Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Daniel 10 >> 

Penglihatan Daniel di Tebing Sungai Tigris

1Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Kores sebagai raja Persia, suatu perkhabaran telah dinyatakan kepada Daniel yang juga dipanggil Beltsazar. Perkhabaran itu benar tetapi sangat susah difahami. Perkhabaran itu diterangkan kepada Daniel dalam satu penglihatan.

2Ketika itu aku sedang berkabung selama tiga minggu.

3Selama tempoh itu, aku tidak makan makanan lazat ataupun daging; aku tidak minum wain ataupun menyikat rambutku.

4Pada hari kedua puluh empat bulan pertama tahun itu, aku berdiri di tebing Sungai Tigris yang besar itu.

5Aku menengadah lalu nampak seorang yang memakai pakaian linen dan ikat pinggang yang dibuat daripada emas tulen.

6Badannya bersinar-sinar seperti batu permata; mukanya seterang kilat, dan matanya menyala-nyala seperti api. Tangan dan kakinya berkilau seperti gangsa yang baru digilap, dan suaranya seperti riuh orang ramai.

7Aku seorang sahaja yang nampak penglihatan itu. Orang yang bersama-samaku tidak nampak apa-apa pun, tetapi mereka ketakutan. Mereka lari dan menyembunyikan diri.

8Aku tertinggal seorang diri, dan memperhatikan penglihatan yang menakjubkan itu. Aku tidak berdaya lagi, dan mukaku menjadi pucat pasi.

9Apabila aku mendengar suaranya, aku jatuh tertiarap di tanah dan tidak sedar.

10Kemudian ada tangan yang memegang aku dan menolong aku bangun sambil bertumpu pada lutut dan tangan.

11Malaikat itu berkata kepadaku, "Hai Daniel, Allah mengasihi engkau. Bangunlah dan dengarlah baik-baik perkataanku ini. Aku telah diutus kepadamu." Setelah dia berkata demikian, aku bangun berdiri, dan masih gementar.

12Katanya lagi, "Hai Daniel, janganlah takut. Allah telah mendengar doamu sejak hari pertama engkau bertekad merendahkan diri untuk mendapatkan pengertian. Aku datang sebagai jawapan doamu.

13Malaikat pelindung kerajaan Persia menentang aku selama dua puluh satu hari. Kemudian Mikhael, salah satu pemimpin malaikat, datang menolong aku, kerana aku ditinggalkan sendirian di Persia.

14Sekarang aku datang untuk membolehkan engkau memahami hal yang akan berlaku kepada bangsamu. Penglihatan itu tentang masa depan."

15Ketika dia mengatakan hal itu, aku menundukkan muka. Aku terpegun.

16Kemudian malaikat yang rupanya seperti manusia itu, menghulurkan tangannya dan menyentuh bibirku. Aku berkata kepadanya, "Tuan, penglihatan ini membuat saya sangat lemah, sehingga saya tidak berhenti-henti gementar.

17Saya seperti seorang hamba yang menghadap tuannya. Bagaimanakah saya dapat bercakap kepada tuan? Saya tidak berdaya lagi dan nafas saya sesak."

18Sekali lagi dia menyentuh aku dan aku merasa lebih kuat.

19Katanya, "Allah mengasihi engkau. Oleh itu jangan takut dan jangan cemas tentang apa-apa." Setelah dia berkata demikian, aku bertambah kuat. Lalu aku berkata, "Tuan, sila bercakap. Tuan telah menguatkan saya."

20Katanya lagi, "Tahukah engkau mengapa aku datang kepadamu? Aku datang untuk menyatakan kandungan Kitab Kebenaran kepada engkau. Sekarang aku mesti pulang dan melawan malaikat pelindung Persia. Selepas itu malaikat pelindung kerajaan Yunani pula akan muncul, dan tiada sesiapa akan menolong aku kecuali Mikhael, malaikat pelindung Israel.

21(10:20)



 <<  Daniel 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel