Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ibrani 3 >> 

Yesus Lebih Besar daripada Musa

1Saudara-saudara Kristian yang dipanggil oleh Allah! Cuba fikirkan sedalam-dalamnya hal ini: Yesus diutus oleh Allah untuk menjadi Imam Agung bagi kepercayaan yang kita anut.

2Yesus setia kepada Allah yang sudah memilih Dia untuk tugas itu, sebagaimana Musa pun setia melakukan tugasnya di rumah Allah.

3Orang yang membina sebuah rumah mendapat kehormatan yang lebih besar daripada rumah itu sendiri. Demikian juga Yesus layak mendapat kemuliaan yang jauh lebih besar daripada Musa.

4Memang tiap-tiap rumah dibina oleh seseorang, tetapi Allah yang membina segala sesuatu.

5Musa setia sebagai hamba di dalam rumah Allah. Dia berucap tentang hal-hal yang akan difirmankan oleh Allah pada masa hadapan.

6Tetapi Kristus setia sebagai Anak yang bertanggungjawab terhadap rumah Allah. Kitalah rumah Allah, sekiranya kita tetap bersemangat dan tetap yakin untuk mendapat apa yang kita harapkan.

Rehat untuk Umat Allah

7Oleh itu, seperti kata Roh Allah, "Jika pada hari ini kamu mendengar suara Allah,

8janganlah berkeras kepala seperti nenek moyang kamu yang memberontak terhadap Allah, ketika mereka menguji Dia di padang gurun.

9‘Di sana nenek moyang kamu menguji Aku dan mencubai Aku,’ firman Allah, ‘meskipun mereka telah melihat apa yang Aku lakukan selama empat puluh tahun.’

10Itulah sebabnya Aku murka terhadap mereka dan berfirman, ‘Mereka sentiasa menderhaka, dan tidak mahu mentaati perintah-Ku.’

11Aku murka dan bersumpah, ‘Mereka tidak akan masuk ke negeri itu untuk mendapat rehat bersama-sama Aku!’"

12Saudara-saudaraku, berhati-hatilah supaya tidak seorang pun di kalangan kamu yang hatinya begitu jahat dan tidak percaya sehingga meninggalkan Allah yang hidup.

13Oleh itu, supaya tidak seorang pun di kalangan kamu ditipu oleh dosa lalu menjadi keras kepala, setiap hari kamu mesti saling menasihati selama kita masih hidup dalam zaman yang disebut "Hari Ini" di dalam Alkitab.

14Kita semua rakan seperjuangan Kristus, sekiranya sampai akhir kita memegang teguh keyakinan yang kita miliki pada mulanya.

15Inilah yang tertulis di dalam Alkitab, "Jika pada hari ini kamu mendengar suara Allah, janganlah berkeras kepala seperti nenek moyang kamu, ketika mereka memberontak terhadap Allah."

16Siapakah orang yang mendengar suara Allah lalu memberontak terhadap-Nya? Mereka semua yang dipimpin oleh Musa keluar dari Mesir.

17Terhadap siapakah Allah murka selama empat puluh tahun? Terhadap mereka yang berdosa, yang jatuh mati di padang gurun.

18Ketika Allah bersumpah, "Mereka tidak akan masuk ke negeri itu untuk mendapat rehat bersama-sama Aku" -- siapakah yang dimaksudkan oleh-Nya? Mereka yang memberontak terhadap Allah.

19Sekarang kita faham bahawa mereka tidak dapat masuk ke negeri itu, kerana mereka tidak mahu percaya kepada Allah.



Download Audio MP3 (Ibrani 3):
Mobile (Low Quality) - CD (High Quality)

 <<  Ibrani 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel