Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 4 >> 

Ibrahim diperbenar melalui iman

1Oleh demikian, apakah yang akan kita katakan tentang Ibrahim, nenek moyang jasmaniah kita?

2Jika Ibrahim telah diperbenar kerana kerja amalnya dapatlah dia berbangga tetapi bukan di sisi Allah.

3Apakah yang tersurat di dalam Kitab Suci? ‘Ibrahim beriman kepada Allah, dan oleh itu dia diiktiraf sebagai seorang yang benar.’

4Bagi seseorang yang membuat kerja, gajinya tidak dikira sebagai anugerah tetapi sebagai haknya.

5Sebaliknya, bagi seseorang yang tidak membuat kerja amal tetapi percaya kepada Allah yang telah memperbenar orang yang mungkar, imannya diterima sebagai kebenaran.

6Demikianlah Daud berkata tentang berkat ke atas orang yang diperbenar Allah tanpa mengira kerja amalnya. Kata Daud:

7‘Diberkatilah orang yang kemungkarannya diampunkan dan dosanya dihapuskan.

8Diberkatilah orang yang dosanya tidak diperhitungkan Tuhan.’

9Maka adakah berkat ini untuk orang yang bersunat, atau untuk orang yang tidak bersunat juga? Kerana kita berkata, ‘Iman Ibrahim telah diterima sebagai kebenaran.’

10Jadi, bagaimana iman itu diterima? Semasa dia sudah bersunat, atau sebelum bersunat? Bukan semasa dia sudah bersunat, tetapi ketika dia belum bersunat;

11lalu dia menerima tanda persunatan, materai kebenaran yang didapatinya melalui iman semasa dia masih belum bersunat. Dengan demikian, dia menjadi bapa kepada semua orang yang beriman tanpa bersunat, supaya mereka diterima sebagai orang yang benar

12dan dia juga menjadi bapa kepada orang bersunat yang bukan sahaja bersunat tetapi juga mengikut jejak langkah moyang bangsa kita, Ibrahim yang beriman sebelum dia bersunat.

13Kerana janji kepada Ibrahim dan keturunannya bahawa mereka akan menjadi waris dunia ini bukanlah melalui hukum Taurat tetap melalui kebenaran yang diperoleh dengan iman.

14Kerana jika orang yang mengamalkan hukum Taurat menjadi waris, maka iman tidak bernilai dan janji itu mansuh.

15Kerana hukum Taurat membawa kemurkaan Allah dan tanpa hukum Taurat, tiadalah kemungkaran.

16Oleh demikian janji itu melalui iman, supaya datangnya melalui kasih kurnia dan dapat dipastikan bagi semua keturunan Ibrahim; bukan hanya yang mengamalkan hukum Taurat tetapi juga yang mempunyai iman Ibrahim, bapa kepada kita semua.

17Sebagaimana tersurat di dalam kitab suci, ‘Aku telah menjadikanmu bapa kepada beberapa banyak bangsa.’ Ibrahim bapa kita di sisi Allah. Dia beriman kepada Allah yang memberikan nyawa kepada yang mati dan menyeru yang tidak wujud menjadi wujud.

18Meski bagaikan tiada harapan, Ibrahim berharap dan beriman, maka dia menjadi bapa kepada beberapa banyak bangsa, sebagaimana telah dikatakan kepadanya, ‘Demikian jugalah keturunanmu kelak.’

19Tanpa terjejas imannya, dia menghadapi kenyataan bahawa tubuhnya samalah seperti sudah mati

20Namun, Ibrahim tidak digugat kesangsian terhadap janji Allah, tetapi telah diteguhkan lagi dalam imannya lalu memuliakan Allah.

21Dia yakin sepenuhnya bahawa Allah berkuasa melakukan apa yang telah dijanjikan-Nya.

22Maka ‘dengan imannya itu dia telah diterima sebagai orang yang benar.’

23Kata-kata ‘dengan imannya itu dia telah diterima sebagai orang yang benar’ telah tersurat bukan untuknya sahaja,

24tetapi juga untuk kita: Allah akan menerima kita sebagai orang yang benar, kita yang beriman terhadap Dia yang telah membangkitkan Junjungan Isa daripada kematian.

25Dia telah diserahkan kepada kematian kerana dosa kita dan dibangkitkan semula kepada kehidupan untuk pembenaran kita.



 <<  Roma 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel