Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 96 >> 

1Nyanyikanlah untuk TUHAN lagu baru; nyanyikanlah untuk TUHAN, seluruh bumi.

2Nyanyilah untuk TUHAN, berkatilah nama-Nya; isytiharkan berita baik penyelamatan-Nya dari hari ke hari.

3Isytiharkan kemuliaan-Nya di kalangan bangsa-bangsa, mukjizat-Nya di antara semua umat-Nya.

4Kerana TUHAN Maha Besar dan besar puji untuk-Nya; Dia harus ditakuti di atas semua tuhan.

5Kerana semua tuhan bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi TUHAN telah menjadikan langit.

6Kehormatan dan keagungan ada di hadirat-Nya; kekuatan dan keindahan di dalam tempat suci-Nya.

7Berilah TUHAN, hai keluarga bangsa-bangsa, berilah TUHAN puji tentang kemuliaan dan kekuatan.

8Berilah TUHAN kemuliaan yang wajar bagi nama-Nya; bawalah persembahan, dan datanglah ke perkarangan-Nya.

9Sembahlah TUHAN dalam keindahan kesucian; gementarlah di hadirat-Nya, wahai seluruh bumi.

10Katakanlah di kalangan bangsa-bangsa, ‘TUHAN bertakhta memerintah.’ Dunia tidak diganjak; Dia akan mengadili kaum-kaum dengan benar.

11Biarlah langit bergembira, dan biarlah bumi bersukacita; biarlah laut menderu, dan segala dalamnya;

12biarlah padang berbahagia, dan semua dalamnya.Kemudian semua pokok hutan akan bergembira di hadirat TUHAN;

13kerana Dia akan datang,Dia akan datang untuk menghakimi bumi dengan keadilan dan kaum-kaum dengan kebenaran-Nya.



Studi lengkap, silahkan lihat: Alkitab SABDA.
Dengar dan baca Alkitab Karaoke, silahkan kunjungi: Alkitab Karaoke.
Rencana Multimedia Baca Alkitab: BaDeNo.
Studi Alkitab dengan AI: Alkitab GPT | AI-PEDIA.

 <<  Mazmur 96 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Alkitab GPT
Bantuan
Single Panel Single Panel