Doa Minta Perlindungan
1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. (64-2) Aku dalam kesusahan, ya Allah -- dengarlah doaku! Aku takut kepada musuhku -- selamatkanlah aku!
2(64-3) Lindungilah aku daripada komplot orang derhaka, dan daripada rusuhan orang durjana.
3(64-4) Lidah mereka setajam pedang, kata-kata mereka berbisa seperti anak panah beracun.
4(64-5) Mereka menyebarkan dusta dari tempat persembunyian; mereka membinasakan orang baik dengan fitnah.
5(64-6) Mereka menggalakkan sesama sendiri untuk melakukan yang jahat; mereka berunding tentang tempat memasang perangkap; mereka menyangka tiada orang yang melihat.
6(64-7) Mereka membuat rancangan jahat dan berkata, "Kita telah merancang jenayah yang licik sekali." Sungguh dalamnya hati serta fikiran manusia, sehingga tidak dapat diselami.
7(64-8) Tetapi Allah melepaskan anak panah-Nya terhadap mereka, dan dengan serta-merta mereka cedera.
8(64-9) Dia akan membinasakan mereka kerana kata-kata mereka; semua orang yang melihat mereka akan menggelengkan kepala.
9(64-10) Mereka akan ketakutan; mereka memikirkan tindakan Allah, dan memberitakan perbuatan-Nya.
10(64-11) Semua orang baik akan bergirang kerana perbuatan TUHAN; mereka akan mendapat perlindungan daripada-Nya; semua orang yang tulus akan memuji Dia.
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan