Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Yohanes 3 >> 

1Ketahuilah betapa kasihnya Allah Bapa kepada kita sehingga kita disebut anak-anak Allah! Dan sememanglah begitu! Itulah sebabnya dunia ini tidak mengenal kita, dunia ini tidak mengenal Allah.

2Sahabat-sahabat yang kukasihi, sekarang ini kita anak-anak Allah, tetapi belum nyata bagaimana keadaan kita kelak. Tetapi kita tahu bahawa apabila al-Masih datang, kita akan menjadi seperti-Nya, kerana kita akan melihat-Nya dalam keadaan-Nya yang sebenar.

3Sesiapa yang menaruh harapan ini kepada al-Masih akan memelihara dirinya supaya suci, sebagaimana al-Masih itu suci.

4Sesiapa yang berbuat dosa, dia melakukan keleluasaan kerana dosa itu perbuatan keleluasaan.

5Kamu tahu bahawa al-Masih dihantar untuk menghapuskan dosa umat manusia, di dalam diri-Nya tiada dosa.

6Oleh itu, sesiapa yang tetap di dalam al-Masih tidak akan berbuat dosa berterusan. Sesiapa yang terus berbuat dosa belum melihat dan mengenal Dia.

7Anak-anakku, jangan biarkan sesiapapun menyesatkanmu. Sesiapa yang melakukan apa yang benar adalah orang yang benar, seperti al-Masih.

8Orang yang terus berbuat dosa itu berasal daripada Iblis, kerana dari mulanya lagi Iblis telah berbuat dosa. Itulah sebabnya Putera Allah datang untuk membinasakan pekerjaan Iblis.

9Sesiapa yang menjadi anak Allah tidak akan berbuat dosa berterusan kerana benih Allah ada di dalam dirinya. Oleh sebab Allah itu Bapanya, dia tidak mungkin berbuat dosa berterusan.

10Dengan demikian nyatalah perbezaan antara anak-anak Allah dengan anak-anak Iblis. Orang yang tidak melakukan apa yang benar bukanlah anak Allah, demikian juga orang yang tidak mengasihi saudaranya.

Saling mengasihi

11Kamu telah mendengar perkhabaran ini dari mulanya: Kita harus kasih-mengasihi.

12Janganlah kita bertindak seperti Kabil yang asalnya daripada Iblis dan membunuh adiknya sendiri. Mengapakah dia membunuh adiknya? Semata-mata kerana perbuatannya salah sedangkan perbuatan adiknya benar.

13Oleh itu, saudara-saudaraku, janganlah hairan jika kamu dibenci oleh orang di dunia ini.

14Kita tahu bahawa kita terus hidup dan tidak akan binasa kerana kita mengasihi saudara-saudara kita. Sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya akan tetap dikuasai oleh maut.

15Sesiapa yang benci akan saudaranya adalah pembunuh. Kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak mempunyai hidup yang kekal di dalam dirinya.

16Dengan demikian kita tahu bagaimana cara mengasihi seseorang: Isa al-Masih telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita. Oleh itu kita harus menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita.

17Jika seorang yang berharta melihat saudaranya yang miskin memerlukan bantuan tetapi tidak mahu menolongnya, bagaimanakah kasih Allah dapat hidup dalam dirinya?

18Anak-anakku, janganlah kasih kita di mulut sahaja. Kita hendaklah kasih-mengasihi melalui perbuatan dan kebenaran yang sejati.

19Dengan demikian kita tahu bahawa kita anak-anak Allah yang benar dan hati kita tetap damai di hadirat Allah

20sekiranya hati nurani kita menyalahkan kita. Ini kerana kita tahu bahawa Allah lebih besar daripada hati kita dan Allah Maha Mengetahui.

21Oleh yang demikian, saudara-saudara yang kukasihi, jika hati nurani kita tidak menyalahkan kita, kita dapat menghadap Allah dengan tetap hati.

22Kita menerima apa yang kita minta daripada-Nya kerana kita taat akan perintah-Nya dan melakukan apa yang diredai-Nya.

23Perintah-Nya adalah: kita harus percaya akan nama Putera-Nya, Isa al-Masih, dan kasih-mengasihi seperti suruhan al-Masih.

24Sesiapa yang taat akan perintah-Nya tetap ada di dalam Allah dan Allah ada di dalamnya. Kita tahu bahawa Allah tetap ada di dalam kita kerana Dia telah mengurniakan Roh-Nya kepada kita.



 <<  1 Yohanes 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel