Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 26 >> 

Banci yang Kedua

1Selepas wabak itu berhenti, TUHAN berfirman kepada Musa dan Eleazar anak Harun,

2"Kamu harus membanci semua orang Israel menurut keluarga masing-masing. Semua orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas dan yang layak menjadi askar harus dibanci."

3Musa dan Eleazar mematuhi perintah TUHAN. Mereka mengumpulkan semua orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas. Mereka berkumpul di dataran Moab di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho. Inilah orang Israel yang keluar dari Mesir:

4(26:3)

5Suku Ruben, anak sulung Yakub: puak Henokh, Palu,

6Hezron, dan Karmi.

7Kaum lelaki dalam puak-puak itu berjumlah 43,730 orang.

8Anak Palu ialah Eliab,

9dan anak-anak Eliab ialah Nemuel, Datan, dan Abiram. Datan dan Abiram telah dipilih oleh puak itu sebagai pemimpin masyarakat, tetapi mereka menentang Musa dan Harun. Datan dan Abiram berpihak kepada pengikut-pengikut Korah ketika mereka memberontak terhadap TUHAN.

10Pada masa itu tanah terbelah dan menelan mereka. Mereka mati bersama-sama Korah dan pengikut-pengikutnya, ketika api membinasakan 250 orang lelaki, dan peristiwa itu menjadi amaran kepada umat Israel.

11Namun anak-anak lelaki Korah tidak terbunuh.

12Suku Simeon: puak Nemuel, Yamin, Yakhin,

13Zerah, dan Saul.

14Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 22,200 orang.

15Suku Gad: puak Zefon, Hagi, Syuni,

16Ozni, Eri,

17Arod, dan Areli.

18Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 40,500 orang.

19Suku Yehuda: puak Syela, Peres, Zerah,

20(26:19)

21Hezron, dan Hamul. Dua orang anak lelaki Yehuda, iaitu Er dan Onan, sudah meninggal di Kanaan.

22Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 76,500 orang.

23Suku Isakhar: puak Tola, Pua,

24Yasub, dan Simron.

25Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 64,300 orang.

26Suku Zebulon: puak Sered, Elon, dan Yahleel.

27Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 60,500 orang.

28Keturunan Yusuf; dia mempunyai dua orang anak lelaki, Manasye dan Efraim.

29Suku Manasye: Makhir anak Manasye, ialah bapa Gilead, dan puak-puak berikut ialah keturunan Gilead:

30puak Iezer, Helek,

31Asriel, Sekhem,

32Semida, dan Hefer.

33Zelafehad anak Hefer tidak mempunyai anak lelaki. Anak-anak perempuannya ialah Mahla, Noa, Hogla, Milka, dan Tirza.

34Kaum lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 52,700 orang.

35Suku Efraim: puak Sutelah, Bekher, dan Tahan.

36Sutelah ialah nenek moyang puak Eran.

37Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 32,500 orang. Itulah puak-puak keturunan Yusuf.

38Suku Benyamin: puak Bela, Asybel, Ahiram,

39Sefufam, dan Hufam.

40Bela ialah nenek moyang puak Ared dan Naaman.

41Orang lelaki dalam puak ini berjumlah 45,600 orang.

42Suku Dan: puak Suham.

43Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 64,400 orang.

44Suku Asyer: puak Yimna, Yiswi, dan Beria.

45Beria ialah nenek moyang puak Heber dan Malkiel.

46Asyer mempunyai seorang anak perempuan bernama Serah.

47Orang lelaki dalam puak-puak itu berjumlah 53,400 orang.

48Suku Naftali: puak Yahzeel, Guni,

49Yezer, dan Syilem.

50Orang lelaki dalam puak-puak itu berjumlah 45,400 orang.

51Jumlah semua orang lelaki umat Israel yang dibanci adalah 601,730 orang.

52TUHAN berfirman kepada Musa,

53"Bahagikanlah tanah itu kepada suku-suku ini menurut bilangan mereka.

54Bahagikanlah tanah itu dengan membuang undi. Berikanlah bahagian yang besar kepada suku yang besar, dan bahagian yang kecil kepada suku yang kecil."

55(26:54)

56(26:54)

57Suku Lewi terdiri daripada puak Gerson, Kehat, dan Merari.

58Dalam keturunan mereka termasuk puak Libni, Hebron, Mahli, Musi, dan Korah. Kehat ialah bapa Amram.

59Amram berkahwin dengan Yokhebed, anak perempuan Lewi. Yokhebed lahir di Mesir. Amram dan Yokhebed mempunyai dua orang anak lelaki, Harun dan Musa, serta seorang anak perempuan bernama Miryam.

60Harun mempunyai empat orang anak lelaki: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.

61Nadab dan Abihu meninggal ketika mereka mempersembahkan api yang tidak dikehendaki TUHAN.

62Orang lelaki daripada suku Lewi yang berumur satu bulan ke atas berjumlah 23,000 orang. Mereka didaftarkan berasingan dengan orang Israel lain kerana mereka tidak mendapat tanah pusaka di tanah Israel.

63Semua puak itu didaftarkan oleh Musa dan Eleazar ketika mereka membanci umat Israel di dataran Moab, di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho.

64Antara mereka yang didaftarkan oleh Musa di Gurun Sinai, tidak seorang pun yang masih hidup.

65TUHAN berfirman bahawa mereka semua akan mati di padang gurun. Mereka semua telah meninggal, kecuali Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.



 <<  Bilangan 26 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel