Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 8 >> 

FATSAL VIII.

1BŬRMULA maka Isa pun pŭrgilah kabukit Zieton.

2Maka pada pagi pagi hari, datanglah pula iya kŭdalam ka’abah, maka sŭmua kaum pun datanglah kapadanya, lalu dudoklah iya mŭngajar akan marika itu.

3Maka khatib khatib, dan orang orang Farisia pun mŭmbawa sa’orang pŭrampuan yang tŭlah kŭdapatan bŭrzinah; maka sŭtlah didirikan ulih marika itu akan dia ditŭngah tŭngah,

4Maka bŭrkatalah marika itu kapada Isa, Guru, bahwa pŭrampuan ini tŭlah kŭdapatan tŭngah iya bŭrzinah.

5Adapun Musa tŭlah bŭrsabda dalam tauret, orang yang dŭmkian halnya harus dirŭjam dŭngan batu; skarang apakah kata angkau?

6Adapun marika itu bŭrkata dŭmkian, sŭbab handak mŭnchobai akan dia, supaya mŭndapat jalan akan mŭnudohi dia. Maka tundok juga Isa kŭbawah, sambil mŭnulis dŭngan jarinya ditanah.

7Hata maka apabila marika itu bŭrtanya bŭrulang ulang, maka diangkatkannya kŭpalanya, sambil bŭrkata kapada marika itu, Adapun orang yang tiada bŭrdosa diantara kamu, biarlah iya dahulu mŭrŭjam akan pŭrampuan ini.

8Maka kumdian tundoklah iya kŭbawah mŭnulis ditanah pula.

9Maka dŭmi didŭngar ulih orang orang itu akan pŭrkataan itu, sŭbab kŭna tŭmplak angan angan hatinya sŭndiri, lalu kluarlah iya sa’orang dŭmi sa’orang, deripada bŭsar dan kŭchil, maka tinggallah Isa sa’orang dirinya, maka pŭrampuan itu pun ada lagi tŭrdiri juga ditŭngah tŭngah.

10Hata maka Isa mŭngangkatkan kŭpalanya, maka dilihatnya pŭrampuan itu sahja, lalu bŭrkatalah iya kapadanya, Hie pŭrampuan, kŭmanakah sagala orang yang mŭngadukan kŭsalahanmu itu, tiadakah sa’orang pun mŭnghukumkan dikau?

11Maka jawab pŭrampuan itu, Sa’orang pun tiada Tuhan. Maka kata Isa padanya, Bahwa aku pun tiada mŭnghukumkan dikau; pŭrgilah angkau, jangan buat dosa lagi.

12¶ Bŭrmula maka bŭrkatalah Isa lagi pada marika itu, Bahwa aku inilah trang dunia itu, maka barang siapa yang mŭngikot aku, maka tiada iya bŭrjalan dalam gŭlap, mŭlainkan iya akan bŭrulih trang hidop itu.

13Sŭbab itu maka bŭrkatalah orang orang Farisia kapadanya, Bahwa angkau juga bŭrsaksi atas dirimu sŭndiri, maka saksimu itu tiada bŭnar adanya.

14Maka sahut Isa, Jikalau aku bŭrsaksi atas diriku sŭndiri skalipun, maka bŭnarlah juga saksiku itu, kŭrna aku kŭtahui deri mana datangku, dan kŭmana aku pŭrgi; tŭtapi kamu tiada tahu deri mana aku datang, dan kŭmana aku pŭrgi.

15Adapun kamu kira kirakan mŭnurot hawa nafsu, aku kira kirakan bukan pada barang sa’orang.

16Maka jikalau aku kira kirakan skalipun, kira kiraanku bŭnar adanya, kŭrna aku ini bukannya sa’orang orang sahja, mŭlainkan aku dŭngan Ayah yang tŭlah mŭnyurohkan aku.

17Bahwa adalah tŭrsurat dalam tauretmu pun, iya itu Dua orang punya saksi bahrulah bŭnar adanya.

18Maka aku ini sa’orang bŭrsaksi atas diriku, dan Ayah yang tŭlah mŭnyurohkan aku pun mŭnjadi saksi akan daku.

19Sŭtlah itu bŭrkatalah marika itu kapadanya, Dimanakah ada Ayahmu itu? Maka sahut Isa, Kamu tiada mŭngŭnal akan daku, atau akan Ayahku pun; maka jikalau kiranya kamu tŭlah mŭngŭnal akan daku, nŭschaya kamu kŭnallah akan Ayahku pun.

20Adapun sagala pŭrkara ini dikatakan ulih Isa dalam tŭmpat pŭrbandahran, sŭdang iya mŭngajar dalam ka’abah, maka sa’orang pun tiada mŭnaikkan tangan ka’atasnya, kŭrna kutikanya itu bŭlom lagi sampie adanya.

21¶ Kumdian bŭrkatalah Isa lagi pada marika itu, Aku handak pŭrgi, maka kamu kŭlak akan mŭnchari aku, dan kamu kŭlak akan mati dalam dosamu; adapun ditŭmpat aku pŭrgi itu, maka tiadalah bulih kamu sampie kŭsana.

22Maka sŭbab itu kata orang Yahudi, Iya ini handak mŭmbunoh dirinya sŭndirikah? kŭrna katanya itu, Adapun ditŭmpat yang aku pŭrgi itu, maka tiadalah bulih kamu sampie kŭsana.

23Maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Bahwa kamu ini datang deri bawah, maka aku datang deri atas; adapun kamu deripada dunia ini, maka aku bukannya deripada dunia ini.

24Maka sŭbab itulah aku tŭlah bŭrkata padamu, bahwa kamu kŭlak akan mati dalam dosamu, kŭrna jikalau kamu tiada pŭrchaya aku inilah dia, maka kamu kŭlak akan mati dalam dosamu.

25Arkian maka bŭrkatalah marika itu kapadanya, Siapatah angkau ini? Maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Dia itu juga yang tŭlah aku katakan deri mulanya.

26Maka adalah banyak pŭrkara yang aku handak mŭngatakan, dan mŭnŭgorkan akan kamu, tŭtapi yang tŭlah mŭnyurohkan aku itu bŭnar adanya, maka pŭrkara yang tŭlah aku dŭngar deripadanya, maka iya itulah yang kukatakan pada isi dunia.

27Maka tiadalah marika itu mŭngarti, adapun yang dikatakan ulih Isa padanya itu, deri hal Ayah.

28Arkian maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Maka apabila kamu sudah angkatkan naik akan Anak manusia itu kŭlak, maka pada masa itulah kamu akan mŭngŭtahui, bahwa aku inilah dia itu, dan tiada aku mŭngadakan barang apa sŭndiriku, mŭlainkan aku mŭngatakan sagala pŭrkara ini spŭrti yang diajar ulih Ayahku akan daku.

29Maka bahwasanya iya yang tŭlah mŭnyurohkan aku itu ada sŭrtaku; adapun Ayah itu tiada mŭninggalkan aku sa’orang diri, kŭrna sŭntiasa aku bŭrbuat barang yang dipŭrkŭnankannya.

30Maka tŭtkala iya mŭngatakan sagala pŭrkataan ini, banyaklah orang pŭrchaya akan dia.

31Sŭtlah itu maka bŭrkatalah Isa pada orang orang Yahudi yang sudah pŭrchaya akan dia itu, Jikalau kamu tŭtap dalam pŭrkataanku, nŭschaya kamu jadi muridku sungguh sungguh.

32Maka bahwasanya kamu akan mŭngŭtahui kŭbŭnaran, maka kŭbŭnaran itulah akan mŭmŭrdehkakan kamu.

33Maka disahut marika itu katanya, Adapun kami ini turon tŭmuron deri pada Ibrahim, maka bŭlomlah pŭrnah kami mŭnjadi hamba pada barang sa’orang pun, maka bagimanakah angkau bŭrkata, bahwa kamu akan dimŭrdehkakan?

34Maka sahut Isa pada marika itu, Sungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, maka barang siapa yang bŭrbuat dosa, iyalah hamba dosa.

35Adapun hamba itu tiada tinggal dalam rumah slama lamanya, tŭtapi anak itu tinggal sampie slama lamanya.

36Maka sŭbab itu jikalau kamu dimŭrdehkakan ulih anak, maka kamu mŭrdehkalah sungguh sungguh.

37Maka kukŭtahuilah bahwa kamu ini turon tŭmuron deripada Ibrahim, tŭtapi kamu mŭnchari jalan handak mŭmbunoh aku, kŭrna pŭrkataanku itu tiada masok kŭdalam hatimu.

38Adapun aku ini mŭngatakan sagala pŭrkara yang tŭlah kulihat deripada Ayahku, dan kamu bŭrbuat barang yang kamu tŭlah mŭlihat deripada bapamu.

39Maka sahut marika itu katanya, Bahwa Ibrahim itu ayah kami. Maka kata Isa bagie marika itu, Jikalau kamu anak anak Ibrahim, nŭschaya kamu bŭrbuat sagala pŭrbuatan Ibrahim.

40Tŭtapi kamu mŭnchari jalan handak mŭmbunoh aku, sa’orang yang tŭlah bŭrkata kapadamu dŭngan bŭnar, yang tŭlah kudŭngar deripada Allah, adapun Ibrahim itu tiada bŭrbuat dŭmkian.

41Adapun kamu bŭrbuat pŭrbuatan bapamu. Maka kata marika itu, Bahwa kami tiada dipranakan deripada zinah; maka adalah pada kami suatu ayah sahja, iya itu Allah.

42Maka kata Isa pada marika itu, Jikalau Allah itu ayahmu, nŭschaya kamu kasihlah akan daku, kŭrna aku tŭlah kluar dan datang deripada Allah; maka bukannya aku datang dŭngan kahandak diriku, mŭlainkan Allah tŭlah mŭnyurohkan aku.

43Mŭngapa kamu tiada mŭngarti pŭrkataanku? Sŭbab kamu tiada mahu trima pŭrkataanku.

44Bahwa kamu deripada bapamu, iya itulah Iblis; adapun kainginan bapamu itulah yang kamu suka bŭrbuat; maka adalah iya itu sa’orang pŭmbunoh deripada mulanya; maka tiadalah iya tŭtap dalam kŭbŭnaran, kŭrna tiada kŭbŭnaran padanya. Apabila iya bŭrkata dusta, maka iya mŭnurot spŭrti kahandak hatinya, kŭrna iyalah pŭmbohong; dan lagi pula bapa bohong itu.

45Maka aku ini bŭrkata yang bŭnar, sŭbab itu kamu tiada pŭrchaya padaku.

46Maka siapakah deripadamu dapat mŭnŭmplak aku kŭrna dosa? Maka jikalau aku bŭrkata yang bŭnar, mŭngapa tiada kamu pŭrchaya akan daku?

47Maka orang yang deri pada Allah, iya mŭnŭngarlah akan pŭrkataan Allah; maka kamu tiada mŭnŭngar, sŭbab kamu bukannya deripada Allah.

48Arkian maka mŭnyahutlah orang orang Yahudi katanya, Bukankah kami bŭrkata bŭtul, angkau ini sa’orang Samaritan yang tŭrkŭna jin?

49Maka jawab Isa, Bukannya aku kŭna jin, mŭlainkan aku mŭmbri hormat akan Ayahku, maka kamu kŭji akan daku.

50Maka aku tiada mŭnchari kŭmuliaan bagie diriku, ada sa’orang yang mŭncharikan dia, dan mŭnghukumkan.

51Bahwa sungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, adapun orang yang mŭmliharakan pŭrkataanku, maka tiadalah iya skali kali mŭrasai mati.

52Sŭtlah itu kata orang Yahudi kapadanya, Bahwa skarang kami kŭtahuilah angkau tŭrkŭna jin; adapun Ibrahim sudah mati, dan sagala nabi nabi pun sudah mati, tŭtapi angkau bŭrkata, jika orang yang mŭmliharakan pŭrkataanku, tiada iya skali kali mŭrasai mati.

53Maka angkaukah lebih bŭsar deripada Ibrahim, nenek moyang kami yang sudah mati itu, dan sagala nabi nabi pun sudah mati, maka siapakah angkau jadikan dirimu?

54Maka sahut Isa, Jikalau aku mŭnghormati diriku, hormatku itu tiada bŭrguna; maka Ayahku itu mŭnghormati aku, iya itulah yang kamu kata Allah kamu.

55Akan tŭtapi kamu tiada mungŭnal akan dia, maka aku mŭngŭnal akan dia; maka jikalau kiranya aku bŭrkata, tiada aku kŭnal akan dia, nŭschaya aku jadi pŭmbohong spŭrti kamu; akan tŭtapi aku mŭngŭnal akan dia, dan aku mŭmliharakan pŭrkataannya.

56Maka Ibrahim nenek moyang kamu itu bŭrahilah handak mŭndapati zamanku, maka iya tŭlah mŭndapat itu sŭrta dŭngan kŭsukaannya.

57Arkian maka bŭrkatalah orang Yahudi padanya, Umormu bŭlom lagi lima puloh tahun, maka sudahkah angkau mŭlihat Ibrahim?

58Maka sabda Isa, Sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, bahwa dahulu deripada jadi Ibrahim itu aku sudah ada.

59Maka pada masa itu marika itu pun mŭmungot batu handak mŭlempar akan dia, maka Isa pun raiblah kluar deri dalam ka’abah, mŭlalui ditŭngah tŭngah marika itu, kumdian tŭrlŭpaslah dia.



 <<  Yohanes 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel