Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 17 >> 

Penghakiman atas Babel

1Kemudian salah satu daripada tujuh malaikat yang membawa tujuh mangkuk emas itu datang kepadaku dan berkata, ‘Mari, kutunjukkan hukuman ke atas pelacur besar yang duduk di atas air yang banyak,

2dan yang berzina dengan raja-raja dunia; penghuni bumi mabuk dengan air anggur pencabulannya.’

3Malaikat itu membawaku dalam Roh ke gurun. Aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang buas yang berwarna merah dan penuh dengan nama-nama kufur. Binatang itu berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh.

4Perempuan itu berpakaian ungu dan merah, dihiasi emas permata serta mutiara, tangannya memegang cawan emas yang penuh dengan kelucahan dan kecemaran perzinaannya.

5Di atas dahinya tertulis: ‘Rahsia, Babel Yang Agung, Ibu Segala Pelacur Dan Kelucahan Di Bumi.

6Aku melihat perempuan itu, mabuk dengan darah orang salih dan darah saksi Isa. Apabila aku melihat perempuan itu, aku hairan tercengang.

7Tetapi malaikat itu berkata kepadaku, ‘Mengapa kamu hairan tercengang? Aku akan menceritakan rahsia di sebalik perempuan itu dan binatang yang ditunggangnya, yang berkepala tujuh dan bertanduk lapan.

8Binatang yang kamu lihat itu pernah wujud tetapi tidak wujud lagi dan akan keluar dari jurang yang tidak terduga dalamnya lalu menuju kebinasaan. Penghuni bumi yang tidak tersenarai namanya di Kitab Hidup dari permulaan dunia akan tercengang melihat binatang yang pernah wujud dan sekarang tidak wujud lagi tetapi kemudian akan muncul lagi.

9‘Inilah fikiran yang mempunyai kebijaksanaan. Tujuh kepala itu adalah tujuh gunung tempat perempuan itu tinggal.

10Juga ada tujuh orang raja. Lima orang telah runtuh kerajaannya, satu masih bertakhta dan seorang lagi belum muncul. Datangnya nanti hanya untuk seketika.

11Binatang yang pernah wujud dan yang tidak wujud lagi itu adalah raja yang kelapan, dan asalnya daripada yang ketujuh. Ia juga akan menuju kebinasaan.

12‘Sepuluh tanduk yang kamu lihat itu bererti sepuluh orang raja yang belum mendapat kerajaan lagi, tetapi mereka menerima kekuasaan sebagai raja bersama dengan binatang itu selama sejam.

13Mereka sepakat dan akan menyerahkan kuasa dan kekuasaan mereka kepada binatang itu.

14Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Junjungan segala junjungan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.’

15Malaikat itu berkata kepadaku, ‘Air yang kamu lihat di tempat pelacur itu duduk adalah kaum, orang ramai, bangsa dan bahasa.

16Binatang dan sepuluh tanduknya yang kamu lihat itu akan membenci pelacur itu, dan membuatnya terlantar serta telanjang, lalu memakan dagingnya dan membakarnya dengan api.

17Allah telah menggerakkan hati mereka, untuk menunaikan kehendak-Nya, supaya sepakat dan menyerahkan kerajaan mereka kepada binatang itu hingga berlaku segala firman Allah.

18Perempuan yang kamu lihat itu adalah kota agung yang menguasai semua raja di bumi ini.’



 <<  Wahyu 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel