Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 36 >> 

1Dengarlah sebentar lagi dan bersabarlah, masih ada yang hendak aku katakan demi Allah.

2(36:1)

3Pengetahuanku luas; aku akan menggunakannya untuk menunjukkan bahawa Penciptaku adil.

4Perkataanku tiada yang palsu; orang yang sungguh bijak berada di depanmu.

5Allah sungguh perkasa, dan tidak menghina sesiapa; segala sesuatu difahami-Nya.

6Dia tidak membiarkan orang berdosa hidup lama, dan Dia memberikan keadilan kepada orang yang menderita.

7Dia melindungi orang yang jujur; Dia membiarkan mereka memerintah seperti raja sehingga mereka dihormati selama-lamanya.

8Tetapi jika orang dibelenggu dengan rantai besi, dan menderita kerana perbuatan mereka sendiri,

9maka dosa dan kesombongan mereka, akan dinyatakan oleh Allah.

10Dia menggerakkan mereka supaya mendengarkan amaran-Nya, dan supaya meninggalkan kejahatan mereka.

11Jika mereka mematuhi Allah dan mengabdi kepada-Nya, mereka akan hidup aman dan makmur sampai akhir hayat mereka.

12Tetapi jika mereka tidak mematuhi Allah, mereka akan binasa; mereka akan mati dalam kebodohan mereka.

13Orang yang tidak mengenal Allah, menyimpan kemarahan; walaupun dihukum, mereka tidak berdoa minta pertolongan.

14Mereka mati ketika masih muda, kerana hidup mereka penuh aib.

15Tetapi Allah mengajar manusia melalui penderitaan dan menginsafkan mereka melalui kesusahan.

16Allah telah melepaskan engkau daripada kesusahan, dan membiarkan engkau menikmati keamanan, dan mejamu dipenuhi makanan.

17Tetapi kini, setimpal dengan kejahatanmu, engkau menerima hukumanmu.

18Waspadalah, jangan biarkan rasuah menipu engkau, dan jangan biarkan kekayaan menyesatkan engkau.

19Tiada gunanya engkau berteriak minta bantuan; segenap tenagamu tidak dapat memberikan pertolongan.

20Jangan rindukan malam yang gelap, waktunya bangsa-bangsa binasa dan lenyap.

21Waspadalah, jangan berpaling kepada kejahatan; penderitaan didatangkan untuk menjauhkan engkau daripada kejahatan.

22Ingatlah, kuasa Allah sungguh besar. Dialah guru yang maha besar.

23Tiada sesiapa yang boleh memberitahu Allah apa yang harus dilakukan, ataupun menuduh Dia melakukan kejahatan.

24Allah sentiasa dipuji kerana perbuatan-Nya; engkau juga mesti menyanjung Dia.

25Semua orang telah melihat perbuatan-Nya; tetapi kita dapat memandang dari jauh sahaja.

26Kita tidak dapat mengetahui keagungan Allah dengan sepenuhnya, ataupun mengira jumlah tahun-Nya.

27Allah yang menarik air dari bumi ke langit, dan mengubahnya menjadi titisan air hujan.

28Dia membiarkan air mencurah dari mega, menjadi hujan yang turun ke atas semua manusia.

29Tiada sesiapa yang tahu caranya awan bergerak, atau guruh mengguntur di langit tempat kediaman Allah.

30Dia menerangi seluruh langit dengan kilat, tetapi dasar laut tetap gelap pekat.

31Itulah cara Dia memberikan makanan kepada manusia, dan menyediakan makanan yang berlimpah-limpah.

32Dia menangkap kilat dengan tangan, lalu menyuruhnya menyambar sasaran.

33Bunyi guruh menandakan bahawa ribut akan melanda, dan ternakan pun tahu bahawa badai segera tiba.



 <<  Ayub 36 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel