Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 116 >> 

Orang yang Terlepas daripada Maut Memuji Allah

1Aku mengasihi TUHAN, kerana Dia mendengar seruanku; Dia mendengar permintaanku.

2Dia mendengar aku setiap kali aku berseru kepada-Nya.

3Maut mengepung aku, dan kengerian kubur meliputi aku; aku sangat takut dan cemas.

4Lalu aku berseru kepada TUHAN, "Aku memohon, ya TUHAN, selamatkanlah aku."

5TUHAN itu pengasih dan adil; Allah kita penuh belas kasihan.

6TUHAN melindungi orang yang tidak berdaya; ketika aku menghadapi bahaya, Dia menyelamatkan aku.

7Aku mesti tenang, kerana TUHAN baik kepadaku.

8TUHAN telah menyelamatkan aku daripada maut; Dia menghentikan air mataku dan tidak membiarkan aku dikalahkan.

9Maka aku hidup di hadirat TUHAN, di dunia orang yang hidup.

10Aku tetap percaya, walaupun aku berkata, "Aku dikalahkan sama sekali."

11Walaupun dalam kecemasan aku berkata, "Tiada seorang pun yang boleh dipercayai."

12Apakah yang dapat aku persembahkan kepada TUHAN untuk segala kebaikan-Nya terhadap aku?

13Aku akan memberikan persembahan wain kepada TUHAN, untuk bersyukur kepada-Nya kerana Dia menyelamatkan aku.

14Di hadapan semua umat-Nya, aku akan menunaikan janjiku kepada-Nya.

15TUHAN sangat sedih apabila orang yang setia kepada-Nya mati.

16Aku ini hamba-Mu, ya TUHAN; aku mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu. Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut.

17Aku akan mempersembahkan korban syukur kepada-Mu, dan aku akan berdoa kepada-Mu.

18Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHAN di hadapan semua umat-Nya,

19di halaman Rumah TUHAN, di kota Yerusalem. Pujilah TUHAN!



 <<  Mazmur 116 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel