Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Filipi 2 >> 

Mencontohi kerendahan hati al-Masih

1Oleh itu, jika ada galakan kerana bersatu dengan al-Masih, jika ada penghiburan hati kerana kasih-Nya, jika ada keakraban dalam Roh, jika ada lemah lembut dan belas kasih,

2sempurnakanlah kebahagiaanku dengan berkeadaan sejiwa, mempunyai kasih yang sama, sepakat dan bersatu hati.

3Janganlah lakukan apapun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya.

4Tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain.

5Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam diri Isa al-Masih:

6Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan,

7tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang hamba, dan datang dengan rupa manusia.

8Dalam keadaan sebagai manusia, Dia telah merendahkan diri-Nya dan taat hingga kepada kematian

9Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama,

10supaya kepada nama Isa segala-galanya bertelut, segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi,

11dan semua lidah mengaku bahawa Isa al-Masih adalah Junjungan Yang Esa, untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa.

Menyerlah seperti bintang

12Oleh itu, saudara-saudara yang dikasihi, sebagaimana kamu sentiasa taat, hendaklah kamu mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar, bukan sahaja ketika aku ada bersamamu malah lebih-lebih lagi sekarang sewaktu aku jauh daripadamu.

13Kerana Allah yang berkerja dalam dirimu, sehingga kamu berkehendak dan bertindak sesuai dengan tunjuan-Nya.

14Dalam segala perbuatanmu janganlah bersungut-sungut dan berbantah-bantah,

15supaya dirimu suci dan tidak bersalah, dan kamu menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela antara manusia. Dalam zaman yang penuh tipu daya dan perbuatan songsang, maka terserlahlah kamu seperti bintang dalam dunia,

16berpegang teguh kepada firman yang memberikan kehidupan. Dengan demikian aku dapat bersukacita pada hari al-Masih kerana hidup dan usahaku tidak sia-sia.

17Walaupun sekiranya aku dicurahkan seperti minuman yang dipersembahkan sebagai korban dan khidmat imanmu, aku berbahagia dan bersukacita bersama kamu semua.

18Demikian jugalah kamu harus bahagia dan bersukacita bersamaku.

Timotius dan Epafroditus

19Dalam Junjungan Isa aku berharap akan dapat mengutus Timotius kepadamu dengan segera, supaya hatiku dihiburkan apabila mengetahui segala hal ehwalmu.

20Kerana tiada seorang bersamaku yang sama sepertinya dan bersungguh-sungguh mengambil berat tentang hal ehwalmu.

21Ini kerana semua orang mementingkan hal sendiri, tetapi bukan mereka yang kepunyaan al-Masih.

22Tetapi kamu mengetahui kelakuannya yang sudah teruji, seperti anak dengan bapa dia berkhidmat bersamaku dalam penyebaran Injil.

23Oleh itu aku berharap akan mengutusnya dengan segera, sebaik-baik aku mengetahui bagaimana keadaanku.

24Tetapi aku yakin dalam Tuhan bahawa aku pun akan datang tidak lama lagi.

25Namun, aku merasakan perlu menghantar kepadamu Epafroditus, saudaraku, rakan sekerja dan seperjuanganku, pesuruhmu yang telah melayaniku dalam keadaanku yang serba kekurangan.

26Ini kerana dia merindui kamu semua, dan berasa susah hati disebabkan kamu telah mendengar bahawa dia sakit.

27Memang benar dia sakit, hampir mati, tetapi Allah berbelas kasihan kepadanya, bukan hanya dia tetapi aku juga, supaya kesedihanku tidak bertimpa-timpa.

28Oleh itu aku menghantarnya dengan rela dan segera, supaya kamu bersukacita dapat bertemu lagi dengannya, dan supaya aku juga kurang khuatir.

29Sambutlah dia dalam Tuhan dengan sepenuh sukacita, dan hormatilah orang yang sedemikian.

30Kerana untuk pekerjaan al-Masih dia hampir mati, mempertaruhkan nyawanya untuk menyempurnakan apa-apa yang kurang dalam layananmu kepadaku.



 <<  Filipi 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel