Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 15 >> 

Menerima satu sama lain

1Yang kuat di kalangan kita hendaklah menampung kelemahan orang yang tidak kuat, dan jangan hanya menyukakan hati sendiri.

2Setiap orang haruslah menyukakan hati saudaranya sesama manusia untuk kebaikannya supaya dia menjadi teguh.

3Al-Masih tidak menyukakan hati-Nya sendiri; sebaliknya telah tersurat: ‘Segala celaan daripada mereka yang mencela-Mu telah menimpa-Ku.’

4Segala yang tersurat pada masa dahulu adalah untuk menjadi pengajaran kepada kita, supaya melalui kesabaran dan penglipuran daripada tulisan-tulisan suci itu kita mendapat harapan.

5Semoga Allah yang memberikan kesabaran dan galakan, mengurniaimu perpaduan yang sama terhadap satu sama lain, menurut Isa al-Masih.

6Dengan demikian dapatlah kamu dengan sebulat hati dan suara memuliakan Allah, Bapa Junjungan kita Isa al-Masih.

7Terimalah satu sama lain, sebagaimana al-Masih telah menerima kita, demi kemuliaan Allah.

8Sekarang aku berkata kepadamu bahawa Isa al-Masih telah menjadi hamba kepada umat yang bersunat demi kebenaran Allah, untuk meneguhkan janji yang telah dibuat kepada nenek moyang kita,

9dan supaya bangsa-bangsa lain juga memuliakan Allah kerana belas kasihan-Nya, sebagaimana telah tersurat: ‘Kerana itulah Aku akan memuliakan-Mu dalam kalangan bangsa-bangsa lain, menyanyikan pujian bagi nama-Mu.’

10Seterusnya dikatakan lagi: ‘Bergembiralah, semua bangsa, bersama umat-Nya!’

11Kemudian, ‘Pujilah Tuhan, hai semua bangsa! Pujilah Dia, hai kamu semua manusia!’

12Yasyaya menyampaikan juga: ‘Akan ada tunas dari Isai, Dialah yang bangkit memerintah semua bangsa, kepada-Nyalah semua bangsa akan menaruh harapan.’

13Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Suci.

Pelayanan Paulus

14Sekarang aku yakin tentangmu, saudara-saudaraku, bahawa kamu juga penuh dengan kebaikan dan pengetahuan serta dapat saling menasihati.

15Namun begitu, saudara-saudaraku, aku telah menulis kepadamu dengan lebih tegas tentang hal-hal tertentu kerana kasih kurnia yang telah dikurniakan Allah kepadaku,

16menjadikan aku hamba Isa al-Masih bagi bangsa-bangsa lain, menyampaikan berita baik daripada Allah, supaya persembahan bangsa-bangsa lain itu diterima Allah, disucikan oleh Roh Suci.

17Dengan demikian aku dapat berbangga dalam Isa al-Masih tentang hal-hal berkaitan Allah.

18Aku tidak akan berani bercakap tentang sesuatu selain yang telah dilakukan oleh al-Masih melaluiku, dengan kata-kata dan perbuatan, untuk menjadikan bangsa-bangsa lain itu taat,

19dalam bentuk alamat dan keajaiban besar, dengan kuasa Roh Allah. Dari Baitulmaqdis dan sekitarnya sampai ke Ilirikum aku telah menyampaikan berita baik al-Masih.

20Aku ingin menyampaikan berita baik ini ke tempat-tempat nama al-Masih belum disebut orang. Dengan demikian aku tidak membina di atas tapak yang telah diletakkan oleh orang lain.

21Sebagaimana yang telah tersurat: ‘Mereka yang belum pernah mendapat khabar tentang-Nya akan melihat, dan mereka yang belum pernah mendengar akan mengerti.’

22Itulah sebabnya selalu sahaja tergendala hasratku hendak mengunjungimu.

Rancangan Paulus mengunjungi Rom

23Namun sekarang, kerana tiada lagi tempat bagiku di sini, dan sudah bertahun-tahun aku ingin melawatmu,

24aku berharap dapat singgah di tempatmu ketika aku ke Sepanyol dan dapat bertemu denganmu. Aku juga berharap kamu akan membantuku meneruskan perjalanan ke sana setelah sejenak aku bergembira bersamamu.

25Tetapi kini aku sedang dalam perjalanan ke Baitulmaqdis untuk membawakan bantuan kepada orang salih.

26Orang Makedonia dan Akhaya telah membuat keputusan turut membantu orang salih yang miskin di Baitulmaqdis.

27Ini dilakukan mereka dengan rela hati, malah mereka menganggapnya suatu kewajipan; kerana jika bangsa-bangsa lain telah mendapat bahagian bersama orang Israel dalam hal-hal rohani, maka seharusnyalah mereka membantu orang Israel dalam hal-hal lahiriah.

28Setelah menjalankan tugas ini dan menyerahkan apa yang telah dikumpulkan, aku akan belayar ke Sepanyol dan singgah di tempatmu.

29Aku yakin bahawa apabila ke tempatmu, aku akan datang dengan berkat al-Masih yang melimpah.

30Saudara-saudaraku, aku meminta kepadamu, demi Junjungan Isa al-Masih dan demi kasih daripada Roh Suci, berdoalah bersungguh-sungguh bersamaku kepada Allah bagi diriku,

31supaya aku terhindar daripada orang yang tidak beriman di Yudea dan supaya bantuan yang kubawakan ke Baitulmaqdis ini disambut baik oleh orang salih di situ;

32supaya dengan izin Allah aku sampai di tempatmu dengan gembira dan dapat berehat bersamamu.

33Semoga Allah, sumber kesejahteraan, menyertai kamu semua. Amin.



 <<  Roma 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel