Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 25 >> 

Umat Israel di Gunung Peor

1Semasa umat Israel berkhemah di Lembah Sitim, kaum lelaki mereka mula bersetubuh dengan perempuan Moab yang tinggal di sana.

2Perempuan-perempuan itu mengajak mereka ke pesta-pesta korban untuk menghormati tuhan mereka. Orang Israel juga makan daging daripada korban itu dan menyembah

3tuhan orang Moab. Oleh sebab mereka menyembah Baal di Peor, TUHAN murka terhadap mereka

4dan berfirman kepada Musa, "Tangkaplah semua pemimpin umat dan bunuhlah mereka pada siang hari, menurut perintah-Ku, supaya Aku tidak lagi murka kepada umat ini."

5Musa berkata kepada para hakim umat itu, "Kamu masing-masing mesti membunuh tiap-tiap orang daripada suku kamu yang sudah menyembah Baal di Peor."

6Ketika Musa dan segenap umat sedang meratap di pintu Khemah TUHAN, mereka melihat seorang Israel membawa seorang perempuan Midian masuk ke dalam khemahnya.

7Apabila Pinehas anak Eleazar, iaitu cucu Imam Harun, nampak hal itu, dia bangun dan meninggalkan perhimpunan. Dia mengambil sebatang tombak,

8lalu menyusul lelaki dan perempuan itu ke dalam khemah; dia menikam kedua-duanya dengan tombak. Dengan demikian wabak yang sedang membinasakan orang Israel berhenti.

9Namun orang yang mati sudah berjumlah 24,000 orang.

10TUHAN berfirman kepada Musa,

11"Pinehas anak Eleazar, cucu Imam Harun, sudah meredakan kemurkaan-Ku terhadap Israel. Dia tidak membiarkan Israel menyembah tuhan lain kecuali Aku, sehingga kemurkaan-Ku reda dan Aku tidak membinasakan umat itu.

12Maka beritahulah Pinehas bahawa Aku mengadakan perjanjian dengan dia yang akan berlaku selama-lamanya.

13Oleh sebab dia tidak membiarkan Israel menyembah tuhan lain, dan dia juga sudah mendatangkan pengampunan dosa bagi umat itu, dia dan keturunannya akan menjadi imam selama-lamanya."

14Nama orang Israel yang dibunuh bersama-sama perempuan Midian itu ialah Zimri anak Salu; dia ketua satu keluarga dalam suku Simeon.

15Nama perempuan itu ialah Kozbi. Zur, bapa perempuan itu, ialah penghulu sekumpulan puak orang Midian.

16TUHAN memberikan perintah ini kepada Musa,

17"Serbulah orang Midian dan kalahkanlah mereka,

18kerana kejahatan yang dilakukan mereka terhadap kamu ketika mereka menipu kamu di Peor, dan juga kerana Kozbi yang dibunuh di Peor pada masa wabak berlaku."



 <<  Bilangan 25 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel