Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 2 >> 

1Aku telah membuat keputusan sendiri, bahawa aku tidak akan datang lagi ke tempatmu dalam kesedihan;

2kerana jika aku mendatangkan kesedihan kepadamu, siapa lagi yang dapat memberikan kegembiraan kepadaku selain kamu yang telah kusedihkan?

3Oleh itulah aku menuliskannya dalam suratku, supaya jangan nanti aku bersedih kerana mereka yang sepatutnya memberikan kegembiraan kepadaku. Aku percaya bahawa jika aku gembira, kamu akan turut gembira.

4Aku menulis kepadamu dengan air mata bercucuran kerana hatiku sungguh sedih dan cemas. Aku bukanlah berniat hendak menyedihkan kamu, tetapi aku mahu kamu tahu bahawa aku amat mengasihimu.

Mengampuni orang bersalah

5Jika seseorang telah mendatangkan kesedihan maka bukan aku yang ditimpa kesedihan itu, tetapi kamu semua, atau sekurang-kurangnya

6Bagi orang itu, hukuman yang dijatuhkan oleh sebilangan besar sudah cukup.

7Oleh itu, baiklah kamu mengampuni dan menghiburnya, supaya dia tidak ditenggelami kesedihan.

8Dengan demikian, aku meminta kamu menunjukkan bahawa kamu benar-benar mengasihinya.

9Aku menuliskan hal ini untuk mendapat bukti sama ada kamu mahu menurut petunjukku dalam semua perkara.

10Siapa saja yang telah kamu ampuni, aku pun telah mengampuninya. Kesalahan apapun yang kuampuni

11supaya Iblis tidak mendapat keuntungan, kerana kita mengetahui tujuan-tujuannya.

Kebimbangan Paulus di Troas

12Apabila aku pergi ke Troas untuk menyebarkan Injil al-Masih, ternyata Tuhan telah membukakan pintu untukku.

13Namun demikian, hatiku tidak tenang juga kerana aku tidak menjumpai saudaraku Titus. Oleh itulah aku meminta diri kepada mereka lalu pergi ke Makedonia.

14Tetapi syukur kepada Allah yang sentiasa memimpin kami ke arah kemenangan dalam al-Masih, dan melalui kami menyebarkan keharuman pengenalan-Nya merata-rata;

15kerana kepada Allah kami adalah keharuman al-Masih di kalangan mereka yang berada di jalan keselamatan dan mereka yang berada di jalan kebinasaan.

16Bagi yang berada di jalan kebinasaan, kami seperti bau daripada maut yang membawa maut, manakala bagi yang berada di jalan keselamatan, kami seperti bau daripada hidup yang membawa hidup. Siapakah yang sanggup melaksanakan tugas sedemikian?

17Kami tidak seperti sebilangan besar orang yang mencari keuntungan daripada firman Allah; sebaliknya, kami berhati ikhlas. Sebagai utusan Allah, kami berkata-kata atas nama al-Masih dengan penuh tanggungjawab di hadapan Allah.



 <<  2 Korintus 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel