Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 27 >> 

Doa Pujian

1Mazmur Daud. TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku; aku tidak akan takut kepada sesiapa pun. TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya; aku tidak akan gentar.

2Apabila orang jahat menyerang aku dan cuba membunuh aku, mereka akan tersandung lalu jatuh.

3Walaupun semua tentera mengepung aku, aku tidak akan takut; walaupun musuhku menyerang aku, aku akan tetap percaya kepada Allah.

4Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN; hanya satu sahaja yang aku minta; untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku, untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya, dan meminta bimbingan-Nya.

5Pada masa kesusahan Dia akan melindungi aku; Dia akan menjaga aku supaya selamat di dalam Rumah-Nya, dan menempatkan aku di atas gunung batu.

6Maka aku akan mengalahkan semua musuh di sekelilingku. Dengan sorakan gembira aku akan mempersembahkan korban di dalam Rumah-Nya; aku akan menyanyi dan memuji TUHAN.

7Dengarlah aku, ya TUHAN, apabila aku berseru kepada-Mu. Kasihanilah aku dan jawablah aku!

8Hatiku berkata, "Marilah menyembah Dia." Aku segera datang, ya TUHAN;

9janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku. Janganlah marah dan tolak hamba-Mu. Engkaulah yang telah menjadi penolongku. Janganlah tinggalkan atau buang aku, ya Allah, penyelamatku!

10Sekalipun ibu dan bapaku meninggalkan aku, tetapi TUHAN akan memelihara aku.

11Ajarilah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, dan pimpinlah aku pada jalan yang selamat, kerana musuhku amat banyak.

12Janganlah serahkan aku kepada musuhku, yang menyerang aku dengan fitnah dan ancaman.

13Aku yakin bahawa aku akan mengalami kebaikan TUHAN dalam hidupku di dunia ini.

14Berharaplah kepada TUHAN! Percayalah kepada-Nya dan jangan putus asa. Ya, berharaplah kepada TUHAN!



 <<  Mazmur 27 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel