Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Petrus 1 >> 

1Daripada Petrus, rasul Yesus Kristus, Kepada umat pilihan Allah yang tinggal merata-rata di Pontus, Galatia, Kapadokia, Asia dan Bitinia.

2Kamu terpilih menurut rancangan Allah Bapa, dijadikan umat-Nya dengan Roh Kudus, supaya taat akan Yesus Kristus dan disucikan dengan darah-Nya: Semoga kamu dilimpahi kasih kurnia dan damai sejahtera daripada Allah.

Harapan dan iman

3Puji bagi Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana belas kasihan-Nya yang amat besar Dia telah mengurniai kita kelahiran baru dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Dengan demikian, kita hidup dengan harapan yang tidak akan binasa, dan

4kita mengharapkan warisan yang tidak mungkin reput, tercemar atau lenyap – disimpan untukmu di syurga.

5Kamu dipelihara dengan kuasa Allah, melalui iman untuk penyelamatan yang akan ternyata sepenuhnya pada akhir zaman.

6Oleh yang demikian bersukacitalah, meskipun sekarang untuk seketika mungkin kamu berdukacita kerana menghadapi pelbagai cubaan.

7Segalanya ini untuk menguji imanmu yang lebih berharga daripada emas, kerana emas tetap musnah walaupun telah diuji dengan api. Imanmu kelak ternyata tulen dan akan mendapat puji, penghormatan serta kemuliaan apabila Yesus Kristus datang kembali.

8Kamu mengasihi-Nya walaupun belum pernah melihat-Nya. Kamu percaya kepada-Nya tanpa melihat-Nya. Oleh itu, kamu merasai kebahagiaan yang tidak terkata dan penuh dengan kemuliaan

9kerana kamu akan mencapai matlamat imanmu, iaitu penyelamatan jiwamu.

10Nabi-nabi telah mengkaji penyelamatan ini dan bernubuat tentang kasih kurnia Allah kepadamu.

11Roh Kristus yang ada pada nabi-nabi bernubuat tentang penderitaan Kristus dan kemuliaan-Nya kelak. Mereka berusaha untuk mengetahui bila dan bagaimana perkara itu akan terjadi.

12Allah telah menyatakan kepada nabi-nabi bahawa segala yang dilakukan oleh mereka itu bukan untuk mereka tetapi untuk kita. Sekarang perkara yang disampaikan oleh nabi-nabi itu telah kamu dengar melalui Injil yang diisytiharkan dengan kuasa Roh Kudus dari syurga. Para malaikat juga ingin mengerti perkara itu.

Hendaklah kamu suci

13Oleh yang demikian, bersedialah dengan akal budimu, berjaga-jaga dan sandarkanlah harapan kepada kasih kurnia yang akan kamu terima apabila Yesus Kristus menyatakan diri-Nya kelak.

14Jadilah anak-anak yang taat akan Allah, dan janganlah hidup mengikut nafsumu seperti dahulu, sebelum kamu mengenal-Nya.

15Pastikanlah segala perbuatanmu suci, sebagaimana Tuhan yang memanggilmu itu suci.

16Ada tersurat dalam Kitab Suci, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.”

17Jika kamu berdoa kepada Allah Bapa, yang menghakimi manusia dengan adil menurut perbuatan masing-masing, maka sepanjang hayatmu di dunia ini takuti dan patuhilah Dia.

18Kamu mengetahui bahawa untuk membebaskanmu daripada hidup sia-sia warisan nenek moyangmu, tebusannya bukanlah sesuatu yang dapat dibinasakan seperti perak atau emas

19tetapi darah Kristus yang amat berharga, darah anak domba yang tiada cacat celanya.

20Dia telah ditetapkan sebelum dunia dicipta, tetapi dinyatakan pada akhir zaman ini untukmu.

21Melalui-Nya kamu percaya kepada Allah, yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian dan memberi-Nya kemuliaan, supaya kamu beriman dan berharap kepada Allah.

22Oleh sebab kamu telah menyucikan jiwamu dalam mematuhi kebenaran supaya kamu mempunyai kasih persaudaraan yang ikhlas, maka kasihilah satu sama lain dengan sepenuh perasaan dan suci hati;

23kerana kamu telah dilahirkan semula, bukan daripada benih yang dapat dibinasakan tetapi daripada yang tidak mungkin dimusnahkan, melalui firman Allah yang hidup kekal selama-lamanya.

24Kerana, “Semua manusia umpama rumput, dan segala kemuliaannya umpama bunga di padang; rumput layu, dan bunga gugur,

25tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya.” Inilah firman yang disampaikan kepadamu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Petrus 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel