Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 24 >> 

1Mazmur Daud. Bumi ini milik TUHAN dengan seluruh isinya, dunia, dan semua penghuninya;

2kerana Dia telah mengasaskannya di atas lautan dan menegakkannya di atas perairan.

3Siapa yang boleh naik ke bukit TUHAN? Siapa yang boleh berdiri di tempat suci-Nya?

4Manusia yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak mempersembahkan jiwanya kepada berhala atau sumpah palsu.

5Dia akan diberkati TUHAN dan menerima kebenaran daripada Allah Penyelamatnya.

6Inilah keturunan yang mencari Dia, yang mencari wajah-Mu, Ya Allah Tuhan Yakub.

7Angkatlah kepalamu, wahai pintu gerbang; dan terangkatlah, kamu pintu yang kekal, Raja kemuliaan akan berangkat masuk.

8Siapakah Raja kemuliaan ini? TUHAN yang gagah perkasa, TUHAN yang perkasa dalam peperangan.

9Angkatlah kepalamu, wahai pintu gerbang; angkatlah, kamu pintu yang kekal, Raja kemuliaan akan berangkat masuk.

10Siapakah Raja kemuliaan ini? TUHAN segala tentera



 <<  Mazmur 24 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel