Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 21 >> 

FATSAL XXI.

1BŬRMULA maka kumdian deripada skalian itu, maka Isa pun mŭnyatakan dirinya pula kapada murid muridnya dŭkat tasik Tieberia; maka dŭmkianlah prinya iya mŭnyatakan dirinya itu:

2Adapun Simon Petros, dan Thomas yang tŭrsŭbut Didimus, dan Nathaniel deri nŭgri Kana ditanah Galilia, dan anak anak Zabdi, dan dua orang lain deri pada murid muridnya bŭrsama sama.

3Maka bŭrkatalah Simon Petros pada marika itu, Aku handak pŭrgi mŭnangkap ikan; maka jawab marika itu akan dia, Kami pun pŭrgi bŭrsama sama. Maka kluarlah marika itu dŭngan sŭgranya, lalu naik pŭrahu; maka pada malam itu suatu pun tiadalah ditangkap ulih marika itu.

4Bŭrmula apabila pagi hari, maka tŭrdirilah Isa dipantie, tŭtapi tiada dikŭtahui ulih murid muridnya iya itu Isa.

5Maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Hie kanak kanak, adakah angkau mŭnaroh lauk? Maka sahut marika itu akan dia, Tiada.

6Maka katanya pada marika itu, Buanglah pukatmu disŭblah kanan pŭrahu itu, maka kamu akan mŭndapat. Maka dibuangnyalah; maka tiadalah marika itu bulih mŭnarik pukat itu, sŭbab tŭrlalu banyak ikan.

7Sŭbab itu bŭrkatalah murid yang dikasihi ulih Isa itu kapada Petros, Iya ini Tuhan. Maka apabila didŭngar Simon Petros, bahwa itu Tuhan, maka lalu dipakienya baju pŭngail, (kŭrna iya itu tiada bŭrbaju), lalu tŭrjunlah iya kŭdalam ayer.

8Maka sagala murid yang lain itu pun datanglah dŭngan pŭrahu kŭchil, kŭrna marika itu tiada jauh deri darat, ada kira kira dua ratus hasta sahja jauhnya, sambil ditariknya pukat yang bŭrisi ikan itu.

9Sŭtlah sampielah marika itu kŭdarat, maka dilihatnya ada satu timbunan bara api, dan ikan pun ada tŭrlŭtak diatasnya, dan roti pun ada.

10Maka kata Isa pada marika itu, Bawalah ikan ikan yang kamu bahru tangkap itu.

11Maka Simon Petros pun pŭrgilah mŭnarik pukat itu kŭdarat pŭnoh dŭngan ikan bŭsar bŭsar, sa’ratus lima puloh tiga ekor banyaknya; maka sungguh pun bŭgitu banyak, tŭtapi tiada juga pukat itu koyak.

12Maka kata Isa kapada marika itu, Marilah makan. Maka sa’orang pun deripada sagala murid itu tiada bŭrani bŭrtanya akan dia, siapa angkau; kŭrna iya mŭngŭtahui, bahwa itu Tuhan.

13Maka datanglah Isa hampir, sŭrta mŭngambil roti, lalu dibrinya pada marika itu, dan ikan itu pun dŭmkian juga.

14Arkian inilah katiga kalinya Isa mŭnyatakan dirinya kapada murid muridnya kumdian deripada iya tŭlah hidop deripada matinya.

15¶ Bŭrmula sŭtlah marika itu sudah habis makan, maka kata Isa kapada Simon Petros, Hie Simon anak Yunas, angkau kasihkah akan daku tŭrlebih deripada skalian ini? Maka jawab Simon akan dia, Bahkan, ya Tuhan, angkau tahu bahwa aku mŭngasihi angkau. Maka bŭrkatalah Isa padanya, Gombalakanlah sagala anak dombaku.

16Maka katanya pula akan dia pada kadua kalinya, Hie Simon anak Yunas, angkau kasihkah akan daku? Jawabnya akan dia, Bahkan ya Tuhan, angkau tahu bahwa aku mŭngasihi angkau. Maka kata Isa akan dia, Gombalakanlah domba dombaku.

17Maka pada katiga kalinya bŭrkata Isa padanya, Hie Simon anak Yunas, angkau kasihkah akan daku? Maka Petros pun bŭrdukalah, sŭbab tiga kali Isa bŭrkata akan dia, Angkau kasihkah akan daku? Maka jawabnya akan dia, Ya Tuhan, angkau mŭngŭtahui skalian pŭrkara, bahwa angkau tahu aku mŭngasihi angkau. Maka kata Isa padanya, Gombalakanlah domba dombaku.

18Bahwa sŭsungguh sungguhnyalah aku bŭrkata padamu, tŭtkala angkau lagi muda, maka angkau tŭlah mŭngikat pinggangmu, lalu bŭrjalan pŭrgi barang kŭmana angkau kahandaki, tŭtapi apabila angkau tua kŭlak, maka angkau akan mŭngunjokkan kadua tanganmu, maka orang lain akan mŭngikatkan pinggangmu, sŭrta mŭmbawa dikau barang kŭmana yang tiada angkau kahandaki.

19Adapun Isa bŭrkata itu handak mŭnunjokkan bŭtapa pri kŭmatian yang dirasai ulih Petros itu akan mŭmuliakan Allah kŭlak. Maka sŭtlah habislah Isa mŭngatakan itu, maka bŭrkatalah iya padanya, Ikotlah aku.

20Bŭrmula maka Petros pun bŭrpalinglah dirinya, lalu dilihatnya murid yang dikasihi ulih Isa itu ada mŭngikot; maka iyalah yang dudok bŭrsandar pada dada Isa tŭtkala makan malam, sambil bŭrkata, Ya Tuhan, siapakah yang mŭnyŭrahkan dikau itu kŭtangan musohmu?

21Adapun sŭtlah Petros mŭlihat akan murid itu, maka kata Petros kapada Isa, Ya Tuhan, bagimanakah hal kasudahan orang ini kŭlak?

22Maka kata Isa padanya, Jikalau kiranya aku kahandaki orang ini tinggal sampie aku datang, apakah angkau pŭduli; ikotloh ulihmu akan daku.

23Maka deri sŭbab itu mashorlah khabar itu kapada sagala saudara, bahwa sa’orang murid itu tiada akan mati; tŭtapi tiada Isa bŭrkata, iya tiada akan mati, mŭlainkan katanya, Jikalau aku handak iya tinggal sampie aku datang, apakah angkau pŭduli?

24Arkian bahwa inilah murid itu yang bŭrsaksi akan sagala pŭrkara ini, dan tŭlah mŭnyuratkan akan sagala pŭrkara ini, maka kami kŭtahui bahwa bŭnarlah saksinya itu.

25Maka adalah lagi banyak pŭrkara yang dipŭrbuat ulih Isa, maka jikalau kiranya tiap tiap pŭrkara itu disuratkan, bahwa pada sangkaku dunia ini pun tiada bulih tŭrmuat akan sagala kitab yang akan disuratkan itu: Amin.



 <<  Yohanes 21 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran