Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 29 >> 

Persembahan pada Perayaan Tahun Baru

1Pada hari pertama bulan ketujuh, kamu harus berkumpul untuk beribadat; jangan lakukan pekerjaan harian. Pada hari itu trompet-trompet harus dibunyikan.

2Persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Korban itu berupa seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan dan tujuh ekor domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat. Bau asap korban itu menyenangkan hati TUHAN.

3Persembahkanlah juga korban untuk mengucap syukur, menurut apa yang ditetapkan, iaitu korban berupa tepung terbaik bercampur minyak zaitun: tiga kilogram tepung untuk lembu jantan, dua kilogram untuk domba jantan,

4dan satu kilogram untuk setiap ekor anak domba jantan.

5Persembahkanlah seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Dengan cara itu kamu melakukan upacara penyucian untuk umat.

6Semua korban itu merupakan tambahan kepada korban untuk menyenangkan hati TUHAN, yang dipersembahkan bersama dengan korban untuk mengucap syukur, pada hari pertama tiap-tiap bulan, dan juga tambahan kepada korban harian yang dipersembahkan bersama dengan korban untuk mengucap syukur dan korban wain. Bau persembahan makanan ini menyenangkan hati TUHAN.

Persembahan pada Hari Pengampunan Dosa

7Pada hari kesepuluh bulan ketujuh, kamu harus berkumpul untuk beribadat. Pada hari itu kamu harus berpuasa dan jangan lakukan pekerjaan harian.

8Persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Korban itu berupa seekor lembu jantan, seekor domba jantan, dan tujuh ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat. Bau asap korban itu menyenangkan hati TUHAN.

9Persembahkanlah korban untuk mengucap syukur, menurut apa yang ditetapkan, iaitu tepung terbaik bercampur minyak zaitun: tiga kilogram untuk lembu jantan, dua kilogram untuk domba jantan,

10dan satu kilogram untuk setiap ekor anak domba.

11Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa umat, di samping kambing jantan yang dipersembahkan bagi upacara penyucian umat, dan korban harian bersama dengan korban untuk mengucap syukur dan korban wain yang dipersembahkan pada hari itu.

Persembahan pada Perayaan Pondok Daun

12Pada hari kelima belas bulan ketujuh, kamu harus berkumpul untuk beribadat dan jangan lakukan pekerjaan harian. Kamu harus merayakan perayaan itu selama tujuh hari untuk menghormati TUHAN.

13Pada hari yang pertama, persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Korban itu berupa tiga belas ekor lembu jantan, dua ekor domba jantan dan empat belas ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat. Bau persembahan makanan itu menyenangkan hati TUHAN.

14Persembahkanlah juga korban untuk mengucap syukur, menurut apa yang ditetapkan, iaitu korban berupa tepung terbaik bercampur minyak zaitun: tiga kilogram gandum untuk setiap ekor lembu jantan, dua kilogram untuk setiap ekor domba jantan,

15dan satu kilogram untuk setiap ekor anak domba jantan bersama dengan korban wain yang ditetapkan.

16Selain itu persembahkanlah seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Korban itu merupakan tambahan kepada korban harian bersama dengan korban untuk mengucap syukur dan korban wain yang ditetapkan.

17Pada hari kedua, persembahkanlah dua belas ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan dan empat belas ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.

18Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban lain yang ditetapkan untuk hari pertama.

19(29:18)

20Pada hari ketiga, persembahkanlah sebelas ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan dan empat belas ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.

21Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban yang ditetapkan untuk hari pertama.

22(29:21)

23Pada hari keempat, persembahkanlah sepuluh ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan, dan empat belas ekor domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.

24Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban lain yang ditetapkan untuk hari pertama.

25(29:24)

26Pada hari kelima, persembahkanlah sembilan ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan, dan empat belas ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.

27Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban lain yang ditetapkan untuk hari pertama.

28(29:27)

29Pada hari keenam, persembahkanlah lapan ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan, dan empat belas ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.

30Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban lain yang ditetapkan untuk hari pertama.

31(29:30)

32Pada hari ketujuh, persembahkanlah tujuh ekor lembu jantan muda, dua ekor domba jantan, dan empat belas ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.

33Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban lain yang ditetapkan untuk hari pertama.

34(29:33)

35Pada hari kelapan, kamu harus berkumpul untuk beribadat dan jangan lakukan pekerjaan harian.

36Persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Korban itu berupa seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan tujuh ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat. Persembahan makanan itu menyenangkan hati TUHAN.

37Persembahkanlah korban-korban itu bersama dengan segala korban lain yang ditetapkan untuk hari pertama.

38(29:37)

39Itulah peraturan tentang korban untuk menyenangkan hati TUHAN, korban untuk mengucap syukur, korban wain, serta korban untuk memohon berkat TUHAN. Semua korban itu harus kamu persembahkan kepada TUHAN pada perayaan-perayaan yang sudah ditetapkan. Korban-korban itu merupakan tambahan kepada korban yang kamu persembahkan untuk memenuhi nazar atau yang kamu berikan dengan sukarela.

40Segala perintah TUHAN kepada Musa itu disampaikannya kepada umat Israel.



 <<  Bilangan 29 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel