwa angkau ini Simon anak Yunas, maka angkaulah kŭlak akan dinamai Kiefas, adapun artinya itu batu.

43¶ Sŭbarmula maka pada ka’esokkan harinya, maka Isa pun handak masok kanŭgri Galilia, lalu bŭrtŭmulah iya dŭngan Filipus, maka kata Isa padanya, Ikotlah akan daku.

44Adapun Filipus itu orang Bethsieda, iya itu sa’nŭgri dŭngan Andria dan Petros.

45Maka bŭrtŭmulah Filipus dŭngan Nathaniel, lalu bŭrkatalah iya padanya, Bahwa kami sudah mŭndapat orang yang tŭlah disuratkan ulih Musa dalam Tauret dan sagala nabi nabi pun, iya itulah Isa anak Yusof, orang Nazareth.

46Maka jawab Nathaniel bulihkah barang sŭsuatu pŭrkara yang baik itu kluar deri dalam Nazareth? Maka kata Pilipus padanya, marilah lihat.

47Sŭtlah dilihat Isa akan Nathaniel datang kapadanya itu maka bŭrkatalah iya, Lihatlah sa’orang orang Israil ini yang bŭtol maka tiada tipu daya padanya.

48Maka kata Nathniel padanya, Bagimana gŭrangannya angkau mŭngtahui aku; maka sahut Isa, Dahulu deripada dipanggil ulih Pilatus akan dikau, tŭtkala angkau lagi dibawah pohon ara itu, aku tŭlah mŭlihat angkau.

49Maka sahot Nathaniel katanya, Ya rabbi, angkaulah Anak Allah, dan angkaulah raja orang Israil.

50Maka bŭrkatalah Isa padanya, Pŭrchayalah angkau, sŭbab aku bŭrkata aku tŭlah mŭlihat angkau dibawah pohon ara itu? bahwa angkau kŭlak akan mŭlihat pŭrkara pŭrkara yang tŭrlebih bŭsar deripada itu.

51Dan lagi pula kata Isa padanya, sasungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, bahwa kumdian deripada ini angkau kŭlak akan mŭlihat langit tŭrbuka dan mŭliekat mŭliekat Allah naik turon kapada Anak manusia ini.



 <<  Yohanes 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran