Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Amsal 7 >> 

1Hai anakku, ingatlah nasihatku, dan jangan lupa akan perintahku.

2Turutilah perintahku, maka kamu akan hidup. Berhati-hatilah menurut ajaranku sebagaimana kamu berhati-hati menjaga matamu.

3Peganglah ajaranku setiap masa dan simpanlah dalam hatimu.

4Perlakukanlah hikmat seperti saudaramu, dan pengertian seperti sahabat karibmu.

5Hikmat dan pengertian akan menjauhkan dirimu daripada isteri orang lain, dan daripada perempuan yang memikat dengan kata-kata manis.

Perempuan Jalang

6Pada suatu hari aku memandang dari tingkap rumahku,

7dan aku nampak banyak pemuda yang kurang pengalaman, tetapi khasnya aku memperhatikan seorang yang bodoh antara mereka.

8Dia sedang lalu di selekoh jalan, dekat rumah seorang perempuan. Dia lalu dekat rumah perempuan itu

9pada petang hari, ketika sudah mulai gelap.

10Perempuan itu menemui dia. Perempuan itu berpakaian seperti seorang pelacur dan sedang membuat rancangan.

11Dia lancang dan tidak tahu malu. Dia sentiasa mundar-mandir di jalan,

12atau menunggu di selekoh jalan; ada kalanya di jalan raya, ada kalanya pula di pasar.

13Dia memeluk pemuda itu dan menciumnya. Tanpa malu-malu, perempuan itu berkata,

14"Aku telah mempersembahkan korban hari ini, dan sekarang aku mempunyai lebihan makanan daripada korban itu.

15Oleh itu, aku keluar mencari engkau, dan sekarang aku menemui engkau.

16Aku sudah memasang cadar linen beraneka warna buatan Mesir, pada tempat tidurku.

17Aku sudah mengharumkannya dengan mur, gaharu, dan kayu manis.

18Marilah kita bercumbuan dan menikmati asmara sepanjang malam.

19Suamiku tiada di rumah. Dia telah pergi ke tempat jauh

20dan membawa banyak wang. Dia tidak akan pulang selama dua minggu."

21Demikianlah perempuan itu menggoda pemuda itu dengan pujukan-pujukan yang memikat sehingga tergodalah pemuda itu.

22Tanpa berfikir, dia mengikut perempuan itu; pemuda itu seperti lembu yang akan disembelih dan seperti rusa yang melompat ke dalam perangkap;

23sebentar lagi anak panah akan menembusi jantungnya. Pemuda itu seperti burung yang terbang menuju perangkap. Dia tidak sedar bahawa nyawanya terancam.

24Oleh itu, hai anak-anak, dengarkanlah aku dan perhatikanlah nasihatku.

25Jangan biarkan perempuan seperti itu memikat hati kamu. Jangan pergi mencari dia,

26kerana dia telah menghancurkan kehidupan banyak lelaki, dan yang binasa pun tidak terbilang banyaknya.

27Jika kamu pergi ke rumahnya, kamu menuju ke dunia orang mati. Itulah jalan pintas menuju maut.



 <<  Amsal 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel