Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 33 >> 

Lagu Pujian

1Hai orang salih, bersoraklah dengan gembira kerana segala yang dilakukan TUHAN; pujilah Dia, hai semua orang yang taat kepada-Nya!

2Bersyukurlah kepada TUHAN dengan kecapi, bernyanyilah dengan iringan alat muzik bertali.

3Nyanyikanlah lagu yang baru untuk TUHAN, mainkanlah kecapi dengan mahir, dan nyanyilah dengan suara yang kuat!

4Firman TUHAN itu benar, dan segala perbuatan-Nya boleh dipercayai.

5TUHAN mengasihi kejujuran dan keadilan; seluruh bumi penuh dengan kasih-Nya.

6TUHAN mencipta langit dengan perintah-Nya, matahari, bulan, dan bintang dijadikan oleh firman-Nya.

7Dia mengumpulkan laut di suatu tempat; Dia menahan lautan di dalam bendungan.

8Takutlah akan TUHAN, hai seluruh bumi! Hormatilah Dia, hai semua penduduk dunia!

9Apabila Dia berfirman, dunia tercipta; oleh firman-Nya, segala-galanya dijadikan.

10TUHAN menggagalkan rancangan bangsa-bangsa; Dia meniadakan niat mereka.

11Tetapi rancangan TUHAN tahan selama-lamanya, dan tujuan-Nya tidak berkesudahan.

12Berbahagialah bangsa yang mengakui TUHAN sebagai Allahnya; berbahagialah bangsa yang dipilih sebagai milik-Nya!

13TUHAN memandang ke bawah dari syurga, dan melihat semua manusia.

14Dari takhta-Nya Dia mengamati semua yang tinggal di bumi.

15Dialah yang membentuk hati mereka, dan mengetahui segala perbuatan mereka.

16Raja menang bukan kerana tenteranya besar, askar menang bukan kerana kuat.

17Kuda tidak dapat diharap untuk memenangi perang; kekuatan kuda tidak dapat menyelamatkan.

18TUHAN memerhatikan mereka yang mentaati-Nya, mereka yang mengharapkan kasih-Nya.

19Dia menyelamatkan mereka daripada kematian; Dia memelihara nyawa mereka pada masa kelaparan.

20Kita berharap kepada TUHAN; Dialah penolong dan pelindung kita.

21Kita bersukacita kerana Dia; kita percaya kepada nama-Nya yang suci.

22Semoga kasih-Mu menyertai kami, ya TUHAN, kerana kami berharap kepada-Mu.



 <<  Mazmur 33 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel