Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 19 >> 

1Ayub Kemudian Ayub menjawab,

2"Mengapakah kamu terus mengecam aku, dan menyeksa aku dengan perkataan kamu?

3Berulang-ulang kamu menghina aku, dan menyalahkan aku tanpa rasa malu.

4Seandainya salah perbuatanku, hal itu tidak merugikan kamu.

5Kamu berfikir bahawa kamu lebih baik daripada aku, dan kamu menganggap kesusahanku sebagai bukti kesalahanku.

6Ketahuilah bahawa Allah yang menyalahkan aku. Dia telah memasang perangkap untuk menangkap aku.

7Aku berseru, ‘Kejam!’ tetapi tidak ada yang mendengarkan; aku berseru minta tolong, tetapi tidak ada keadilan.

8Allah telah menutup jalanku sehingga aku tidak dapat lewat; Dia telah meliputi jalanku dengan kegelapan yang pekat.

9Dia telah merampas segala kekayaanku, dan merosakkan nama baikku.

10Dia menghentam aku dari segala arah. Dia mencabut harapanku seperti orang mencabut pokok kayu.

11Kemurkaan Allah terhadapku menyala-nyala, dan aku dianggap-Nya sebagai musuh-Nya.

12Dia menghantar tentera-Nya untuk menyerang aku; mereka menghalangi jalanku dan mengepung khemahku.

13Allah menjauhkan saudaraku daripada aku; aku menjadi orang asing kepada kenalanku.

14Saudara maraku telah meninggalkan aku, dan sahabat-sahabatku tidak mengingat aku.

15Orang yang pernah menginap di rumahku telah melupakan aku; aku dianggap sebagai orang asing oleh hamba perempuanku.

16Apabila aku memanggil hambaku, dia tidak menjawab walaupun aku mohon pertolongannya.

17Isteriku tidak tahan bau nafasku, saudara kandungku sendiri tidak mahu menghampiri aku.

18Bahkan kanak-kanak pun menghina aku, dan tertawa apabila melihat aku.

19Sahabat karibku jijik melihat aku, mereka yang sangat aku kasihi meninggalkan aku.

20Badanku hanya tinggal kulit pembalut tulang; nyawaku hampir melayang.

21Kamu sahabat-sahabatku! Kasihanilah aku! Tangan Allah telah memukul aku.

22Mengapa kamu mengikut Allah menganiaya aku? Belum cukupkah kamu menyeksa aku?

23Alangkah baiknya jika kata-kataku dicatat, dan ditulis di dalam kitab supaya diingat;

24ataupun dipahat pada batu, agar kekal sepanjang waktu.

25Tetapi aku tahu bahawa di syurga ada Penyelamatku; akhirnya Dia akan datang menolong aku.

26Walaupun kulitku habis dimakan penyakit, tetapi aku akan melihat Allah selagi aku bertubuh.

27Aku akan melihat Dia dengan mataku sendiri, dan bagiku Dia tidak menjadi asing lagi. Hatiku hancur kerana kamu berkata,

28‘Bagaimanakah kita dapat menyeksa dia?’ Kamu mencari alasan untuk menyerang aku.

29Tetapi sekarang, takutlah pada pedang, kerana Allah murka dan menghukum orang berdosa; maka tahulah kamu bahawa Allah mengadili manusia."



 <<  Ayub 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel