Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Yakobus 2 >> 

Pilih kasih dilarang

1Saudara-saudaraku, sebagai orang yang beriman kepada Junjungan kita Isa al-Masih yang mulia itu, janganlah amalkan sikap pilih kasih.

2Andaikan dua orang datang ke tempat pertemuanmu, yang seorang kaya, berpakaian indah, bercincin emas; yang seorang lagi miskin, berpakaian buruk.

3Kamu menyambut orang kaya itu dengan hormat sambil berkata, ‘Silakan duduk di tempat terbaik ini.’ Sebaliknya, kepada orang miskin itu kamu berkata, ‘Berdiri di sana’ atau ‘Duduk di atas lantai dekat kakiku.’

4Dengan demikian, kamu membeza-bezakan orang dan menjadi hakim yang berfikiran jahat.

5Ketahuilah, saudara-saudara yang kukasihi, Allah telah memilih orang miskin di dunia ini menjadi orang yang kaya dalam iman. Mereka akan menikmati kerajaan Allah sebagaimana telah dijanjikan-Nya kepada orang yang mengasihi-Nya.

6Kamu menghina orang miskin, sedangkan orang kayalah yang menindasmu, menyeretmu ke mahkamah,

7dan menghina nama mulia yang kamu terima daripada Tuhan.

8Kamu melakukan apa yang benar jika kamu mematuhi hukum kerajaan Allah yang tersurat di dalam Kitab Suci, ‘Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.’

9Sebaliknya, jika kamu memperlakukan orang berasaskan keadaan lahir, kamu berdosa, dan menurut hukum, kamu melanggar hukum.

10Melanggar satu perintah Taurat bererti melanggar seluruh hukum,

11kerana Allah yang berfirman, ‘Jangan berzina,’ juga berfirman, ‘Jangan membunuh.’ Dengan demikian, walaupun kamu tidak berzina, namun sekiranya kamu membunuh, maka kamu telah melanggar hukum.

12Dalam perkataan dan tindakanmu, ingatlah bahawa kamu akan diadili berdasarkan hukum-hukum yang membebaskan manusia.

13Orang yang tidak mengamalkan belas kasihan akan dihukum tanpa diberi belas kasihan, tetapi mereka yang mengamalkan belas kasihan tidak akan takut diadili.

Iman dan perbuatan

14Saudara-saudaraku, apa gunanya seorang berkata, ‘Aku beriman,’ jika dia tidak membuktikan imannya melalui perbuatannya? Iman sedemikian tidak dapat menyelamatkannya.

15Katakanlah seorang saudara lelaki atau saudara perempuan memerlukan pakaian dan kekurangan makanan.

16Apakah gunanya kamu berkata kepadanya, ‘Selamat jalan, pakailah baju panas dan makanlah secukupnya,’ jika kamu tidak menghulurkan keperluan sehari-hari itu kepadanya?

17Demikian juga dengan iman, jika tidak dinyatakan melalui perbuatan, maka sia-sialah iman itu.

18Mungkin ada orang yang berkata, ‘Kamu mempunyai iman; aku mempunyai perbuatan.’ Tunjukkan kepadaku seorang yang beriman tetapi tidak mengamalkan perbuatan baik, maka dengan perbuatan baikku akan kutunjukkan bahawa aku beriman.

19Kamu beriman kepada Allah Yang Esa. Bagus! Roh-roh iblis juga beriman demikian dan gementar ketakutan.

20Alangkah tumpul fikiranmu, mengapakah kamu memerlukan bukti bahawa iman tanpa perbuatan baik itu sia-sia sahaja?

21Apakah sebabnya Allah meredai moyang kita Ibrahim? Allah meredainya kerana perbuatannya, iaitu mempersembahkan anaknya Ishak sebagai korban kepada Allah.

22Tidak jelaskah kepadamu bahawa Ibrahim menunjukkan imannya melalui perbuatannya? Dengan demikian, sempurnalah iman Ibrahim.

23Hal itu selaras dengan ayat di dalam Kitab Suci: ‘Ibrahim percaya kepada Allah, maka hal itu diperhitungkan kepadanya sebagai kebenaran.’ Oleh itu Ibrahim dipanggil sahabat Allah.

24Nyatalah bahawa Allah meredai seseorang itu kerana perbuatannya, bukan imannya semata-mata.

25Demikian juga dengan Rahab, wanita pelacur itu. Allah meredai Rahab kerana perbuatannya: Rahab menyambut pengintip-pengintip Israel dan membantu mereka melarikan diri melalui jalan lain.

26Tubuh tanpa roh, tubuh yang mati. Begitu jugalah, iman tanpa perbuatan, iman yang mati.



 <<  Yakobus 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel