Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 35 >> 

1Ayub, engkau tidak patut berkata bahawa engkau tidak bersalah di sisi Allah,

2(35:1)

3ataupun bertanya kepada Allah, ‘Apakah kesan dosaku kepada-Mu? Aku tidak mendapat faedah walaupun aku tidak berdosa.’

4Ayub, aku akan memberikan jawapan kepadamu dan kepada sahabat-sahabatmu.

5Pandanglah langit dan perhatikan betapa tingginya awan.

6Jika engkau berdosa, hal itu tidak merugikan Allah. Jika engkau melakukan banyak kesalahan, hal itu tidak memberikan kesan kepada Allah.

7Adakah engkau menolong Allah dengan perbuatan baikmu? Allah tidak memerlukan apa-apa daripada kamu.

8Kawan-kawan sesamamu yang menderita akibat kejahatanmu, dan mereka juga yang beruntung kerana kebaikanmu.

9Apabila orang ditindas, mereka mengerang; mereka berteriak minta tolong.

10Tetapi mereka tidak berseru kepada Allah, Pencipta mereka, yang memberikan harapan pada waktu mereka berduka,

11dan yang menjadikan mereka lebih bijaksana daripada binatang di darat ataupun unggas di udara.

12Orang tertindas itu berseru, tetapi Allah tidak menjawab, kerana mereka sombong dan jahat.

13Tiada gunanya mereka berteriak dengan sekuat tenaga; Allah Yang Maha Kuasa tidak melihat atau mendengar mereka.

14Ayub, engkau berkata bahawa engkau tidak dapat melihat Dia; tetapi tunggulah dengan sabar -- perkaramu ada di hadapan-Nya.

15Engkau berfikir bahawa Allah tidak menjatuhkan hukuman, dan bahawa Dia tidak mempedulikan pelanggaran.

16Sia-sialah engkau terus berkata-kata; jelaslah bahawa engkau tidak tahu apa yang kaukatakan.



 <<  Ayub 35 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel