Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 4 >> 

Tugas Puak Kehat

1TUHAN menyuruh Musa dan Harun

2supaya membanci puak Kehat daripada suku Lewi, menurut puak kecil dan keluarga masing-masing,

3dan supaya mendaftarkan semua orang lelaki yang berumur di antara 30 dan 50 tahun, yang layak bekerja di Khemah TUHAN.

4Mereka bertanggungjawab mengurus benda-benda yang sangat suci.

5TUHAN memberikan petunjuk berikut kepada Musa. Apabila tiba masanya untuk menggulung khemah, Harun dan anak-anak lelakinya harus masuk ke dalam Khemah TUHAN dan mengambil tirai di depan Tabut Perjanjian. Mereka harus menutup Tabut Perjanjian dengan tirai itu.

6Kemudian mereka harus menutupinya lagi dengan sehelai kulit halus, dan membentangkan sehelai kain biru di atasnya, lalu memasangkan kayu pengusung Tabut Perjanjian.

7Mereka harus membentangkan sehelai kain biru di atas meja, tempat roti yang dipersembahkan kepada TUHAN. Mereka harus meletakkan pinggan, mangkuk kemenyan, mangkuk persembahan, dan kendi untuk korban wain di atas meja itu. Persembahan roti harus sentiasa ada di atas meja itu.

8Mereka harus membentangkan sehelai kain merah di atas semua benda itu, dan menutup semuanya dengan sehelai kulit halus. Kemudian mereka harus memasangkan kayu pengusung meja itu.

9Mereka harus mengambil sehelai kain biru dan menutup kaki pelita serta pelita-pelitanya, penyepit untuk membersihkan sumbu pelita, dulang, dan semua bekas untuk minyak zaitun.

10Mereka harus membungkus kaki pelita itu serta peralatannya dengan sehelai kulit halus, lalu meletakkan semuanya di atas usungan.

11Selepas itu mereka harus membentangkan sehelai kain biru di atas mazbah emas, dan menutupnya dengan sehelai kulit halus. Kemudian mereka harus memasangkan kayu pengusung mazbah itu.

12Mereka harus mengambil semua alat yang digunakan di dalam Bilik Suci, dan membungkus semuanya dengan sehelai kain biru. Mereka harus menutup semuanya dengan sehelai kulit halus, lalu meletakkan semua itu di atas usungan.

13Mereka harus membersihkan mazbah daripada abu yang berminyak, lalu membentangkan sehelai kain ungu di atasnya.

14Di atas mazbah itu, mereka harus meletakkan segala alat yang digunakan dalam ibadat di mazbah: perbaraan, garpu, penyodok, dan besen. Mereka harus menutup semua itu dengan kulit halus, lalu memasangkan kayu pengusung mazbah.

15Pada masa menggulung khemah, puak Kehat akan mengangkat benda-benda yang suci hanya setelah Harun dan anak-anak lelakinya menutup semua benda itu serta peralatannya. Puak Kehat tidak boleh menyentuh benda-benda yang suci itu. Jika mereka menyentuhnya, mereka akan mati. Itulah tugas puak Kehat apabila Khemah TUHAN dipindahkan.

16Eleazar anak Imam Harun harus bertanggungjawab atas seluruh Khemah TUHAN, termasuk minyak pelita, kemenyan, korban daripada bijirin yang ditetapkan, minyak upacara, dan segala sesuatu di dalam Khemah TUHAN yang sudah dikhaskan untuk TUHAN.

17TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun,

18"Jangan biar puak Kehat mati

19kerana menghampiri benda-benda yang sangat suci itu. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, Harun dan anak-anak lelakinya harus masuk ke dalam Khemah TUHAN dan menentukan tugas tiap-tiap orang, dan juga benda yang harus dibawa oleh setiap orang.

20Tetapi jika orang daripada puak Kehat masuk ke dalam Khemah TUHAN dan melihat para imam menyiapkan benda-benda suci untuk dipindahkan, mereka akan mati."

Tugas Puak Gerson

21TUHAN menyuruh Musa

22membanci puak Gerson daripada suku Lewi, menurut puak kecil dan keluarga masing-masing.

23Musa juga disuruh mendaftarkan semua orang lelaki yang berumur di antara 30 dan 50 tahun, yang layak bekerja di Khemah TUHAN.

24Mereka bertanggungjawab membawa benda-benda berikut:

25Khemah TUHAN dan penutupnya, serta penutupnya yang atas sekali yang dibuat daripada kulit halus, tirai pintu,

26tirai dan tali bagi halaman di sekeliling Khemah TUHAN dan mazbah, tirai pintu halaman, dan semua peralatan yang digunakan untuk memasangkan benda-benda itu. Mereka bertanggungjawab melakukan semua tugas yang berkaitan dengan benda-benda itu.

27Musa dan Harun harus mengawasi puak Gerson supaya mereka melaksanakan semua tugas itu dan membawa semua benda yang ditentukan oleh Harun dan anak-anak lelakinya.

28Itulah tugas puak Gerson di Khemah TUHAN. Mereka harus melaksanakannya di bawah pengawasan Itamar anak Imam Harun.

Tugas Puak Merari

29TUHAN menyuruh Musa membanci puak Merari daripada suku Lewi menurut puak kecil dan keluarga masing-masing.

30Musa juga mendaftarkan semua orang lelaki yang berumur di antara 30 dan 50 tahun, yang layak bekerja di Khemah TUHAN.

31Mereka bertanggungjawab membawa rangka, palang, tiang, dan alas Khemah TUHAN,

32dan juga membawa tiang, alas, pasak, dan tali bagi halaman di sekeliling Khemah TUHAN, bersama dengan segala peralatan yang digunakan untuk memasangkannya. Tiap-tiap orang diberikan tugas membawa benda-benda yang ditentukan.

33Itulah tugas puak Merari di Khemah TUHAN. Mereka harus melaksanakan semua tugas itu di bawah pengawasan Itamar anak Imam Harun.

Suku Lewi Dibanci

34Musa, Harun, dan para pemimpin Israel membanci tiga puak suku Lewi, iaitu puak Kehat, Gerson, dan Merari, menurut perintah TUHAN kepada mereka. Mereka membanci puak-puak itu menurut puak kecil dan keluarga masing-masing. Mereka juga mendaftarkan semua orang lelaki yang berumur di antara 30 dan 50 tahun, yang layak bekerja di dalam Khemah TUHAN. Bilangan mereka adalah seperti berikut: Puak ~~ Bilangan Orang; Kehat ~~ 2,750; Gerson ~~ 2,630; Merari ~~ 3,200; Jumlah: ~~ 8,580

35(4:34)

36(4:34)

37(4:34)

38(4:34)

39(4:34)

40(4:34)

41(4:34)

42(4:34)

43(4:34)

44(4:34)

45(4:34)

46(4:34)

47(4:34)

48(4:34)

49Demikianlah tiap-tiap orang ditentukan tugasnya sama ada untuk melayani ataupun membawa barang-barang, menurut perintah TUHAN melalui Musa; dan tiap-tiap orang didaftarkan menurut perintah TUHAN kepada Musa.



 <<  Bilangan 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel