Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 13 >> 

FATSAL XIII.

1BŬRMULA maka adalah dahulu deripada hari raya langkah itu, Isa tŭlah mŭngŭtahui bahwa waktunya tŭlah sampielah akan bŭrpindah kluar deri dunia ini kapada Ayah, sŭdang iya mŭngasihi akan murid muridnya yang didalam dunia ini, maka dikasihnyalah akan dia itu sampie kapada kasudahan.

2Maka tŭngah makan malam, maka datanglah Iblis mŭnggrakkan hati Yudas Iskariot, iya itu anak Simon, supaya disŭrahkannya akan Isa kŭtangan musohnya.

3Maka tŭlah dikŭtahui ulih Isa, bahwa Ayah tŭlah mŭnyŭrahkan sagala pŭrkara kŭtangannya, dan lagi iya tŭlah datang deripada Allah, dan kŭmbali kapada Allah.

4Maka tŭngah makan bangunlah iya, lalu ditanggalkan bajunya, sŭrta mŭngambil sa’lie kain, lalu diikatnya pinggangnya:

5Maka dibubohnya ayer kŭdalam suatu bokor, lalu dibasohnya kaki murid muridnya, dan disapukannya dŭngan kain yang tŭrikat dipinggangnya itu.

6Arkian maka datanglah iya kapada Simon Petros, maka kata Petros padanya, Tuhan, adakah patut angkau mŭmbasoh kaki hamba ini?

7Maka disahut Isa katanya, Adapun pŭrbuatanku ini skarang tiada angkau tahu, mŭlainkan kumdian kŭlak angkau bulih tahu.

8Maka kata Petros padanya, Skali kali tiada kubri angkau mŭmbasohkan kakiku. Maka jawab Isa akan dia, Jikalau aku tiada basohkan dikau, maka angkau tiada dapat bahgian sŭrtaku.

9Maka bŭrkatalah Simon Petros akan dia, Tuhan, Jangankan kakiku sahja, mŭlainkan basohkanlah tanganku dan kŭpalaku pun.

10Maka kata Isa padanya, Bahwa orang yang tŭlah mandi itu, maka tiada harus dibasoh pula akan dia, mulainkan kakinya sahja, kŭrna sŭgŭnap tubohnya itu suchi adanya; maka kamulah suchi, tŭtapi bukannya sŭmua kamu.

11Kŭrna iya tŭlah mŭngŭtahui siapa yang akan mŭnipu dia; maka sŭbab itulah iya bŭrkata, Bukannya sŭmua kamu suchi.

12Bŭrmula tŭtkala sudahlah habis Isa mŭmbasoh kaki murid muridnya, dan mŭmakie bajunya, sŭrta dudok kŭmbali, maka katanya pada marika itu, Adakah kamu tahu apa yang kupŭrbuat padamu itu?

13Bahwa kamu mŭmanggil aku Guru dan Tuhan, maka bŭtollah katamu itu, kŭrna iyalah aku itu.

14Adapun jikalau aku ini Tuhan dan Guru juga tŭlah mŭmbasohkan kakimu, maka patutlah kamu mŭmbasoh kaki sa’orang kapada sa’orang pun.

15Kŭrna aku tŭlah mŭmbri tuladan pada kamu, supaya kamu bŭrbuat yang spŭrti aku tŭlah bŭrbuat padamu.

16Sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, bahwa hamba itu tiada akan lebih deripada tuannya, dan surohan itu tiada akan lebih deripada yang mŭnyurohkan dia.

17Maka jikalau kamu kŭtahui akan sagala pŭrkara ini, sŭrta bŭrbuat akan dia, bŭrbahgialah kamu.

18Maka bukannya aku bŭrkata derihal kamu sŭmua, kŭrna aku tahu siapa yang tŭlah kupileh; tŭtapi supaya pŭrkataan kitab itu digŭnapi, adapun orang yang makan roti sŭrtaku, tŭlah mŭngangkat tŭmitnya mŭlawan aku.

19Adapun skarang ini aku mŭngatakan padamu itu sŭbŭlom iya jadi, supaya apabila jadinya kŭlak, kamu bulih pŭrchaya, bahwasanya akulah dia itu.

20Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, orang yang mŭnyambut barang siapa surohanku, sŭrasa iya mŭnyambut aku, dan orang yang mŭnyambut aku, sŭrasa iya mŭnyambut akan dia yang mŭnyurohkan aku.

21Bŭrmula sŭtlah sudah Isa bŭrkata dŭmkian itu, maka bŭrduka chitalah hatinya, sambil iya bŭrsaksi, lalu bŭrkata, Sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata kapada kamu, bahwa sa’orang deri antara kamu akan mŭnyŭrahkan aku kŭtangan musohku.

22Maka tŭtkala itu murid muridnya itu pun bŭrpandang pandanganlah sa’orang akan sa’orang, sŭrta dŭngan shaknya akan siapa juga garangan dikatakannya itu.

23Maka adalah sa’orang deripada murid muridnya yang dikasihi ulih Isa, bŭrsandar didadanya.

24Maka Simon Petros pun mŭngisharatkan akan dia itu, supaya ditanyakannya, siapa juga orang yang dikatakan Isa itu.

25Maka orang yang bŭrsandar pada dada Isa itu pun bŭrkata, Ya Tuhan, siapakah dia itu?

26Maka sahut Isa, Adapun kapada barang siapa yang kubri sŭsuap yang kuchŭlopkan dikuah, maka iya itulah dia. Maka sŭtlah sudah dichŭlopkan itu, maka dibrikannya kapada Yudas Iskariot, anak Simon itu.

27Arkian maka sŭtlah ditrimanya suap itu, maka masoklah shietan dalam hatinya, maka tŭtkala itu kata Isa kapadanya, Barang yang angkau handak buat itu, buatlah lŭkas.

28Maka sa’orang pun deri pada marika itu yang dudok pada hidangan itu tiada tahu apakah sŭbabnya dikatakannya itu padanya.

29Maka disangka ulih sŭtŭngah marika itu, sŭbab Yudas ada mŭmŭgang pundi pundi, barang kali disuroh Isa bŭli barang barang yang kita handak pakie pada tŭtkala hari raya ini, atau disurohnya mŭmbri apa apa pada orang orang mŭskin.

30Adapun sŭtlah sudah diambil ulih Yudas sŭsuap itu, maka lantas kluarlah iya, maka pada tŭtkala itu hari malam adanya.

31¶ Bŭrmula apabila Yudas sudah kluar, maka kata Isa, Bahwa skarang Anak manusia dipŭrmuliakan, dan Allah pun dipŭrmuliakan dalamnya.

32Dan jikalau Allah dimuliakan dalamnya, maka Allah kŭlak akan muliakan dia pula ulih sŭndirinya, maka sŭbŭntar juga dimuliakan Allah akan dia.

33Hie anak anak yang muda muda, bahwa skutika sahja lagi aku ada sŭrta kamu, maka kamu akan mŭnchari aku, spŭrti yang tŭlah kukatakan kapada orang Yahudi, Bahwa barang kŭmana aku pŭrgi, maka kamu tiada bulih sampie kŭsana; maka dŭmkianlah juga aku bŭrkata padamu skarang ini.

34Bahwa aku mŭmbri padamu hukum bahru, supaya kamu mŭngasihi sa’orang akan sa’orang, spŭrti aku tŭlah mŭngasihi kamu, dŭmkianlah handaknya kamu pun mŭngasihi sa’orang akan sa’orang.

35Maka dŭngan dŭmkianlah bulih dikŭtahui ulih sagala manusia, bahwa kamulah murid muridku, jikalau kamu mŭngasihi sa’orang akan sa’orang.

36¶ Maka kata Simon Petros padanya, Tuhan, kŭmanakah angkau handak pŭrgi? Maka sahut Isa padanya, Adapun ditŭmpat aku pŭrgi tiada dapat angkau ikot aku pada masa ini, tŭtapi kumdian kŭlak angkau mŭngikot aku.

37Maka jawab Petros akan dia, Tuhan, apakah sŭbab aku tiada dapat mŭngikot angkau skarang ini? bahwa aku handak mŭnyŭrahkan jiwaku sŭbab angkau.

38Maka sahut Isa padanya, Mahukah angkau sŭrahkan jiwamu sŭbab aku? bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, ayam tiada akan bŭrkokok, sŭbŭlom angkau mŭnyangkal aku tiga kali.



 <<  Yohanes 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran