Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 5 >> 

Gulungan naskhah dan Anak Domba

1Kemudian aku melihat segulungan naskhah di tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta itu. Gulungan itu bertulis kedua-dua belah dan dimaterai dengan tujuh materai.

2Setelah itu kulihat dan kudengar malaikat yang gagah perkasa bertanya dengan suara lantang, ‘Siapakah yang layak memecahkan materai dan membuka gulungan naskhah ini?’

3Namun, tiada seorang pun, baik di syurga, di bumi, mahupun di bawah bumi, yang terdaya membuka gulungan naskhah itu dan melihat kandungannya.

4Oleh itu aku pun menangis teresak-esak kerana tiada seorang pun yang layak membuka dan membaca naskhah atau melihat kandungannya.

5Kemudian salah seorang tua-tua itu berkata kepadaku, ‘Jangan menangis. Lihatlah! Singa daripada suku Yahuda, zuriat keturunan yang mulia daripada Daud, telah menang. Dia dapat membuka gulungan naskhah itu dan memecahkan tujuh materai dan membuka gulungan naskhah itu.’

6Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia.

7Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah dari tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta.

8Empat makhluk dan dua puluh empat orang tua-tua sujud kepada Anak Domba itu. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah batil emas berisi setanggi, iaitu segala doa orang salih.

9Mereka menyanyikan lagu baru: ‘Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu dan membuka materainya kerana Engkau telah dibunuh, dan dengan darah kematian-Mu Engkau telah menebus untuk Allah manusia daripada segala suku, bahasa, kaum, negara dan bangsa.

10Engkau telah menjadikan mereka suatu kerajaan imam-imam Allah untuk menyembah Allah Tuhan kita dan memerintah di bumi.’

11Aku melihat lagi. Aku mendengar suara ribuan dan jutaan malaikat. Mereka berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua.

12Mereka menyanyi dengan suara yang lantang: ‘Anak Domba yang telah disembelih layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, kehormatan, kemuliaan dan puji-pujian.’

13Aku mendengar semua makhluk - di syurga, di bumi, di bawah bumi, di dalam laut, dan semua yang ada di dalamnya, menyanyi: ‘Segala puji, kemuliaan dan kuasa kepada Dia yang duduk di atas takhta dan kepada Anak Domba untuk selama-lamanya.’

14Keempat-empat makhluk itu menyahut, ‘Amin!’ Para tua-tua itu pun sujud menyembah Allah dan Anak Domba itu.



 <<  Wahyu 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel