Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 43 >> 

1Pertahankan kebenaranku, Ya Allah, dan sokong perjuanganku menentang bangsa yang mungkar; selamatkanlah aku daripada manusia yang dusta dan zalim.

2Kerana Engkaulah Allah kekuatanku. Mengapa Engkau menyingkiri aku?Mengapa aku bersedih, kerana ditindas musuhku?

3Hantarlah cahaya-Mu dan kebenaran-Mu, untuk membimbingku;membawaku ke bukit suci-Mu, dan ke khemah-Mu.

4Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, Ya Allah, Allah sumber kebahagiaanku yang tidak terhingga.Dan sambil bermain kecapi aku akan memuji-Mu, Ya Allah, Ya TUHANku.

5Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa kau resah gelisah?Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku dan TUHANku.



 <<  Mazmur 43 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel