Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 25 >> 

Doa Minta Bimbingan dan Perlindungan

1Mazmur Daud. Kepada-Mu, ya TUHAN, aku naikkan doaku;

2ya Allahku, aku percaya kepada-Mu. Janganlah biarkan aku dipermalukan; janganlah biarkan musuhku mentertawakan aku.

3Kekalahan tidak akan dialami orang yang percaya kepada-Mu, tetapi hanya dialami orang yang cepat memberontak terhadap-Mu.

4Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, nyatakanlah apa yang harus aku lakukan.

5Ajarlah aku supaya aku hidup menurut kehendak-Mu, kerana Engkau penyelamatku. Aku selalu berharap kepada-Mu.

6Ya TUHAN, ingatlah akan kebaikan dan kasih-Mu, yang telah Engkau tunjukkan sejak dahulu.

7Ampunkan segala dosa dan kesalahan masa mudaku. Ya TUHAN, demi kasih dan kebaikan-Mu ingatlah akan aku.

8Kerana TUHAN baik dan adil, Dia menunjukkan jalan kepada orang yang sesat.

9Dia memimpin orang yang rendah hati ke jalan yang benar, dan mengajar mereka kehendak-Nya.

10Orang yang mentaati perjanjian dan perintah-Nya, dipimpin-Nya dengan kasih dan setia.

11Ya TUHAN, ampunilah aku sesuai dengan janji-Mu, kerana besarlah dosaku.

12Orang yang taat kepada TUHAN akan ditunjukkan-Nya jalan yang harus ditempuh.

13Mereka akan sentiasa hidup makmur, dan anak cucu mereka akan mewarisi negeri itu.

14TUHAN ialah sahabat orang yang mentaati-Nya, dan Dia menyatakan perjanjian-Nya kepada mereka.

15Aku sentiasa mengharapkan pertolongan daripada TUHAN, dan Dia menyelamatkan aku daripada bahaya.

16Berpalinglah kepadaku, ya TUHAN, dan kasihanilah aku, kerana aku keseorangan dan lemah.

17Lapangkanlah hatiku daripada segala kekhuatiran, dan selamatkanlah aku daripada segala kesusahan.

18Perhatikanlah segala kedukaan dan penderitaanku dan ampunkanlah segala dosaku.

19Lihatlah betapa banyaknya musuhku; mereka sangat membenci aku.

20Lindungilah dan selamatkanlah aku; supaya aku tidak mendapat malu, kerana aku datang kepada-Mu meminta perlindungan.

21Semoga kebaikan dan kejujuranku mengawal aku, kerana aku percaya kepada-Mu.

22Ya Allah, selamatkanlah umat-Mu, Israel, daripada segala kesusahan mereka.



 <<  Mazmur 25 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel