Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Hosea 1 >> 

1Inilah perkhabaran yang diberikan TUHAN kepada Hosea anak Beeri pada masa Raja Uzia, Raja Yotam, Raja Ahas, dan Raja Hizkia menjadi raja di Yehuda, dan Raja Yerobeam putera Raja Yehoas menjadi raja di Israel.

Isteri Hosea dan Anak-anaknya

2Ketika TUHAN berfirman kepada Israel untuk pertama kali melalui Hosea, Dia berfirman, "Kahwinlah dengan seorang perempuan yang suka melacur; dan anak-anakmu juga akan menjadi seperti dia. Umat-Ku sama seperti isterimu itu; mereka tidak setia kepada-Ku dan telah meninggalkan Aku."

3Oleh itu Hosea berkahwin dengan Gomer anak Diblaim. Gomer mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki.

4TUHAN berfirman kepadanya, "Namakanlah anak itu ‘Yizreel’, kerana tidak lama lagi Aku akan menghukum raja Israel untuk membalas pembunuhan yang dilakukan nenek moyangnya, Yehu, di Yizreel. Aku akan menamatkan pemerintahan keturunan Yehu di Israel.

5Pada masa itu di Lembah Yizreel, Aku akan menghancurkan kuasa tentera Israel."

6Kemudian Gomer mengandung lagi dan melahirkan seorang anak perempuan. TUHAN berfirman kepada Hosea, "Namakanlah anak itu ‘Tidak Dikasihani’, sebab Aku tidak akan mengasihani atau mengampuni suku Israel lagi.

7Tetapi Aku akan mengasihani suku Yehuda. Aku, TUHAN, Allah mereka akan menyelamatkan mereka, tetapi bukan dengan peperangan -- bukan dengan pedang, atau busur dan panah, atau kuda dan penunggangnya."

8Selepas anak yang bernama "Tidak Dikasihani" cerai susu, Gomer mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki.

9Lalu TUHAN berfirman kepada Hosea, "Namakanlah dia ‘Bukan Umat-Ku’, kerana orang Israel bukan umat-Ku, dan Aku bukan Allah mereka."

Israel Dipulihkan

10Umat Israel akan menjadi sebanyak pasir di laut, tidak dapat dikira ataupun disukat. Sekarang Allah berfirman kepada mereka, "Kamu bukan umat-Ku," tetapi akan tiba masanya Dia berfirman kepada mereka, "Akulah Allah yang hidup dan kamulah anak-anak-Ku."

11Orang Yehuda dan orang Israel akan dipersatukan semula. Mereka akan melantik seorang pemimpin bagi bangsa mereka; sekali lagi mereka akan menjadi maju dan makmur di negeri mereka. Sesungguhnya hari Yizreel akan menjadi hari besar!



 <<  Hosea 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel