Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 18 >> 

FATSAL XVIII.

1BŬRMULA sŭtlah sudah Isa bŭrkata kata akan sagala pŭrkara itu, maka kluarlah iya sŭrta dŭngan sagala murid muridnya pŭrgi kŭsŭbrang anak sungie Kedron, maka adalah disana suatu kŭbon, lalu masoklah Isa sŭrta murid muridnya kŭdalam kŭbon itu.

2Adapun Yudas orang yang mŭnyŭrahkan Isa itupun tahulah tŭmpat itu, kŭrna kŭrap kali Isa sudah bŭrhimpun disana sŭrta dŭngan murid muridnya.

3Adapun sŭtlah sudah Yudas itu mŭndapat suatu pasukan lashkar dan bŭbrapa mata mata, deripada sagala kŭpala kŭpala Imam dan orang Farisia itu; maka datanglah iya kŭtŭmpat itu dŭngan tanglong dan suloh dan sŭnjata sŭnjata.

4Maka tŭlah dikŭtahuilah ulih Isa sagala pŭrkara yang akan bŭrlaku atasnya; maka kluarlah iya sambil bŭrkata kapada marika itu, Siapakah yang kamu chari?

5Maka sahut marika itu akan dia, Isa orang Nazareth itu; maka kata Isa pada marika ita, Bahwa akulah dia; maka Yudas yang mŭnyŭrahkan dia itupun adalah bŭrdiri sŭrta marika itu.

6Maka sŭrta iya bŭrkata pada marika itu, Akulah dia, maka tŭrundorlah marika itu kŭblakang lalu jatoh kŭbumi.

7Maka bŭrtanya pula Isa pada marika itu, Siapakah yang kamu chari? Maka kata marika itu, Isa orang Nazareth itu.

8Maka jawab Isa, Bukankah aku kata padamu, Bahwa aku inilah dia? sŭbab itu jikalau kamu mŭnchari aku, lŭpaskanlah orang orang ini biar pŭrgi.

9Supaya gŭnaplah pŭrkataan yang tŭlah dikatakan ulih Isa, Bahwa sagala orang yang tŭlah angkau kurniakan pada aku itu satu pun tiada yang hilang.

10Maka Simon Petros ada mŭmbawa pŭdang, maka dihunasnya, lalu ditŭtaknya akan hamba imam bŭsar itu putuslah tŭlinganya kanan; adapun nama hamba itu Malkus.

11Maka kata Isa pada Petros, Sarongkanlah pŭdangmu itu; adapun chawan minuman yang tŭlah dikurniakan ulih Ayahku akan daku itu, ta’kan jangan aku minum dia?

12Sŭtlah itu maka pasukan lashkar, sŭrta pŭnghulunya, dan hulubalang orang Yahudi itu pun datanglah mŭnangkap Isa, lalu diikatnya akan dia.

13Maka dibawanya akan Isa mula mula kapada Annas, kŭrna iya itu mŭntua Kiefas yang mŭnjadi kŭpala imam pada tahun itu.

14Adapun Kiefas itulah orang yang mŭmbri akhtiar pada orang orang Yahudi, katanya, Haruslah sa’orang mati akan ganti kaum ini skalian

15¶ Maka Simon Petros, dan lagi sa’orang murid yang lain itu pun ada mŭngikot Isa, adapun murid itu dikŭnal ulih kŭpala imam, sŭrta masoklah iya bŭrsama sama dŭngan Isa kŭdalam balerong kŭpala imam itu.

16Tŭtapi Petros ada bŭrdiri diluar pintu, maka kluar murid lain itu yang dikŭnal ulih kŭpala imam itu, sŭrta bŭrkata kata dŭngan pŭrampuan pŭnunggu pintu, lalu dibawanya Petros masok.

17Maka kata pŭrampuan yang mŭnunggu pintu itu kapada Petros, Bukankah angkau pun murid orang itu? Maka jawab Petros, Bukan.

18Maka bŭrdirilah bŭbrapa hamba dan lashkar disitu, yang tŭlah mŭnjadikan api deripada arang, kŭrna musim dingin; maka bŭrgangganglah marika itu, maka Petros pun ada bŭrdiri disitu bŭrsama sama bŭrganggang.

19¶ Bŭrmula maka bŭrtanyalah kŭpala imam itu akan Isa deripada hal murid muridnya, dan derihal pŭngajarannya.

20Maka disahut Isa akan dia, Bahwa dŭngan nyatanya juga aku tŭlah bŭrkata kata pada sagala isi dunia ini, maka slalu aku mŭngajar dalam kŭnisa, dan dalam ka’abah ditŭmpat sagala orang Yahudi sahari hari bŭrhimpon; maka bŭlom pŭrnah aku bŭrkata kata barang suatu dŭngan bŭrsŭmbunyi.

21Mŭngapa angkau bŭrtanya kapadaku? tanyalah kapada orang yang mŭnŭngar apa apa yang tŭlah kukatakan, bahwa marika itu kŭtahui barang yang tŭlah aku bŭrkata.

22Sŭtlah iya bŭrkata dŭmkian, maka ada sa’orang lashkar yang bŭrdiri dŭkatnya itu mŭnampar Isa katanya, Bŭgitukah angkau mŭnjawab pada imam bŭsar?

23Maka sahut Isa akan dia, Jikalau aku bŭrkata yang salah, unjokkanlah kŭsalahan itu; tŭtapi jikalau bŭtol, mŭngapa angkau mŭnampar aku?

24Maka Annas pun mŭnyuroh mŭmbawa Isa kapada Kiefas, imam bŭsar itu dŭngan ikat ikatnya.

25Bŭrmula maka Simon Petros ada lagi bŭrdiri bŭrganggang, maka kata orang padanya, Bukankah angkau pun sa’orang deripada murid murid orang itu? Maka bŭrsangkallah iya katanya, Bukan.

26Maka bŭrkata pula sa’orang lagi deripada sagala hamba imam bŭsar itu, maka iya itu kŭlorga orang yang diputuskan ulih Petros tŭlinganya itu, Bukankah aku tŭlah mŭlihat angkau didalam kŭbon bŭrsama sama orang itu?

27Maka bŭrsangkallah pula Petros lagi; maka skutika itu juga bŭrkokoklah ayam.

28¶ Sŭtlah itu maka dibawa oranglah akan Isa deripada Kiefas katŭmpat bichara pada pagi hari, akan tŭtapi orang Yahudi sŭndiri tiada masok kŭdalam tŭmpat bichara itu, asal jangan jadi nŭjis marika itu, supaya bulih makan pŭrjamuan hari raya langkah.

29Maka kluar Pilatus bŭrtanya pada marika itu, Apakah kŭsalahan orang ini angkau handak adukan?

30Maka mŭnyahutlah marika itu kapada Pilatus, Jikalau kiranya orang ini bukannya orang dŭrhaka, tiadalah kami mŭmbawa akan dia kapadamu.

31Maka kata Pilatus pada marika itu, Ambillah kamu akan dia, hukumkanlah spŭrti yang tŭrsŭbut dalam tauretmu. Sŭbab itu bŭrkatalah orang Yahudi padanya, Tiada halal kita orang mŭnghukumkan bunoh akan barang sa’orang.

32Supaya gŭnaplah pŭrkataan Isa yang tŭlah dikatakannya, Dŭngan pri kŭmatiaan apakah iya akan mati.

33Kumdian maka Pilatus pun masoklah pula kŭdalam tŭmpat bichara, lalu dipanggilnya Isa katanya, Iyakah angkau Raja orang Yahudi?

34Maka disahut Isa padanya, Pŭrkataan angkau sŭndirikah ini, atau orang lainkah mŭngatakan itu padamu deri halku?

35Maka jawab Pilatus, Aku ini orang Yahudikah? Adapun kaummu, dan sagala kŭpala kŭpala imam tŭlah mŭmbawa angkau kapadaku; apakah angkau sudah buat?

36Maka sahut Isa, Adapun krajaanku bukannya krajaan dunia ini; maka jikalau kiranya krajaanku krajaan dunia ini, nŭschaya rayatku tŭlah mŭlawanlah, supaya jangan aku disŭrahkan pada orang Yahudi; tŭtapi skarang krajaanku bukannya disini.

37Maka sŭbab itu kata Pilatus padanya, Kalau bŭgitu, angkau sa’orang rajakah? Maka jawab Isa, Sugguhlah spŭrti katamu, aku ini sa’orang raja; maka sŭbab itulah juga aku tŭlah dipranakkan, dan sŭbab itulah juga aku tŭlah datang kŭdalam dunia, supaya aku mŭnjadi saksi akan kubŭnaran, maka barang siapa deripada yang bŭnar, maka iya akan mŭnŭngar pŭrkataanku.

38Maka kata Pilatus akan dia, Apakah bŭnar itu? Maka sŭtlah iya bŭrkata itu, maka kluarlah pula iya kapada orang orang Yahudi, lalu bŭrkata pada marika itu, Tiadalah aku mŭndapat apa apa salah orang ini.

39Tŭtapi ada adat kamu, bahwa pada waktu hari langkah, harus aku mŭlŭpaskan sa’orang akan kamu; mahukah angkau aku lŭpaskan akan dikau Raja orang Yahudi itu?

40Maka bŭrsrulah pula marika itu skalian katanya, Jangan orang ini, mŭlainkan Bŭraba. Adapun Bŭraba itu sa’orang pŭnyamun adanya.



 <<  Yohanes 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran