1Mazmur suku Korah. Sebuah nyanyian. Asas-Nya di bukit suci;
2TUHAN mencintai pintu pagar Sion lebih daripada segala tempat kediaman Yakub.
3Pelbagai kemuliaan disebutkan tentangmu, Wahai kota Allah:
4‘Aku akan menyebut Rahab dan Babel kepada mereka yang mengenal-Ku
5Dan tentang Sion akan dikatakan, ‘Dia ini dan dia itu telah dilahirkan dalamnya, dan Yang Maha Tinggi sendiri akan mengukuhkannya.’
6TUHAN akan mencatatkan ketika Dia mendaftarkan umat-Nya: ‘Dia ini dilahirkan di Sion.’
7Kedua-dua penyanyi dan pemain muzik berkata, ‘Semua sumber bahagiaku dalammu.’
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan