Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Hosea 2 >> 

1(1-12) Oleh itu panggillah sesama kamu orang Israel, dengan nama "Umat-Ku" dan "Dikasihani."

2(2-1)

Gomer yang Tidak Setia Melambangkan Israel

TUHAN berfirman, "Hai anak-anak-Ku, merayulah kepada ibu kamu, meskipun dia bukan lagi isteri-Ku, dan Aku bukan lagi suaminya. Merayulah kepadanya supaya jangan berzina dan melacur lagi.

3(2-2) Jika dia tetap berbuat demikian, Aku akan melucutkan segala pakaiannya sehingga dia telanjang seperti masa dia dilahirkan. Aku akan menjadikan dia seperti tanah yang tandus dan gersang, lalu dia akan mati kehausan.

4(2-3) Aku tidak akan mengasihani kamu, anak-anaknya; kamu dilahirkan daripada pelacuran.

5(2-4) Ibu kamu pelacur yang tidak tahu malu. Dia berkata, ‘Aku akan pergi kepada kekasih-kekasihku yang memberi aku makanan dan minuman, bulu domba dan linen, minyak zaitun dan wain.’

6(2-5) Oleh itu, Aku akan memagari dia dengan belukar duri dan menutup jalannya dengan tembok.

7(2-6) Dia akan mengejar kekasihnya, tetapi tidak akan menyusul mereka. Dia akan mencari mereka, tetapi tidak akan berjumpa dengan mereka. Lalu dia akan berkata, ‘Aku akan pulang kepada suamiku yang pertama; keadaanku dahulu lebih baik daripada sekarang.’

8(2-7) Dia tidak mengakui bahawa Aku yang memberi dia gandum, wain, minyak zaitun, dan segala emas serta perak yang digunakannya untuk menyembah Baal.

9(2-8) Oleh itu, pada musim menuai Aku akan menarik balik pemberian-Ku kepadanya, iaitu gandum dan wain. Aku akan mengambil balik bulu domba dan linen yang Aku berikan kepadanya untuk dijadikan pakaian.

10(2-9) Aku akan menanggalkan pakaiannya di hadapan kekasih-kekasihnya dan tidak seorang pun dapat menyelamatkan dia daripada kuasa-Ku.

11(2-10) Aku akan menghentikan semua perayaannya -- baik perayaan tahunan mahupun perayaan bulanan dan hari Sabat -- segala perayaan keagamaannya.

12(2-11) Aku akan memusnahkan pokok-pokok anggur dan pokok-pokok aranya yang menurut dia adalah upah pelayanannya kepada kekasih-kekasihnya. Aku akan mengubah ladang anggur dan kebun aranya menjadi hutan, dan semuanya akan dimusnahkan oleh binatang liar.

13(2-12) Aku akan menghukum dia kerana dia melupakan Aku. Dia membakar kemenyan untuk Baal, dan menghiaskan dirinya dengan barang kemas untuk mengejar kekasih-kekasihnya. Aku, TUHAN telah berfirman."

14(2-13)

Kasih TUHAN kepada Umat-Nya

TUHAN berfirman, "Aku akan membawa dia ke padang gurun lagi. Di sana, Aku akan memujuk dia dengan kata-kata cinta.

15(2-14) Aku akan memulangkan ladang anggur yang dimilikinya dahulu dan menjadikan Lembah Kesusahan suatu pintu harapan. Di sana dia akan menyambut Aku seperti pada masa mudanya, apabila dia baru keluar dari Mesir.

16(2-15) Lalu dia akan menyebut Aku sebagai suaminya, dan bukan lagi Baalnya.

17(2-16) Aku tidak akan membenarkan dia menyebut nama Baal lagi.

18(2-17) Pada masa itu Aku akan membuat perjanjian dengan segala binatang liar dan burung, supaya mereka tidak menyakiti umat-Ku. Aku akan menyingkirkan segala senjata perang dari negeri itu, segala pedang dan busur, supaya umat-Ku hidup dengan aman dan sejahtera.

19(2-18) Hai Israel, Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku; Aku akan berlaku jujur dan setia; Aku akan menunjukkan kasih dan belas kasihan kepadamu, serta menjadikan engkau milik-Ku selama-lamanya.

20(2-19) Aku akan menepati janji-Ku dan menjadikan engkau milik-Ku, dan engkau akan mengakui Aku sebagai TUHAN.

21(2-20) Pada masa itu, Aku akan menjawab doa-doa umat-Ku Israel. Aku akan menurunkan hujan ke atas bumi, dan bumi akan menghasilkan gandum, anggur, dan zaitun.

22(2-21) (#2:21)

23(2-22) Aku akan menjadikan umat-Ku makmur dan menetap di negeri itu. Aku akan mengasihani mereka yang disebut ‘Tidak Dikasihani’; dan kepada mereka yang disebut ‘Bukan Umat-Ku’ akan Kukatakan ‘Kamu umat-Ku’; lalu mereka akan menjawab, ‘Engkaulah Allah kami.’"



 <<  Hosea 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran